01 Januari 2010
Blue Dam Valley
0530am
Seawal pagi kitorg dah bangkit dari kamar beradu masing2. Lepas bersiap2, kitorg sediakan makanan breakfast dan lunch utk santapan atas gunung nanti. Kemudian, packing semula khemah dan bagpack.
Ketua program membuat sedikit ucapan sebelum memulakan pendakian, dan diakhiri dgn bacaan doa oleh en Apek. (Maaf, en Apek ini bukannya Khairul Fahmi Che Mat ye..)
Pendakian akhirnya bermula..
Tangga-tangga
1000am
Pendakian bermula dgn mendaki anak-anak tangga di Blue Valley Dam (BVD). Jumlahnya lebih kurang 200 anak tangga. Mmg pecah peluh gak walaupun baru sekadar mendaki tangga. Tak ubah seperti mendaki tangga Batu Caves. :P
Saluran-saluran paip
1030am
Lepas tamat aktiviti memanjat tangga beramai2, kitorg sampai ke kawasan yg terdapatkan saluran paip air yg panjang2 belaka. Atas saluran paip ni lah kitorg perlu berjalan. Disebabkan pakai kasut getah, perjalanan tak terlalu sukar, tapi kalau siapa yg pakai kasut yg tapaknya tak mencengkam, mmg akan kerap tergolek 'dog' kat sini.
Laluan paip ini, semakin lama berjalan, semakin sukar. Paip2 ni mula memasuki kawasan hutan, serta melalui jalan paya yg amatlah becak.. kalau terpijak mmg tenggelam, ada yg sampai ke paras paha. Kalau kasut tercabut dlm paya ni, alamatnya mendaki la dgn berkaki ayam.
Tanah Runtuh
1100am
Laluan paip menjadi semakin bahaya, tambah2 bila dah dekat dengan pintu gerbang hutan. Pada hari pendakian, baru kitorg tau yg ada tanah runtuh di laluan paip... Memang betul2 mencabar program kali ni.
Agak berdebar dada masa nak lalu tanah runtuh ni, sebab tempat berpaut tak banyak, ditambahkan lagi dgn paip yg licin dan beban bagpack yg amatlah berat.. Walaupun gitu, pendakian harus diteruskan, selepas berhempas pulas serta hampir tergolek dicelahan paip, akhirnya aku berjaya melepasi tanah runtuh.. Perjalanan diteruskan hingga ke anak sungai.
Pintu Gerbang
1130am
Pintu gerbang rupanya di kawasan anak sungai. Sampai sekarang aku masih tak tau kenapa tempat ni dipanggil Pintu Gerbang? Aku tak nampak pn sebarang bentuk binaan yg nampak cam Pintu Gerbang. Maybe dulu kat sini mmg ada Pintu, tapi dah rosak ke, dah runtuh ke, wallahualam. Kitorg teruskan perjalanan, keluar je dari kawasan sungai, terus sampai ke kawasan lapang, yg saujana mata memandang.. Memang tak sangka ada gak kawasan luas camni dalam hutan.. Kat sini pun ada sebuah kabin, maybe utk pendaki yg nak tumpang berehat..
Bermula dari sinilah segala cabaran bermula.. Kitorg perlu melalui 7 puncak sebelum sampai ke Kem Tudung Periuk. Semasa mula mendaki, aku tak tau pun yg ada 7 puncak sblm sampai ke Kem. Jenuh la memanjat.. setiap kali sampai puncak.. alih2 turun ke bawah semula... Dgn badan yg telah mula letih, tekak yg makin lama makin kering, beg yg terasa semakin berat nak ditanggung bahu.. mmg menduga iman..
Setelah hampir 3 jam berjalan, barulah kitorg sampai ke Kem Tudung Periuk
Kem Tudung Periuk
0230pm
Sesampai sahaja di Kem Tudung Periuk, cuaca mula bertukar.. Titis hujan mula gugur.. "Aduyai... khemah lom pasang lagi ni.. jgn la hujan lebat." Kitorg bergegas pasang khemah sebelum hujan menjadi semakin lebat.. Siap pasang khemah, diskusi dgn Zack.
Aku: "Kita kena cover khemah kita dgn somethin, nnt hujan, air boleh tembus masuk ke dalam ni...".
Zack: "Kita pakai plastik sampah extra yg aku bawak ni, tutup atas khemah byk2 jgn sampai air masuk."
Aku: "Genius!". Eh, padahal aku x cakap pun camtu.. :P
Siap pasang khemah, aku korbankan poncho aku sebagai atap extra letak depan khemah, utk kawasan memasak.. Yela, takkan nak suruh aku masak dlm khemah plak kann.. Kreatif tak saye?
Ok, settle. Masa utk melahap lunchpack yg kitorg siapkan pagi tadi. Habis melahap, kitorg teruskan perjalanan ke Kem Kasut pulak.
Apa yg terjadi sepanjang perjalanan ke Kem Kasut? Tunggu sambungannya. :)
16 comments:
aduhai..baru nk menapak dh ujan kan..nak wat cmner udah trip ni akhir tahun yg memang pon musim hujan..korang mmg The Best :)
itula.. mmg dugaan mendaki dlm hujan.. huhu.. tapi pengalaman tu best.. :P
comel pkk tdung priuk tu...!
warna bunga tu menarik.. maybe sebab tumbuh kat tanah tinggi :)
wah...bestnye....
huhu......
banyaknya nama kem :)
@nurul: mmg best :)
khairunisa: standard gunung mmg ada byk kem... senang nak berehat. :)
first timer here ! ingat an masok fb tadi . heee~
wow... nmpk best giler.. aku x penah join aktiviti2 mcm ni..
gunung ni kat mane beb...?
nmpk mcm lebih extreme...
gunung yong belar, kat cameron highland. antara 7 puncak tertinggi kat semenanjung.
wah
Periuk Kera
ku jumpa periuk kera jer mesti excited nak tgok dalam dia ada serangga apa
heheheheh
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
Salam. Lama tak jumpa. Heheh.. Nk mintak tolong. Gambar2 konservasi dulu banyak yg hilang. Mungkin boleh berkongsi gambar milik tuan bila2 masa terluang nanti. -AM-
halamak incik Am datang singgah laaa.. huhu, boleh2, actually gambar2 banyak dengan Hafiz Sr. Saya pun tak bawak camera time tu. :)
ya.. more photos please .
and please cont. this story .. much more to tell rite
Post a Comment