Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Cara Mengatasi Masalah Kutu pada Kucing

Kutu merupakan antara masalah utama pada pemilik haiwan comel berkenaan. Ini kerana masalah kutu pada kucing amat sukar untuk diselesaikan kerana ianya sering berulang2. Aku turut menanggung masalah kutu pada kucing yang boleh dikatakan agak kritikal kerana kucing aku si Safi Balqis sampai dah ke tahap keguguran bulu yg agak banyak disebabkan kutu. Walaupun dah sembur dengan Frontline (ubat pembasmi kutu haiwan peliharaan),  kutu tersebut macam dah immune, tetap tak hilang2. Berus guna sikat kutu pun tak menjadi, kutu-kutu tu macam menggengam erat bulu kucing enggan dilepaskannya. Disebabkan geram dengan kutu yang nampak gaya dah mula merebak ke Abu Garcia dan Kochi Chan, aku mengambil keputusan nekad untuk mengisytiharkan perang terhadap kutu2 tersebut. Mungkin tips ni anda boleh cuba gunakan andai cara-cara yang biasa digunakan tak menjadi.

Kutu yang jahat


1) Mandikan kucing dengan sabun mandi kucing, lumurkan sabun dengan banyak di badan kucing. Kemudian gosokkan ke seluruh badan kucing hingga berbuih2 (jangan sampai mulut kucing berbuih sudah la yer). Kemudian, biarkan dalam 5 min untuk memastikan kutu-kutu tersebut mati lemas disebabkan sabun. Selepas 5 minit baru dibilas dengan air suam-suam kuku hingga bersih dan tiada lagi sisa sabun.

2) Sediakan satu gayung air garam yg suam. Pepandaila cari sendiri garam masakan kat rumah ke, garam bukit ke. Asalkan masin. Kemudian, jiruskan ke badan kucing anda dengan rata, terutama di bahagian yg banyak kutu berkumpul (leher, celah kaki, bawah badan). Kemudian, toss kan kucing anda supaya air mandian yg berlebih tu mengalir keluar. Taukan toss tu camne? Goyang2kan jek kucing anda, atau lurutkan badan dia dgn tangan bagi air mengalir keluar. Kemudian, biarkan kucing itu kering dengan sendirinya. Jangan pergi lap ngan tuala plak, kang sesia jek jirus air garam tu.

3) Selepas kucing anda hampir kering, sediakan dalam segenggam garam halus bak tepung gandum. Macamana nak dapatkan garam halus bak tepung gandum? Caranya ialah dengan memblender garam tersebut sehingga halus bak tepung. Kenapa perlukan garam ini? Tujuannya adalah untuk ditabur di atas badan kucing anda. Kenapa perlu tabur? Supaya kutu-kutu yang liat nak mampus tu mati kekeringan air. Garam merupakan unsur yang mampu mengdehidrat benda. Selepas dah ditabur pada kucing, kalau ada lebih2 tu boleh la tabur sekali dekat tempat lepak kucing anda (Cat Tree, Sofa, Carpet dsb). Biarkan semalaman.

4) Keesokan harinya, belek sekali lagi bulu kucing anda. Anda akan nampak banyak kutu yang dah mati, dan mungkin juga yang belum mati. Tugas terakhir anda ialah mencari setiap kutu yg tak mati lagi dan matikannya. So gunalah cara tradisional itu, cari dan letup. Yang bestnya, kutu anda tidak akan melekat lagi pada bulu kucing anda, maka kerja mencari dan meletup menjadi mudah. Awas, anda mungkin akan menjadi gian untuk mencari kutu dan mengerjakan bulu kucing anda ibarat makhluk spesies Planet of The Apes.

5) Untuk benar2 memastikan kucing anda bebas kutu, ulang proses di atas 3 hari berturut-turut.

Amaran: Tips di atas tidak sesuai utk kucing yang mengalami masalah buah pinggang / batu karang disebabkan penggunaan garam yang banyak.

Selamat Mencuba!

16 comments:

FiqaSaleh said...

hehehhehe.. info yg bgs..gelak2 baca.. hehehehh

kucing ali pun ada masalah kutu jugak. kucing yg bergaru, aku pun bergaru sama sbb binggung tak tahu nak buat mcm mana dh nak membasmi kutu tu..

mamawana said...

Gud info.

Kalu dah guna tips ubat kutu, mandi shampoo kucing bersih2, guna garam still masih ada kutu. Cuba petua orang tua. Titiskan minyak tanah sekitar pot kegemaran kutu itu. Jgn terlalu banyak minyak tanah tu nanti mati kucing tu kepanasan digigit kutu. Bubuhlah beberapa titis minyak tanah kat leher, telinga skit kat ekor skit.. cuba try hasil esoknya lihat ..ins'allah berkesan.

syahid said...

~macam mana nak elakkan dia dari menjilat badannya selepas disapu air garam?

Awang Hafiz said...

wah tips menarik mamawana!

Awang Hafiz said...

maybe boleh pakaikan kon kadbod kat leher dia sementara waktu...

Iela Lullaby said...

nk try plak cara ni..ank2 bulus kt uma bru kne kutu..tp masih di tahap telur..agk2 bole hilag tk?
sblm ni gne lemon utk matikan kutu.

http://ielahinagiku.blogspot.com/

Admin said...

Nice Info - SaujanaPet.Com

aurora said...

Good tips thanks buddy :-)

muhd hafizi said...

Thanks.. ^_^ boleh la buat kat anak kucing ni...

Encik Adam said...

hulur kucing pada monyet pun boleh berhasil !

Anonymous said...

hahah.. btw lawak la baca. mesti geram gile kan dengan kutu tu. sye pon hari hari berperang dengan kutu kucing nie.. :D

ayien angel said...

Dah try, n berkesan ! :D
Trimas sgt for the tips..
Wlaupun first time buat xsume kutu hilang, tp memang banyak berkurang...
Bole ulang lg kot buat beberapa kali lg utk make sure meow bebas kutu.. ^^

Anonymous said...

Tq dear...bru selesai masalah ni...hehehe

Anonymous said...

tqtq.. kena cuba !

Anonymous said...

Mmg rasa geram sgt kat kutu kucing ni. Susah hati saya sbb kesian sgt kat anak kucing kat umah ni. Td sy basahkan garam ngan sedikit air, sy sapu kat perut budak ber3 tu. Timbul kutunyer..tp mak budak ber3 tu plak dtg duk bersihkan anak2nyer. Aper pun nak tgk resultnyer esok...


moses said...

pergghhh..nama kucing dia..bukan main lagi..anyway tips yg baik..boleh di cuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang 2

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun