Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Misi mencari khemah di Kuala Lumpur

Tadi masa lunch hour, aku merayap di sekitar KL, nak cari khemah utk camping kat Gunung Yong Belar nanti.. Lepas menggunakan khidmat nasihat pakcik Google, tempat yg ada jual khemah ni, kat Pertama Kompleks dgn Plaza Campbell.

First skali, aku cari area Pertama Kompleks.. tak jumpa pun kedai jual khemah. Kedai jual beg camping ada la. Dah penat berpusing2 dalam tu tak jumpa kedainya, aku berenti gak la kedai beg camping tu. Di sambut oleh sorg nyonya yg kurang mesreee.. Oleh kerana layanan yg kurang mesree itu, aku cabut pi Plaza Campbell plak.

Time kat Plaza Campbell, aku jumpa satu kedai mmg jual beg camping jek. Tapi tak ingat plak nama kedai tu, tingkat 2. Aku masuk gak kedai tu, tanya ada jual khemah tak. Dia kata kedai dia takde, dia suruh pi tingkat 3.. Barula aku tau rupanya Plaza Campbell ni lebih daripada 2 tingkat.. sgt blur2 time tu.

Tingkat 3, elok2 jek naik escalator, nampak dah kedai barangan camping kat sebelah kiri, nama kedainya Evergreen. Mmg byk betul beg camping, khemah2, barang2 camping jual kat situ..

Aku survey khemah utk 2 org, ada la satu yg biasa, satu yg ada netting. Yang biasa, harga RM50, yg ada netting, harga RM65. Aku try tgk yg ada netting tu, dalam hati "Alamak, macam yg jual kat tesco jek." Lepas berpikir2, tak jadi lah nak beli..

Dalam kepala dok berpikir2, mana lagi nak cari ni.. Dengan tetiba jek aku terpandang bangunan Sogo yang tersergam indah kat depan aku. (Ye lah, aku pun otw nak naik LRT time tu). Terus ke tingkat 5, bahagian alatan sukan. Mmmg nasib aku baik kot time tu, aku jumpa khemah yg aku cari2, ada netting, color pun lawa la gak.. harga ada sikit mahal tapi still dlm bajet aku. Pueh hati.
Abes keje, bergegas balik rumah nak try khemah tu. Mmg berbaloi2 lah.

sebelum dan selepas


Jap lagi nak cabut pegi Downtown Cheras plak.. Sape nak ikut? ;)

7 comments:

HARITH ISKANDAR said...

kalu nk g carik di
242C,jln ampang 50450 KL,
tel je 0342512423,42512548
outdoorcentre.com.my

aku slalu g sane..ehe :) kalu ade kad member leh dpt murah sket

Awang Hafiz said...

ouh.. ermm.. kad member brape ringgit eh nak buat?

kena survey nnt ni.

HARITH ISKANDAR said...

ehe lupe ckp tadik..dia bg free je mase 1st time aku g sane :p ape pun semoga selamat perjalanan bro ke yong belar tu..this year xdpt nk ikut.mybe nxt time..
GO da best :p

Mr. Swift said...
This comment has been removed by the author.
Mr.IX said...

bestnyer bercamping.....

pilotHans said...

coleman tue double layer ke tak? kt campbell mmg xde jual coleman ke? hahaa..ada aku pi sogo gak ni..


^_^

Awang Hafiz said...

yg warna kuning ni x double layet.. yg double layer harga dia seratus lebih.. kalau hujan mmg air meresap masuk.. so kalau nk guna ni gak better beli fly extra buat jd cover bumbung elak hujan masuk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser