Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Memancing di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, Johor

Kelong yg mengunjur ke tengah laut

Pemandangan Waktu Petang

Pemandangan Waktu Petang


Trip memancing kali ni dikendalikan oleh Pakcik aku. Sib baik la ada sedara kaki pancing, boleh gak dok menempel bila ada trip. Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur, masuk PLUS kemudian exit di Simpang Renggam. Kemudian ikut jalan kampung dalam sejam gitu dah sampai Pontian Besar sebab jalan tak bersimpang2.

Kelong Sri Pantai amatlah besar! Area memancingnya sangat luas dan cara binaannya memudahkan pemancing untuk melempar joran dengan jauh. Aku suka sangat tempat ni sebab memang dia di laut lepas, bila memancing tu angin tiup sepoi2 bahasa rasa cam nak tidur jek.

Di Kelong Sri Pantai ada disediakan kemudahan chalet utk mereka yang nak bermalam dengan selesa di sini. Chalet nya kalau tak silap rm80 satu bilik. Ada katil queen size, bilik air, TV dan cermin mekap. Tapi kalau tak nak sewa chalet pun boleh, sebab ada disediakan satu dewan besar siap tilam andai pemancing cuma nak rehat jek dan berteduh andai hari hujan. Dalam dewan tu pun ada bahagian dapur dan bilik solat untuk kemudahan pengunjung.

Ketika memancing di Kelong Sri Pantai, antara ikan yang berjaya dinaikkan oleh pemancing sepanjang aku berada di situ adalah ikan buntal, ikan gelama, ikan sirat, ikan tuka, ikan sembilang karang, ikan todak, ikan senangin. Ikan-ikan lain tidak nampak batang hidung, tak tahu sama ada musim tak sesuai atau memang takde ikan. Tetapi menurut pemancing2 tegar di sana, di kelong ni boleh dapat ikan Siakap guna umpan udang hidup. Antara umpan yang aku gunakan masa memancing adalah sotong, udang hidup, udang kopek, umpun, isi ikan selayang.

Antara ikan yang tersangkut di mata kail masa memancing di Kelong Sri Pantai.

Sotong -> Buntal
Sotong ->  Gelama
Umpun -> Pari
Isi Ikan -> Nothin'
Udang Hidup -> Nothin'
Udang Kopek -> Tuka

Pemandangan Waktu Pagi

Pemandangan Waktu Pagi
Dan menurut salah seorang pemancing kat sana, kat area Kelong Sri Pantai ni banyak ikan buntal, dan ikan buntal amat suka mengerjakan tali tangsi. Jadi kalau nak memancing kat sini better pakai tali benang.

5 comments:

HARITH ISKANDAR said...

cantik la nampak tempat tu.sy mmg xpernah mncing lg buat mase ni.tp ade gak dgr2 citer...ade mcm2 citer seram time mancing ni..betul ke?..xade ke citer pelik2 time mancing?..

Awang Hafiz said...

hurm, mmg kelong byk yg ada cerita seram, maklumla kat laut pastu ada masanya takde org duduk.. so benda tu cam menumpang teduh la. tapi benda tu biasanya tak ganggu kita kalau kita niat bersih utk memancing.

mohd nasir said...

Mancing di jeti api api je puas ati

Anonymous said...

Rakit Kuala Masai, Pasir Gudang, Johor.
Try la..
Pasti bpuas ati..

Anonymous said...

Terbaik tempat ni. Dah 2 kali pegi. Bulan 8 ni dah set trip. Pertama kali pegi dapat kerapu dekat 1 kg, byk putus sebab kurang persediaan. Kali kedua pegi dapat pari 7.4kg, siakap 4.3kg, tanda, yg lain glama byk. Trip akan dtg ni pilih tarikh cantik. Harap2 dpt rezeki byk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser