Salah satu kelong di Telok Gong, Port Klang |
Semenjak dua menjak nie, makin menjadi2 pulak gian aku nak memancing. Disebabkan kegianan melampau, aku dan kawan2 decide utk pergi memancing kat laut pulak. Tapi memandangkan memancing kat laut kena sewa bot bagai, dan kami pun bukanlah golongan kerabat diraja yg banyak fulus nak sewa bot, plan ditukar jadi memancing di pinggir laut sajer. Setelah puas membelek serta mentelaah menggunakan khidmat pakcik Google, fellowship sepakat bersetuju utk memancing di Kelong Kampung Nelayan Telok Gong, Port Klang.
Segala persiapan sebelum memancing telah dibuat. Aku dgn gigihnya menyediakan resepi 'Sotong Berbawang Putih' (nama resepi tak catchy langsung...). Member aku Adam pulak menyediakan resepi spesyial dia 'Sotong Berbelacan Bakar' (sotong yg ada resdung mmg tak sesuai makan).
Kenapa mesti umpan sotong? Erkk.. tett..
MALANGNYEEEEEEE..
Semua umpan tertinggal kat rumah. Dem dem dem dem dem dem dem dem dem.. (astagafirullah).
Sib baik la kat Jeti ada jual umpan hidup... So, umpan bertukar dari sotong kepada udang. Udang hidup wei.. Serius baru aku tahu, udang ni sebenarnya warna putih masa hidup, bila dah mati dan jual kat pasar, baru tukar warna jadi merah jambu... Ilmu tu.
Umpan udang hidup. Pakcik kelong sgt baik hati sebab pinjamkan pam oksigen utk udang2 ini. |
Sebelum sampai ke Kelong, aku bajet Kelong ni ala2 pondok buruk je, atap macam ade bocor2 sikit. Sekali aku sampai... fuhhh. Terkujat den. Siap ada tandas, tv, barang2 BBQ, dapur, periuk, kuali, belanga, sudip, sudu, garfu, pisau, tilam, bantal, ubat nyamuk, ubat sakit perut, ubat pening kepala, cerek, minyak, gula, garam, teh, kopi dan AIR BERSIH! Sangat2 berbaloi dengan harga RM35 satu kepala.
Ok, sepanjang aktiviti memancing, antara hasil yang dapat diangkut pulang adalah ikan gelama pisang, ikan cam ular (sori aku taktau nama ikan tu), dan ikan belukang aka ikan duri.
Ho yeah. Antara hasil tangkapan aku. Gelama Pisang. |
Eh, korang amat bernasib, sebab aku terajin nak rekod video memancing time nie. Maka, saksikanlah Vlog pertama gue.. ;)
Dan seperti biasa, bila sampai waktu matahari terbenam, aku akan melayan perasaan jap, menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Priceless.
Pemandangan indah di ufuk barat. |
Yang pasti, aku akan ke sini lagi. :)
p/s: Baru perasan ada banyak kelong di Telok Gong. Untuk pengetahuan entri ini ditulis ketika memancing di Kelong Suhaimi (Purple Inn kot). No telefon tokey kelong: 0167155380
p/s: Baru perasan ada banyak kelong di Telok Gong. Untuk pengetahuan entri ini ditulis ketika memancing di Kelong Suhaimi (Purple Inn kot). No telefon tokey kelong: 0167155380
6 comments:
saya tengok laut pon dh cuak..hehehe
hoho best tu pancing kat telok gong..ade 1 lagi yang best kat sane. dorang cakap name 1 phantom bank..eh betul ke phantom?ker silap eja ni la..mm tmpat tu area jabtan laut nye rumah api kalau tak silap..mmg kena naik bot la..tp xsure la boleh dpt byk ke tak ikan..dulu saya punya bos ajak jugak g sane tapi xminat arr pancing..hehe lagi pon mcm achik ezam tu jugak..gayat tengok laut..ehehe :p
@achik: camne tu cuak tgk lagu achik ooi.. :P
@HARITH: eh yeke? nnt terjah!!!
Tq bro..nanti nk p usha..👍👌
Terbaik bro.nanti nk p usha
Saya duk Telok Panglima Garang. Kelong/rumah rakit kat PD dh smpai, Sabak Bernam dh smpai, Johor, Pahang, Terengganu dah smpai tapi kt tmpt sdri x pernah jejak kaki lagi. Ni yg usya2 blog n google nk try tmpt sdri. Terima kasih atas informasinya, der.
Post a Comment