Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Vaksin Abu, Safi dan Kochi

Di pagi Sabtu yang indah ini, aku bawak bebudak bulu pegi injection vaksin derang.. Untuk Abu dgn Safi.. ni second vaksin mereka, dan untuk Kochi ni first time kena inject vaksin.

Seperti kebiasaan, aku akan merempit ke Klinik Dr Teoh kat Pandan Indah.. dah nak sampai terpaksa patah balik sebab wallet tertinggal.. Damn. Dah la bebudak ni dok mengeow jek kat dalam raga motor tu.. mesti takut naik moto gegar2. Sorila Papa takde duit nak beli kete lagi.. huhuhu.

Sampai ke klinik.. terkujat aku tengok ada seekor anjing yang besar gedabak dalam klinik tu.. Aku rasa kalau spesies harimau kot. Huhu. Eh tapi harimau kan spesies kucing gak.. :blur:.

Cuak gak aku nak masuk klinik.. last2 aku berdiri jek di penjuru klinik sambil menggenggam erat anak2 bulu ku. Automatik semua anak kucing senyap tak berbunyi meow2.. Hahaha takut la tu. Padahal aku pun cuak gak.

Ok, lepas anjing tu kuar dari klinik.. Sampai turn derang plak. Firstly Abu yang kena injection. Ok, sebelum tu doktor timbang berat dulu.. Dah lebih kurang 1.88kg camtu.. Cepat giler besar.. Last month tak sampai pun sekilo. Ok pastu Safi punya turn.. Bila timbang Safi, 1.69kg.. Aku pelik.. eh kenapa Safi ni lagi ringan dari Abu, padahal Safi dah masuk 5 bulan, Abu baru jek masuk 4 bulan. Pastu doktor kata cuba tengok kepala Safi.. kecik jek. So logik la kot Safi ringan sket dari Abu.

Ok last skali sampai budak kecik Kochi plak kena injection. Bila timbang.. tak sampai pun setengah kilo.. Memang kecik jek pon Kochi ni. Tapi aku akan berusaha menggemokkan dia hingga sedap dipeluk2 masa tidur.

Aku rasa makanan yang aku beri kat derang ni serasi kot.. tu yang membesar bagai Johan. Bagi makan RC Babycat 36. Tapi tadi pegi Petshop Desa Pandan, dia kata stok sudah habis maa.. Stok baru tak tau bila mari sebab sudah kena freeze. Aku pun tak tau betul ke dia cakap ni.. Sebab hari tu aku call Dewi Petshop dia kata ada stok lepas 10hb Oktober. So, aku beli la RC Babycat 36 yg versi lama.. kibble dia besar sket banding yg baru ni.. Aku taktau la Apek tu kelentong aku ke tak kan..

Sepatutnya lepas kena injection vaksin bebudak ni diam jek.. Tapi si Abu ngan Kochi ni dok main jek lepas balik dari vaksin tadi.. Superaktif sungguh.

Ok la nak kemas rumah plak. Dah memalam camni la rasa paling aman nak kemas rumah.

2 comments:

anizarina said...

hah? ada ke rc babycat versi lama..aku pun tetaw..yg aku tahu..rc kitten mmg besar sikit dr rc babycat..huhu..haha..bape ko kene ritu

Awang Hafiz said...

dia jual sekilo rm22.. hari tu aku tgk kat bandar permaisuri.. dia jual rc babycat 36 tu sekilo rm29... mahal giler.

yg aku beli tu.. kibble dia besar sket.. tp leper sket.. camtu la. bebudak ni aku tgk makan jek. so sementara tunggu dewi punya stock baru sampai.. aku bg makan ni je la dulu kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser