Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 1 Part 1


 Pengembaraan aku ke Ho Chi Minh bermula setibanya di Lapangan Terbang Saigon. Disebabkan flight aku adalah petang, bila sampai di Saigon dah waktu malam, makanya bas Saigon dah tidak beroperasi. Disebabkan tiada pilihan, aku terpaksa ambil teksi ke hotel. Tambang yang dikenakan adalah RM35. Kaunter teksi tu paksa aku bayar dalam RM. Kalau bayar dalam Dong cuma dalam 180000 Dong sahaja. Selepas teksi sampai di Hotel, pemandu teksi minta aku bayar ekstra USD5 pulak. Lepas bertekak hampir 15 minit dengan pemandu teksi yang langsung tak fasih berbahasa English tu, aku beralah je la bayar USD5 tu. Dah la pintu teksi dia lock dari dalam, nak lari pun tak boleh.

Tips: Kalau nak melancong ke Saigon, dinasihatkan ambil flight pagi, jadi boleh kejar bus dari Airport ke Bandar Saigon. Tambang cuma dalam 4000dong atau RM0.70 je seorang. Kalau terpaksa flight malam, baik berkongsi2 teksi.


Hotel Pink Saigon 2

Sesampai di hotel, kawan-kawan aku yang dah flight awal sejak malam semalam dan pagi hari itu, dah siap tolong book kan trip ke Delta Mekong, caj dalam USD14 seorang. Disebabkan kelaparan, aku makan malam di sebuah restoran makanan halal yang terletak di hadapan Hotel Pink Saigon 2 tempat aku menginap, nama restoran tu Kampung Melayu Halal Restoran. Harga agak mahal berbanding restoran-restoran halal yg pernah aku pergi di Saigon.

Bercakap tentang Hotel Pink Saigon 2 ni, kedudukan dia amat strategik untuk pelancong Muslim terutamanya dari Malaysia. Di hadapan hotel sahaja sudah ada 2 restoran makanan Halal. Pasar Ben Thanh terletak hampir 300m dari Hotel. Pada waktu malam pula ada Pasar Malam Ben Thanh. Kalau hendak datang ke Hotel dengan menaiki bas dari Lapangan Terbang Saigon, kedudukannya hanya dalam 800m dari Stesen Bas Saigon. Tambahan untuk rakyat Malaysia, kebanyakan peniaga dan pemaju restoran makanan halal di sini boleh berbahasa Melayu.

Menu yang diorder, rasanya Nasi Goreng Ayam + Teh Tarik. Layan gak minum Teh Tarik kat luar negara.

4 comments:

Cho Zila said...

kalau akak gi sana nak naik bas camner senang tak kita nak cari bas ke airporttu...

Awang Hafiz said...

nak naik bas senang je sebenarnya dari airport, mmg bos tu dah siap ada kat tepi airport. tapi saya sendiri tak pernah naik bas dari airport. akak boleh try rujuk blog ni http://gijale.wordpress.com/2012/04/29/saigon/

nor Affizar said...

salam nak tanya. kat sana macam mana nak cari agent melancong

Unknown said...

Salam.. klu sampai sana mcmna nak dpt kan egent ke delta mekong ya.. bulan depan saya nak ke sana tanpa tourist guide.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser