Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Gunung Twin Peak - Kinabalu Training 3

Twin Peak merupakan tempat training ketiga kami sebagai persiapan ke Kinabalu. Twin Peak terletak di Bukit Fraser. Dahulu aku pernah mendaki di bukit Fraser, tetapi cuma sampai ke Pine Tree Hill sahaja. Sila rujuk post ini. Nama asal Twin Peak adalah Rhodo Hill, tetapi kerana ianya lebih rendah sedikit dari Pine Tree Hill, dan jaraknya yg tidak berapa jauh dari Pine Tree Hill, maka digelar orang sebagai Twin Peak.

Peta topografi Pine Tree dan Rhodo Hill (Twin Peak)

Mendaki Twin Peak sememangnya agak mencabar tidak kira untuk pendaki beginner mahupun pendaki veteran. Ini kerana trailnya yang banyak mendaki dan menurun, tak kira sama ada ketika hendak ke puncak mahupun turun dari puncak.

Permulaan trail

Untuk mendaki ke Twin Peak, pendaki harus menggunakan trail mendaki Pine Tree Hill. Pine Tree Hill beruntung kerana dijaga dengan agak baik oleh Majlis Daerah Raub. Majlis Daerah menyediakan beberapa kemudahan untuk pendakian Pine Tree Hill seperti pondok rehat di checkpoint2, papan tanda jarak perjalanan dari starting point ke puncak dan tangga-tangga sepanjang trail (walaupun ada yang dah punah disebabkan kuasa alam)

Antara pondok rehat yang dah usang

Sebagai pendaki sederhana, Twin Peak boleh ditawan dalam tempoh 3.5 jam, termasuk berhenti rehat yang mencukupi. Jika dah berjaya sampai ke Pine Tree, alang-alang sambunglah sedikit trekking ke Twin Peak. View di Twin Peak lebih cantik berbanding Pine Tree, walaupun dia bukan puncak tertinggi. Jarak trekking dari Pine Tree ke Twin Peak cuma lebih kurang 30 minit sahaja.

View dari puncak Twin Peak. Cantik sesangat!
Para pendaki yang berjaya!
Antara tanda-tanda nak sampai puncak Pine Tree Hill, kita akan jumpa tali untuk memanjat tebing curam.
Memanjat tali ni tak gayat, nak turun dari tali yang gayat sesangat. Tinggi wooo..

Tali untuk cerun yang curam

Disebabkan cuaca sejuk di Bukit Fraser, pendakian boleh dikatakan agak selesa. Ketika mendaki, suasana terasa agak damai dengan angin sejuk yang menampar lembut.

Trail agak cantik.

Kami mula mendaki pada pukul 900am dah berjaya keluar dari pendakian dalam pukul 430pm. Dapatlah lepak2 makan2 kat puncak Twin Peak dalam sejam gitu.

Pendakian di Twin Peak juga boleh dikatakan berjaya kerana tiada yang cedera dan peserta paling beginner juga berjaya menamatkan pendakian walaupun ambil masa agak lama (keluar dalam 530pm).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser