Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Konservasi Gunung Yong Belar: The Journey Continue

"Broommmm Broommm Broommmmm"


Begitulah bunyi bas separa uzur ketika mendaki highway nak ke Cameron Highland..

"Ya Allah, slow sungguh bas nie... ni tak sampai 50km/j nie.. Sempat ke nak sampai Tanah Rata pukul 5pm ni??" Aku mengomel seorang diri.

Utk mengisi masa lapang dalam bas, aku berborak2 dgn Zack dan Hafiz Sr.

Aku: "Rasa-rasanya, abg sham datang tak Cameron Highland nanti?"

Hafiz Sr: "Tak tau la.. Kita prepare je, kalau dia ada, ok la.. Kalau takde, kita still boleh survive ni, barang semua cukup".

Aku terdiam. Inilah yang dipanggil Main Redah je..

Masa yang dihabiskan dalam bas amatlah membosankan. Disebabkan terlalu bosan, aku isi masa lapang dgn merekod perjalanan bas sepanjang laluan Tapah, jalan yang macam ular kena palu tu.. Asalnya rekod 15 minit, tapi utk mengelakkan blog ni berat utk loading, aku cut jadi 3 minit jek.

video

Walaupun pengalaman menaiki bas 'ojek' ke Cameron Highland amatlah membosankan, tapi ada beberapa benda yg patut aku respect kat pemandu bas ni.

i) amat berhati2 ketika pemanduan. disebabkan bas yg oldschool, driver ni ada kesedaran sivik yg tinggi, dgn membenarkan kenderaan2 dibelakang memotong bas bila sampai di jalan yg lurus.
ii) sentiasa menumpangkan orang2 asli yg hendak ke puncak. Dan yg aku perasan, driver takkan amik upah tinggi pun. kekadang, dia tak terima langsung upah. Respect la bro!

Setelah beberapa lama menunggu bas sampai ke destinasi.. akhirnya kitorg sampai gak ke Tanah Rata. Time tu cuaca cam dah sejuk sket, maybe sebab mendung kot. Sesampai di sana, kitorg disambut oleh Hari, salah seorg penganjur program. Aku ingatkan Hari ni melayu, takpun mamak. Rupanya mmg keturunan India.. Dia punya cakap BM pergh.. org first time kenal mmg akan cakap dia ni Melayu la. Hari ni orgnya kurus2.. Walaupun kurus, tapi bawak kereta macam lipas kudung... Sedikit cuak kitorg di situ.. Yelah, kitorg yg paling last sekali sampai.. Mmg nak kejar masa, takmo sampai lewat sgt..

Hari bawak kete sampai ke Tokong Cina.. aku tak tau apa nama tokong tu, dan tak sempat dah nak tangkap gambar apa2, pasal masing2 mengejar masa. Sampai jek kat sana, keluarkan barang2 dari kereta, sumbat ke dalam 4wd yg agak 'ojek' gak, terus ke Blue Valley Dam. Time tu dah hujan renyai sket.. Pergh, mmg adventorus la... macam Amazing Race pun ade gak rasanya.. Paling adventure bila 4wd ni lalu jalan masuk kebun.. mmg macam nak tergolek rasanya.. Seluar masing2 dah basah kena hujan..
Akhirnya, tiba gak kat Blue Valley Dam... Time tu dah ada 2 khemah terpasang siap2.. Kitorg yg bawak khemah sendiri ni, terpaksala bergegas siapkan khemah, pastu masak makan malam. Menu sempoi jek, ikan sardin dgn Tomyam.. (tomyam tuuuuu, melelehhhhh).

Around pkl 11pm tu, ada sesi icebreaking dan pembahagian kumpulan oleh penganjur. Ice breaking lama giler, dkt pkl 1am baru abes... Dalam hati aku "Ini bukan ice breaking dah ni.. ni macam ice sculpting" :P. Tapi ape nak buat layan je la.. better kenal skrg dari kenal time dah atas hutan.. So dari sesi ice breaking ni, adalah beberapa nama yg lekat dalam paler aku, antaranya Abg Jebat, Abg Mamak, Abg Nazri, Amri, Oli, Apek dan lain2..
Abes sesi icebreaking, kitorg sambung siapkan sarapan dgn lunch utk esok..

Hari yg meletihkan.. Tapi cabaran belum pun bermula.. Lepas siapkan makanan utk esok, around 3am, kitorg masuk tidor... ZZZ....


p/s: Hari pertama tahun baru yang menjerihkan... nantikan sambungannya...

2 comments:

ahsfantasy24 said...

dr mane nei?..
kite dr lipis, lam 1jam
lbey bru smpai..
huhu~

najwa's said...

besh2! :) rindu nak bergunung :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser