Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Gunung Datuk - Kinabalu Training 2


Tarikh Training : 12/1/2013
Tempat Training : Gunung Datuk, N9

Ini merupakan training kedua kami untuk ke Kinabalu pada March 2013. Gunung Datuk menjadi pilihan disebabkan tahap kesukarannya sederhana maka pendaki-pendaki beginner boleh uji tahap kecergasan mereka pada masa ini.

Bumblebee ku masuk ke jalan Gunung Datuk


Perjalanan bermula seawal jam 7am. Aku masuk PLUS melalui tol Sungai Besi dan terus menghala ke selatan. Keluar di exit Pedas/Linggi. Kemudian menyusur jalan menghala ke Gunung Datuk. Singgah beli makan tengahari di tepi jalan.

Sesampai ke tempat parking Gunung Datuk, ya ampun penuh sepenuh penuhnya! Ramai betul orang panjat Gunung Datuk hujung minggu. So lesson learnt, nak panjat Gunung Datuk sila pergi bukan peak hour, contohnya pergilah waktu office hour ke, lunch hour ke.. :merepek suda:
Peserta agak ceria ketika mula-mula mendaki. Cerialah sangat.
Trail yg agak ohsem.

Kasut Adidas Kampung yang banyak berjasa.

Nak naik puncak kena panjat tangga ni dulu
Ada tangga lagi untuk ke puncak
Bayaran masuk ke Gunung Datuk adalah RM5 satu kepala. Setiap pendaki perlu mendaftar (sekaligus membayar) di pondok pendaftaran yang disediakan.

Secara peribadi, ini pengalaman kedua aku memanjat Gunung Datuk. Pengalaman pertama hampir 4 tahun lepas, maka tahap kecergasan mungkin sudah berbeza. First timer yang ingin memanjat Gunung Datuk mungkin tidak akan mengalami kesukaran menjejak trek kerana setiap trek telah ditanda dengan plastik merah.

Alhamdulillah cuaca pada hari itu sangat baik, walaupun ramalan cuaca mengatakan akan berhujan. Trek juga agak baik walaupun agak lembab2 sedikit sebab embun malam tadi. Kami berjaya sampai ke puncak setelah 1.5jam memanjat, pace normal untuk beginner. Pace turun pula agak laju, 1jam dah sampai!
Semua nak tunjuk rumah masing2.

Habis mendaki, kami ambil kesempatan mandi manda di Sungai kecil berdekatan dengan tempat permulaan trek.
Menyejukkan badan lepas penat mendaki

Kami tamatkan pendakian dengan lunch ikan masak asam pedas! Nyum.

2 comments:

ayunidati said...

pernah daki gunung datuk ni.... penatnya... naik turun naik turun tak sampai2.... akhirnya sampaiiii..... dan bertekat ini gunung pertama dan terakhir didaki...... semoga berjaya mendaki gunung kinabalu...

Anonymous said...

Hello, do you guys hired any guide? also, is there any entrance fees?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser