Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Konservasi Gunung Yong Belar: The Journey Begin

"Tett... Tett....", henponku berbunyi, menandakan ada SMS masuk..

"Jom kengkawan konservasi rentis gunung Yong belar tahun baru.. Check Gunungonline.com - Hafiz Sr".

Rajinnye mamat ni panjat gunung lately.. Lantas aku menghadap PC dan terus ke laman sesawang tersebut.

Konservasi Gunung Yong Belar, program utk membersihkan kawasan perkhemahan, terutamanya di Kem Kasut yang tercemar dengan sampah sarap hasil peninggalan pendaki-pendaki terdahulu.

"Hmm, buat time tahun baru. Tak boleh nak join nie, dah ada family program", kata hati kecilku.



Senyap seminggu.


Seminggu kemudian

Aku: "Eh, hafiz sr, u join lagi tak program konservasi tu. Nak join la.."

"Tett... Tett....", henponku berbunyi.

Hafiz sr: "Jadi. Nnt i bgtau abg sham.. Takut 4wd tak muat plak.."

Aku: "Ok, Confirm!"


Seminggu kemudian-kemudian

"Tett... Tett....", henponku berbunyi.

Hafiz sr: "Be prepared! Ada kemungkinan kita kena naik bas dari bukit jalil ke cameron highland. Abg sham belum balik KL lagi."

Aku: "Erk.. bior betul?"

"Tett... Tett....", henponku berbunyi lagi.

Hafiz sr: "Betul. Jgn lupa bawak dapur sekali. Nnt kita bawak gilir2..."

Sehari kemudian, ketika di Stesen Bas Bukit Jalil.

Aku: "Tiket paling awal ke Cameron Highland, pkl 12:30 tengahari.. Ada lagi 2 jam utk bas sampai."

Zack: "Ok la tu, dah tu je yang paling awal."

Hafiz sr: "Jom pi jalan2 kat Stadium Bukit Jalil jap.. Cam memulas plak perut nih.."

Maka beraraklah kitorg ke Stadium Bukit Jalil.. Sampai sana, pi tandas.. mencerut sepuas2nya.. kemudian singgah kedai aiskrim.. Syioknye makan aiskrim di waktu panas tengahari..



**Alamak, dah lari topik giler2 ni.... ok sambung ke topik asal....**


Aku tgk jam dah pkl 1230pm, tapi bas tak sampai2 lagi.. "Pis, ko pegi tanya kat kaunter bas sampai pkl brape ni..?", suruh zack dgn suara key tinggi dia. Menapak la aku dgn beg seberat 30kg ni ke kaunter.

"Ala, tadi sudah call itu bas, katanya sangkut di jalan apa ntah namanya tadi...", tutur kakak kaunter berbangsa Indonesia itu...

"Mana kak?", dengan penuh kesabaran serta keimanan yg senipis kulit bawang, aku tanya balik kakak tadi.. Ataupun kakak ni saje jek nak kenakan aku lepas Indonesia kalah lawan bola ngan Malaysia masa AFF Suzuki Cup ari tu.. ??

"Ya, di Jalan Istana kalau tak silap.."

"Ok.", dengan muka seposen aku pergi tunggu balik kat platform no 4 tu..

Akhirnya bas tiba gak, pukul 1pm.. Astaga... ini bukan bas express.. ini macam standard bas kilang jek.. Uzur plak tu.. Mampu ke nak naik Cameron Highland ni...??

Dgn penuh iltizam dan semangat yang kukuh (ditambah ngan takde pilihan lain pun), kitorg berangkat naik bas tersebut ke Cameron Highland.. dgn harapan bas tu tak terbarai tgh2 highway..

Apakah yg terjadi sepanjang perjalanan ke Cameron Highland tersebut..

Nantikan sambungannya selepas ini...

2 comments:

wahida said...

cepat sambung!! berdebar neh!!

Unknown said...

wah bile nak smbung ni?xsabar dh nie.dgr citer korang berujan sepanjng mase kt sane siap berbakul2 lg sampah angkut, yg tak terangkut pon byk jugak..ehehe.yg penting nk tau baper bakul tuan punyer blog bleh bawak turun :) :) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser