Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Ku petik gitar, akustik ini..

Akhirnya hajat nak belajar main muzik aku tunaikan juga. Pada suatu sore yang mendung, aku memulakan pencarian mencari gitar Kapok.

First destination aku tentulah kedai gitar Woh Fatt kat Jalan Silang. Gigih berjalan dari LRT Masjid Jamek ke sana, elok jek aku sampai, aku tgk kedai tutup. Dalam hati "asyik tutup jek kedai ni, taknak meniaga ker?". Aku mengintai jugak ke dalam kedai tu dari celah pintu besi dia, nampakla beraneka jenis alat musik, daripada gitar, drum dan lain2 (sebab aku cuma nampak dua jek instrumen, maklum la mengintai kan!).

Dalam hati "ish mana boleh jadi nih, hari ni gak kena dapat gitar". So, aku jalan kaki lagi ke Pasar Seni, ada member bagitau kat area situ ada gak kedai gitar. Aku pusing2 masuk Pasar Seni, x jumpa. Then aku survey plak kedai2 kat luar Pasar Seni tu.. Tak ada yer! Tahniah!

Aku ni kalau dah nekad nak satu benda tu, aku akan cari sampai dapat! Ape lagi, aku berjalan kaki lagi daripada Pasar Seni ke Jalan Silang balik.. Woh fatt masih tutup. Aku jalan lagi kaki, sampai ke Lebuh Ampang.. Tetap takde kedai.. Aku jalan lagi sampai Jalan TAR.. takde gak. Aku jalan lagi ke masjid india, tak ade gak.

Aku gigihkan lagi masuk ke Plaza Campbell plak (betul ke eja dia?).. aku masuk jek aku terus tanya org kedai kat sana, "kak, sini ada kedai gitar x?" Akak itu menjawab "Takde la dik. Sini kasut banyak la. Cuba tgk kat Pertama Complex".

Time tu dah maghrib dah. Korang bygkan betapa lamanya aku menapak! Sib baik stamina masih tinggi, berkat rajin masuk gym.

Masuk je pertama complex, mata aku melilau cari kedai gitar..

Akhirnya, jumpa gak satu kedai gitar, actually bukan kedai gitar pun, kedai ni kongsi sebelah2 dgn kedai henpon.. belasah la yg penting ada gitar.

Pendek kata, aku beli la gitar kat situ, Hm, brand Harper, RM100. Ok la tu..


Sekarang dah dekat sebulan aku beli gitar nih. So far belajar ikut Youtube jek.. dah pandai la guna sikit2.. :P. Nnt kalau aku dah pandai main satu lagu guna gitar ni, aku post kat sini yek.. :D

1 comment:

Nur Wardah said...

dah pandai main 1 lagu tak..?? hehehehehe, saye p0n nak beli gitar jugak..teringin nak belajar main...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser