Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers
Showing posts with label koir. Show all posts
Showing posts with label koir. Show all posts

Forteen - Seperti Dulu (OST 29 Februari)


Aku jatuh hati pertama kali dengar lagu ciptaan Edry KRU ini. Aku memang gemar lagu2 yang rentak macam full orkestra camni, especially ditambah dengan suara yang berkualiti macam ini. Kumpulan Forteen dah banyak improvement, bila dengar dah macam persembahan Male Consort. Vocal masing2 memang impressive! Bebudak pompuan mesti dah tak minat KPop pasni sebab beralih arah ke kumpulan ini yang sejambu kumpulan KPop. Huhuhu.

Layankan MTV Seperti Dulu



p/s: Nantikan review filem 29 Februari.

No Wrong Notes Concert : First Night

Hari ini berlangsungnya Konsert No Wrong Notes Koir Kebangsaan. Ini juga bermakna ini konsert koir pertama aku selepas 5 tahun meninggalkan Koir UTM. Perasaan yang sama, pengalaman yang berbeza. Aku sangat puas hati dengan persembahan kali ini, aura yang berbeza dapat dirasai bila di atas pentas mengadap penonton berbanding ketika sesi rehearsal di kelas. Ada beberapa gerak tari yg aku tersangkut-sangkut tapi tak lah terlalu ketara kelihatan dari tempat duduk penonton. Sistem audio agak bagus ketika persembahan koir, tetapi sedikit kurang ketika persembahan artis jemputan Salamiah Hassan. Kasihan pulak tengok bila artis veteran dilayan sebegitu rupa.

Malam esok satu lagi persembahan konsert akan dilangsungkan. Nervous dah kurang sebab ini merupakan malam kedua. Step yang sama, lagu yang sama. Mungkin kena inject emotion lebih sket kali ini. Untuk yang belum mendapatkan tiket, dukacita dimaklumkan tiket sudah sold out awal-awal lagi. Takpa, mungkin kalau ada rezeki boleh layan dalam youtube.. Ehehehe.
Te quiero!

Konsert Koir Kebangsaan Malaysia: No Wrong Notes


Pada hari jumaat dan sabtu depan (25hb dan 26hb November 2011), Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia akan mempersembahkan konsert tahunan mereka bertempat di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur. Konsert kali ini digelar No Wrong Notes. Ahli koir perlu memastikan nyanyian mereka tiada yang sumbang supaya menepati objektif konsert kali ini.

Tiket mula dijual pada 18hb November 2011 di tempat-tempat tertentu.

Antara pilihan lagu yang akan dipersembahkan termasuklah:

i) Gema Rembulan
ii) Kiss From A Rose
iii) Pink Phanter
iv) Sambaria
dan banyak lagi!

Tempat duduk adalah terhad, kira-kira 600 sahaja untuk satu malam.

Untuk maklumat lanjut boleh baca poster kat atas nie yer.

:cough: tuan tanah turut membuat persembahan bersama2 ahli koir yang lain :cough:

p/s: Terdapat juga pesembahan selingan oleh diva veteren Malaysia, Salamiah Hassan (ibu kepada penyanyi Atilia).

Koir Kebangsaan : First Class

Salam semua,

First class.. biasanya akan lebih light and relax.. Cikgu Syafinaz ajar benda paling basic dalam music, pasal do re mi, pasal bentuk2 note, pasal garis2 dalam note. Pastu ahli-ahli baru dipecah-pecahkan ke kumpulan suara masing-masing. Aku yg asalnya suara Tenor masa kat Koir UTM, akhirnya jadi suara Baritone untuk Koir Kebangsaan. Memang dah bajet dah, masa audition hari tu suara pun tak sampai nak high note.


First class dah dapat 13 skor yang perlu dihafal.. Cuma sempat belajar lagu Pink Panther dengan Kiss From A Rose jek. Agak susah nak hafal sebab skor semua dalam note2 taugeh.. dan aku memang zero knowledge tentang note2 taugeh ni. Last belajar pun masa darjah 6. Memang semua dah lupa. Agak kekok nak nyanyi, sebab tak tahu apa bunyi yang kena sebut dan apa note do re mi nya.. So cara aku belajar, aku cuma dengar betul2 bunyi yang keluar dan tanya pada senior apa note doremi nya utk bunyi tu. Itu cara yang aku belajar masa di Koir UTM.

Hendak tak hendak, memang kena usaha keras bila dah join Koir Kebangsaan ni. Aku teringin nak join Konsert Jazz hujung tahun ni. Harapannya berjaya.

Audition Koir Kebangsaan


Salam semua,

Hari ini aku ke audition Koir Kebangsaan.. Last time berkoir masa kat UTM dulu.. dah lama sgt.. Harap2 suara ni masih tak berkarat utk join dgn adik2 muda.. :aduh terasa dah semakin tua:.

Audition berlangsung di Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail.. Sib baik dekat je ngan ofis ku.. So senang la nak praktis kalau terpilih nanti (wah berangan dah).

Masa sampai kat Bangunan MAS td, dah ada dalam 3 org menunggu untuk audition. Mula2 datang kena isi form.. Standard procedure la tu.. Pastu time tengah tunggu turn, ada sorang brother ni datang main rekod2 video.. diterjahnya semua yg datang nak audition.. Semua kena interview.. termasuklah aku yang sedaya upaya cuba untuk menginvisiblekan diri dari kena audition.. Alih2 kena interview gak.. :pasrah:

Ok, part paling best masa dalam bilik audition.. Tak sangka plak yang jadi tukang audition nye Syafinaz.. waduh2.. kaget banget. Mula2 syafinaz suruh nyanyi lagu.. ok ape lagi mesti la aku nyanyi lagu peveret aku.. Awan Nano. Sib baik tak pecah.. Ahahaha.  Kemudian dia test vocal range plak.. mula2 key rendah kemudia n ke key tinggi.. Key tinggi aku nyanyi sampai pecah2... Malu nye nyanyi pecah depan Syafinaz.. Sib baik dia tak komen ala2 One In A Million.. ehehehe.

Kemudian audition tiru bunyi piano plak.. yang ni agak susah sebab bunyi yang dimainkan agak panjang.. Gigih aku mendengar dgn penuh khusyuk.. Walaupun ada part yg sangkut2.. tapi not bad gak la aku buat..

Kemudian audition tiru tepuk2 tangan plak.. Ni dah macam buat permainan cap kelicap kelicap cap cap.. mmg failed ye.. susah betul.. tapi dapat catch up balik apa yg syafinaz buat tu.. Kira ok la..

Masa Syafinaz bg komen kat Tengku Marina (penasihat Koir Kebangsaan), dia kata aku cepat belajar.. Kembang idong jap. :pish push pish push: So dengan ini aku terpilih utk 3 bulan probation Koir Kebangsaan, pastu akan diberi kelas muzik utk belajar muzik secara percuma. Kelas mula Selasa ini.. I'll do my best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser