Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Mengkasi Kucing: Pendapat Peribadiku




Bagi mereka yang mempunyai kucing betina sebagai binatang peliharaan dirumah, pasti serasi dengan bunyian yang dihasilkan oleh kucing betina setiap kali tibanya musim mengawan mereka.

Kucing dikategorikan sebagai "polyestrus", yang bermakna kitaran heat akan berlaku berulang kali setelah mereka memasuki tahun-tahun subur. Kitaran heat boleh bermula seawal 4 bulan (lazimnya kucing siam/kucing kampung) dan akan berterusan sehingga ianya mengandung atau dikasikan. Setiap kali on-heat, ianya boleh berterusan sehingga beberapa hari atau 2 minggu dan ke atas, dan berulang kembali dua ke tiga minggu kemudian. Disebabkan itu, kita sering lihat kucing betina seperti sentiasa dalam keadaan on-heat.

Menurut pendapat kebanyakan pencinta kucing dan veterinar di luar negara, kucing-kucing bukan pedigree adalah digalakkan di "fixed" oleh pemilik masing-masing bagi mengelakkan "accidental pregnancy" dan menambah "overpopulation" kucing di dunia ini. Walaubagaimana pun, bukan semua pemilik bersetuju dengan pendapat yang melibatkan pembedahan ini. Antara faktor-faktor yang mendorong pemilik untuk tidak mengkasi kucing mereka adalah kerana faktor agama, kos, dan perikemanusiaan.

Saya sebagai contoh, seboleh-bolehnya menolak program "fixed" kucing, kerana ianya seolah-oleh mencabar kuasa tuhan yang telah memberi fitrah kepada kucing untuk membiak. Perkataan fixed itu sendiri seperti menunjukan yang Allah itu tidak sempurna dalam mencipta makhluknya sehingga wujud cela sebegini.

Walaubagaimanapun, hasil fatwa yang dikeluarkan JAKIM pada tahun 2004, mengharuskan kita mengkasi kucing kesayangan tetapi berdasarkan syarat tertentu.

"Memandulkan binatang yang harus dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil untuk menjadikan ia lebih gemuk. Walau bagaimanapun, menurut Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3&4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah. Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya."

Hasil bacaan di blog dearscat, berikut sedikit komen berkenaan poin-poin yang ditekankan

1. Mengkasi dapat menghindarkan haiwan peliharaan daripada penyakit, garang, kencing merata-rata. spray, buang air merata-rata dan stress apabila tiada haiwan betina.
Komen: Alasan ini boleh digunapakai untuk kucing jantan sahaja. Saya juga faham masalah berkenaan kucing jantan sebegini kerana saya pernah mempunyai seekor kucing jantan.

2. Mengkasi di HARUSkan apabila kita dapat mengelakkan masalah apabila haiwan tersebut tidak di kasi. seperti, beranak-pinak sehingga kita tidak mampu menjaganya dan terpaksa membuang haiwan tersebut, apabila kita tidak tahu menjaga haiwan tersebut apabila ia melahirkan anak.
Komen: Alasan ini hanya boleh diguna pakai untuk kucing yang telah beranak pinak sehingga membuktikan bahawa kita tidak mampu lagi untuk menjaga kebajikannya dengan sempurna. Contoh paling sesuai adalah kucing betina outdoor. Kena ingat konsep (0 X infinity = 0)

3. Menjual haiwan yang dikasi diHARUSkan apabila kita tidak dapat mempastikan bahawa pembeli haiwan tersebut tahu akan masalah-masalah yang akan wujud apabila haiwan tersebut tidak dikasi
dan bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin wujud sekiranya haiwan tersebut tidak dikasi.
Komen: Apabila kita menjual beli haiwan peliharaan, ianya tidak jatuh sebagai haiwan kesayangan tetapi haiwan dagangan. Dan ini juga bermaksud penjual bukanlah pemilik kekal haiwan tersebut. Keputusan untuk mengkasi kucing sepatutnya terletak pada pemilik kekal kucing berkenaan. Dari konsep jual beli, kita pasti mahukan barang dagangan yang lengkap 100%.

4. Mengkasi dibolehkan apabila kita tidak mengetahui asal-usul dan tahap kesihatan haiwan tersebut yang mana ia boleh memberi masalah apabila haiwan tersebut dibiakkan.
Komen: Alasan ini boleh dielakkan jika kerap membuat pemeriksaan di veterinar berkenaan kucing masing-masing. Veterinar boleh membuat pemeriksaan menyeluruh berkenaan kesihatan kucing berkenaan. Apabila telah dipasti sendiri dari veterinar bahawa haiwan tersebut akan bermasalah apabila dibiakkan, barulah boleh jatuh hukum HARUS untuk dikasi.

5.Didalam peraturan pertandingan iaitu kucing tertentu mestilah di NEUTER atau SPAY. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan kucing tersebut digunakan untuk tujuan yang kurang baik seperti membiakkan secara terlampau tanpa mengira kesihatan kucing tersebut dan keraguan keatas genetik kucing.Apabila timbul keraguan, dan jika pilihan terbaik ialah meletakkan syarat tersebut maka ianya dibolehkan.
Komen: Alasan yang kurang kukuh. Di Malaysia kini telah wujud pertandingan kucing yang membenarkan kategori kucing unneuter untuk bertanding.

Kesimpulan di sini, apabila membuat keputusan untuk mengkasi kucing, hendaklah dengan alasan yang betul-betul kukuh dan betul-betul "Maslahah ammah". Jika benar-benar mahu mengkasi kucing, biarkanlah sekurang-kurangnya dia mengalami sekali pengalaman mengawan, mengandung, melahirkan, menyusu dan menjaga anaknya. Dan sebagai orang Islam, menurut seorang Ustaz yang saya ketahui, ingatlah bahawa mengawan dan membiak itu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua makhluknya, jika fitrah itu diambil, makanya patut diganti dengan Zakat Fitrah.




Sahih International
And I will mislead them, and I will arouse in them [sinful] desires, and I will command them so they will slit the ears of cattle, and I will command them so they will change the creation of Allah ." And whoever takes Satan as an ally instead of Allah has certainly sustained a clear loss.

11 comments:

Wan Ahmad Izudean said...

setuju. well said.

castration or spay ni dilihat pada tujuan. tujuannya kearah kebaikan.

ahsfantasy24 said...

sejak kucing lama mati,
belum lagi cari pengganti (:

Sharz said...

sebelom nie tak pernah kasi kucing sebelom nie..biar je dorang beranak pinak..tapi kucing pertama dikasi sebab die tak boleh beranak normal dan doc terus ikat..kucing kedua pulak die beranak sampai 5ekor dan terus kasi mak kucing tu..

kucing jantan pulak bersepah-sepah asyik nak memburu kucing betina saya tak campur lagi kucing jiran-jiran yang beranak pinak setiap 2bulan..

saya rasa harus mengkasi kucing nie sebab akan menyusahkan jiran-jiran bile kucing tu berak kat rumah jiran..yela dorg kecik lagi tapi jiran2 akan rase tak selasa(kucing jiran yang bela kucing tapi tak reti jaga,rumah saya jadi mangsa)

kalau nak bela kucing biarlah sekor sahaja..kalau nak amik byk2 kasi kucing sebab takkan menyusahkan jiran dan jugak org yang bela bile kucing tu beranak pinak sebab kat luar sana memang banyak kucing yang belum dikasi..tak perlu nak beli amik je kat pasar bawak balik..jaga betul2 dan kasi dorang..

kalau taknak kasi kucing kene tengok jugak kesesuaian tmpt kite duduk dan jugak berapa besar tmpt dorang utk membiak dan jugak tempat utk berak & kencing..kalau kawasan kg memang takde masalah..tapi kalau perumahan ataupon apartment memang agak sukar..

saya menulis dari pengalaman sendiri sahaja..harap maaf jika ada yang tersinggung..nak tulis panjang lebar lagi tapi takperla.. =)

anizarina said...

bergantung pada niat juga ni. rina mmg all my cats is indoor. dok apartment je. Kucing2 rina xpernah dilepas keluar sbb taknak menganggu jiran tetangga. Rina pernah pi apartment yg poo n pee kucing bersepah2. bau busuk n rina sendiri tak selesa even tak dok ctu pun. Dh lah bau poo utk menusuk smpi kt hall umah member rina tuh. Ini my experience lah. (masa ni rina masih anti kucing tau).
So bila ada bubuye, mmg rina biarkn dia jd indoor cat. OK..settle tang tuh. tak lama kendian, dia onheat pulak. Dah laa buat konsert saprano yang sgt sumbang bunyinya tgh2 mlm buta..kuat. risau sungguh jiran marah sbb kita yg mendengar pun tensi. dgr smpi bawah rumah kot, so kita paham akan betapa menganggunya bunyi itu. rina sempat kawinkan bubuye. Tp tak menjadi. so, mmg dh niat, klo xmenjadi jugak, rina nk spay bubuye. yerlah, sebelum bermasam muka dgn jiran kan everytime dia buat konsert free tuh.

bila dpt kucing jntan. mmg rina xnafikn tang spraying tuh. kita nk solat apa pun risau sbb tetaw mana dia spray. nie rina niat sbb nk memastikan rumah bersih. So, kene potong.

yang lg 2 ekor tuh kene spay serentak. Reason macam bubuye(lagi sumbang kot- mieko laa tuh..aduiyaaa).. lagipun dh laa kita menghalang derang dari mengawan(yerlah, indoor cat. mana rina nk lepas. kang klo lepas, ilang lah, jiran marah ke..etc..macam2 dlm fikiran). So, zast trus 2-2. at least, nafsu nk mengawan tuh di transform jadi nafsu nk lain(makan kot..sbb kuat mkn je..hehe)..

mmg niat rina tuh je
1- tak nak ganggu jiran(konsert tgh2 mlm, poo pee merata2 klo biar dia kuar)
2- nk memastikan tak de kes spray merata2

alhamdulillah, semuanya sihat. sbb tuh rina ckp terpulang pada individu jugak. At least bila rina spay bubuye, ada extra tempat di rumah itu utk stray lain(shiro, nomel,mieko)..yerlah..klo ada anak bubuye dulu, musti rina xadopt sengal 3 ekor tuh kan?

mak sll ckp, Islam ni mudah. Tak menyusahkan umat dia

Awang Hafiz said...

i like semua komen yg ada. tp sebab ini bukan FB so takde button like. huhu.

Anonymous said...

hmm rasanya kena check balik statement "kucing betina x memancit"

moses said...

saya ada bela sekor yg dah dikasi. adopt dr SPCA Subang. Memang law dorg kucing yg nak di adopt mesti di kasi sebelum meninggalkan SPCA. Tp saya rasa patut gak sbb dah macam over populated lak kucing2 ni.sedih tengok dorg tergoleh tepi jalan sbb kene langgar atau yg dibuang dekat restoren2 atau pasar.

Twins Collection said...

Ok stju..akn ku kasi kn kuncing jantan ku

Mia Adaliya said...

Saya nak tanya , saya dah mengkasi kucing saya. Kalau kucing tu dah dikasi dia still akan spray merata rata dan meroyan mcm org tak betul jugak ke mcm mana eh ?

Mia Adaliya said...

Saya nak tanya , saya dah mengkasi kucing betina saya . Dia ni dalam mood mengawan kut . Kalau kucing betina dah dikasi , dia akan spray merata rata jugak ke ?

Awang Hafiz said...

Mia,

Saya jarang dengar kucing betina spray. Mmg ada tapi jarang2 dgr. Yg jenis menanda kawasan biasanya jantan sahaja. Dia punya spray tu, jenis ke dinding, atau ke lantai? Kalau ke lantai, tu bukan menanda. Itu namanya kaki kencing. Hehe. Dah jadi habit agaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser