Tadi tengahari saje menapak dari office ke Menara Maybank kat Puduraya tu, nak ke Credit Card Centre kat sana. Niat nak cancelkan kad kredit.. Dah tak tahan asyik kena kacau dgn panggilan2 hangit dari takaful/agen pelancongan/unit trust etc. Sila baca entri pasal masalah pengguna kad kredit kat sini: Masalah Yang Sering Dihadapi Pemegang Kad Kredit
Sedang sedap2 berjalan menghala ke Menara Maybank, tetiba baru aku terperasan yg aku tgh melalui Jalan Silang. Kat kawasan ni lah ada satu kedai gitar yang dahulunya aku tak penah dapat nak jejak sebab time aku datang jek nak beli gitar, kedai tu mesti tutup. Korang leh refer balik kat entri nie: Ku petik gitar, akustik ini..
Ini la kedai yg aku maksudkan, Woh Fatt. Time aku masuk td, ramai gak pelanggan datang. Siap ada sorang gadis betudung pakai baju kurung, tengah dok testing gitar kapok.. Pergh, terkagum plak kejap. Untuk korang yg rasa susah sgt nak jumpa kedai nie.. Kedudukan dia betul2 membelakangkan Mydin yg berhadapan dengan Menara Maybank, di mana laluan LRT ditengah2nya (konfem ada yg tak paham gak nie.. hahaha).
p/s: Cakap pasal kredit kad, kad aku sudah digunting dgn jayanya oleh pekerja Maybank. Dgn ini, aku dh takde kredit kad.. Pakai debit kad dah le.
4 comments:
PaNDai MeN GiTaR? NaNTi LeH aJaR SiS... (^_____^)V
P/S : SiS aKaN CuBeR CaRiK KeDai Tu MeNGiKuT PTuNJuK YaNG iNCHiK aWaNG BeRiKaN... :D
@SiS NaD sila2.. kalau tak jumpa, bgtau eh..
awang x pandai main gitar pun, haha. takde bakat kot. jari kejung.
WoKeY... Lau Tak JMPe, SiS CaRiK iNCHiK aWaNG SMBeY BaWaK PaRaNG... :D
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nak main gitar ni kena ade bakat... kalau tak minat pun payah.... jiwa kena kental jiwa kena berseni
Post a Comment