Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Cara Mengatasi Masalah Paip Tersumbat

Kehidupan di Kota Metropolitan Kuala Lumpur sememangnya mencabar, terutamanya kos sara hidup yang tinggi. Disebabkan kos yang tinggi ini, aku tak mampu nak duduk rumah Semi D hatta rumah Teres Satu Tingkat. Dengan gaji yang ciput, mampu beli rumah Flat sajok.

Sesiapa yang duduk rumah Flat, mesti biasa dengan keadaan paip tersumbat. Mana tak nya, segala jenis sisa kumbahan kongsi satu paip yang sama. Lazimnya orang yang duduk tingkat atas paling jarang merasa paip tersumbat, paling-paling pun sinki tersumbat je kot?

Yg selalu menjadi mangsa adalah penghuni tingkat bawah. Benda yang sama jadi pada aku. Disebabkan aku menyewa di tempat lain, rumah yang aku beli jarang aku lawati. 

Dipendekkan cerita, satu hari dapat SMS dari jiran sebelah, yang komplen rumah aku dah macam bau tangki septik; segala jenis sisa-sisa ntah dari kurun ke berapa, melimpah dari saluran paip dapur, masuk ke ruang tamu, terus ke tangga luar rumah.

Terus amik emergency leave esoknya, dan bergegas ke rumah aku tu malam tu jugak lepas balik kerja. Tu diaaaaa, rumah aku dh macam dilanda banjir dari loji Indah Water. Borak-borak dengan jiran sebelah rumah yang datang menjenguk, rupanya rumah dia pun pernah tersumbat dulu, dan dia terpaksa panggil Plumber untuk menjolok2 saluran paip tersumbat tu bagi sisa-sisa yang dah jadi pepejal tu keluar. Tanya kat dia berapa kosnya, dia kata dekat RM300. Dalam hati aku, fuh 300 tu. Dah la tengah bulan.

Disebabkan aku yang agak kedekut masin, aku google jelah dulu kot2 ada petua dari zaman silam untuk menghilangkan saluran tersumbat ni. Rupanya ada banyak tips dia yang tak pernah aku tau sebelum ni.

Aku cuma cuba dua tips ni jek, dan Alhamdulillah sampai sekarang tidak tersumbat lagi. Jimat dia pakcik!

Berikut adalah resipi untuk mengatasi/merawat saluran paip tersumbat. Pastikan saluran tu dan surut sikit baru cuba ye.

Tips 1:
Bahan-bahan:
1. Garam Halus (1 paket sederhana)
2. Air Panas (satu gayung)

Kaedah rawatan:
1. Masukkan satu paket garam halus tu terus ke dalam saluran yang tersumbat
2. Jirus air panas.
3. Tunggu sehingga sejam.



Tips 2:
Bahan-bahan
1. Soda Bikarbonat (10 botol / sebanyak mungkin)
2. Cuka buatan (1 botol)
3. Air Panas (satu baldi)

Kaedah rawatan:
1. Masukkan semua soda bikarbonat ke dalam saluran yang tersumbat.
2. Curahkan cuka buatan ke dalam saluran. Anda akan lihat berlakukan tindakbalas kimia, saluran anda akan berasap-asap. Jangan risau, paip anda bukan sedang terbakar. Tindakbalas kimia tu akan cuba mencairkan/meleraikan sebarang benda-benda yang tersumbat kat dalam paip tu.
3. Biarkan semalaman,
4. Esok paginya, sebelum guna sinki, jirus air panas ke dalam saluran tu. Jiran satu gayung, relax 10 min. Ulang sampai air panas tu habis.


Aku akan buat tips no 1 tu, dalam pukul 8pm. Tips no 2 pula, start buat dalam pukul 11pm sebelum masuk tidur. Bangun tidur baru start jirus air panas yang macam tips 2 tu.

Kos lebih kurang RM20 jek.

Alhamdulillah sampai sekarang tak tersumbat dah, Jimat RM300 uols! Aku try jirus air direct dalam saluran, dekat 5 min gak tak melimpah-limpah balik.



16 comments:

ewanthology said...

ada jual kat hardware satu cecair namanya 'clog remover' rasanya... mujarab juga untuk mengatasi masalah paip/sinki tersumbat.

Anonymous said...

X berapa kuatt tuee broo ....
Pakai option 2 tue puass hatii

Sri Rahayu said...

Xbocor ke? Sb saya pernah gna clog remover hbs banjir rumah bawah

Amy Amyza said...

Kita try gna option no 2 tu..xtau silap kt mana..xmenjadik..😣😣

Izzul Wafi said...

Agak2 untuk paip shower berkesan tak?

Akim Ranger Long said...

Paip shower slow giler...xde alternative lain me

Awang Hafiz said...

Paip shower rasanya takde kena mengena dgn tersumbat. Itu mmg water pressure tak kuat tu. Ada paip air biasa tak dalam bilik air yg sama? Cuba sambungkan dgn hos getah, pastu angkat muncung hos tu biar lebih kurang sama level dgn shower. Kalau slow gak, mmg sah water pressure tak kuat. Kalau ke main laju lagi keluarnya, something wrong dgn piping shower kot. Kena panggil plumber gak tu utk buat checking.

Anonymous said...

Apa yg aku faham..Tip 1 dan Tip 2..dua2 kne buat..

Mula2 wat tip 1 then wat Tip 2..

Rumah aku dh start nk sumbat.air sinki dh start keluar dr lantai rumah..mlm ni aku try wat project ni..wakakakaka.

Awang Hafiz said...

Btol bro Anon, mmg kena buat dua2 tips baru menjadi.

Hamira Atikah said...

Lubang paip utama sy dah melimpah keluar, nak kena masukkan garam pada lubang yang air sedang melimpah ti ke?

Dya Rafz said...

Boleh tya,guna soda bikarbonat cap apa eh?

Anonymous said...

soda bikarbonat tu air botol soda ke??

miera saila said...

huarghh sye punye rumah pon da start tersumbat... paling payah time nak mandi n basuh baju... melimpah2... harini nak try awang nye tipss.... harap2 menjadi.. huhu

Unknown said...

rumah saya sama nasib.. duduk tingkat paling bawah bila tersumbat ruang dapur & toilet dah serupa kolam loji.. tiap2 tahun mesti kene. panggil plumber paling kurang kene RM200. tensen2.. nak kene cuci lagi tempat2 banjir tu.. aduii.. mmg sakit jiwa. bila kene mmg saya trus emergency leave.

Terima kasih banyak2.. saya nak cuba tips2 ni

ArinaRich said...

Terima kasih share.
Try malam ni..
Harap berhasil
sian tangan encik suami luka2 nak godokkan saluran paip..

xidi said...

Saya dah try buat. Combine tips #1 dgn tips #2 utk saluran air toilet tingkat atas. Buat tips #1 tak berapa jadi. Pagi esoknya buat tips #2. Mula2 memg x jadi tp teringat kt blog lain suruh pam guna pam tangan toilet tu. Lepas tu barulah saluran tu clear. Alhamdulillah dah tak tersumbat. Dan saya buat bwnda tu setahun yg lepas 😅

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser