Tajuk: Awan Nano
Penyanyi: Hafiz
Komposer: M Nasir
Lirik: Buddhi Hikayat
Lihat ke arah sana
serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas,
segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegara turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
"Akulah awan itu yang kau mahu"
Chorus 1:
Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya kasih tiada banding setia tiada tara bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang, walau pun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Sekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi setitis pun airmatamu kasihku
Sehingga kau katakan
"Akulah awan itu yang kau rindu"
Chorus 2:
Akulah awan mu yang sedia melindungi diri mu tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Akulah awan mu yang sering kau rindu dan tak terduga hadirku walau tak tercapai jejarimu
Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang walaupun tak akan tercapai jejarimu
Chorus 3:
Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang, walau pun tak akan tercapai jejarimu
**********
Aku jatuh cinta serba-serbi dengan lagu ni. Cukup rasa. Susunan lagu yang indah dari sifu M. Nasir. Lirik yang puitis dari Buddhi Hikayat. Lantunan vokal yang beremosi dari Hafiz (bukan Awang Hafiz ye). Semuanya saling melengkapi. Pendapat aku secara peribadi, lagu ni berbentuk penceritaan kehidupan, tentang watak yang mengenang kehidupan lampaunya ketika kecil bersama ibubapa, dan kini setelah dewasa, dia menceritakannya pula kepada anaknya. Bait chorus paling jelas menunjukkan lagu ini berkenaan kasih sayang ibubapa.
Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang, walau pun tak akan tercapai jejarimu
Bait lirik ini menggambarkan kasih sayang tak terhingga yang dicurahkan bersama-sama dengan sifat melindungi yg hebat. Ayat "menggores pipi dan bibir" mungkin lebih bermaksud, wajah dan pertuturan. Ibubapa yang baik akan memastikan anak-anak mereka terlindung daripada benda-benda yang membahayakan, disamping menanamkan sifat2 baik dalam diri anak-anaknya supaya tidak berkata-kata tidak molek dan menjaga pertuturan.
Terdapat banyak pendapat tentang maksud sebenar Awan Nano. Bagi aku, Awan Nano itu sendiri sebenarnya bermaksud Awan Kecil. Mungkin Awan Kecil, tak catchy bila dibuat lirik, maka ditukar ke Awan Nano. Bila ditukar ke Awan Kecil dalam lirik di atas, mungkin maksudnya akan lebih mudah difahami.
Hargailah Awan Nano. :)
2 comments:
best lagu ni..kena plak video klip dia yang sedih tu...
@ShazLAN yup, mv pun best gak.. leh tangkap leleh.
Post a Comment