Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Ekspedisi Gunung Nuang : Hari Kedua (Part 1)

Salam semua, ok kita sambung cerita memanjat Gunung Nuang.

4 Disember 2010

0900am

Semua dah bangkit dan bersiap2 utk mendaki Gunung Nuang. Abg Sham dan Kak Shida dah prepared bihun goreng utk breakfast, dan nasi campur utk lunch kat atas puncak.

Perjalanan bermula dari Kem Lolo Bawah, campsite kitorg. Perjalanan agak mudah kerana cuma meredah hutan dan anak sungai. Yang bestnya.. ada lalu empangan lama dlm hutan, sape2 yg gayat better jgn tengok kat bawah empangan tu.

Kem Lolo Atas

0945am

Lebih kurang 15 min camtu, sampai kat Kem Lolo Atas. Sempat lagi tangkap gambar. Huhu. Daripada Kem Lolo Atas nak ke Kem Pacat, perjalanan jadi semakin sukar sedikit. Kitorg dah mula mendaki kaki gunung. Perjalanan banyak melalui tanah merah yg sedikit becak.

Kem Pacat

1115am

Tiba di Kem Pacat. Kat campsite ni, sumber air dah susah nak dapat. Sebab tu tak ramai yang camping kat sini. Menurut abg sham, kalau nak amik air, boleh turun lalu tepi campsite ke bawah, ada anak air sungai.. tapi rasanya adalah lebih baik bawak air siap2 masa berenti kat Kem Lolo Atas tadi.


p/s: Eh, jgn tatau, rupanya Rapunzel pernah tinggal atas pokok tau! Tak caya? Cuba tgk pic kat atas tu! Hahahahaha. Aku gelar pokok ni Pokok Rapunzel. Bley?

Pas tangkap gambar ala kadar kat Kem Pacat, kitorg sambut perjalanan ke puncak. Time ni la baru terasa cabaran sebenar mendaki Nuang. Tanahnya agak curam, dan perlu melangkah besar2 kalau nak memanjat. Kalau yang berbadan kecil mungkin lebih terasa kesukarannya nak mendaki.

Time kat sini gak la, mental dan fizikal perlu bersatu. Honestly, aku hampir2 nak giveup time ni.. Punya la payah.. Macam tak sampai2. Dengan mengantuknya. Aku tak tau plak nape aku ngantuk sgt time panjat Nuang ni, bukan aku jek, mmbr aku pun sama ngantuk. Sebab tak larat sgt, kitorg berenti pastu tido kejap dlm 5 min. Pastu sambung, pastu ngantuk balik, pastu tido 5 min, pastu sambung balik. Pelik x org tido masa hiking? hahahaha.

Puas memanjat, akhir aku sampai ke puncak.. Eh, eh, apa dia tulis nii.. PUNCAK PENGASIH?!

Adoyai, tak sampai lagi rupanya.... :nanges jap:.

Puncak Pengasih

0100pm

Rupa2nya Gunung Nuang ni ada dua puncak.. Puncak pertama yang kita akan jumpa adalah Puncak Pengasih (bukan puncak kasih ziana zain yek.. haha). Hmm, kat sini ramai first-timer yg confuse, ingatkan derang dah sampai Puncak Nuang. Alangkah ruginya, sebab Puncak Nuang lagi sejam jek nak sampai.

Aku teruskan perjalanan ke Puncak Nuang.. Adoi, makin susah plak Gunung Nuang ni.. Dari Puncak Pengasih nak ke Puncak Nuang, kena redah selut2 hutan, belukar, balak2 tumbang, batu batan. Kat sini aku tido lagi.. hahahaha. ngantuk beb!

Semakin tinggi kita mendaki, semakin sejuk cuaca. So disarankan kita mendaki pakai baju lengan panjang, supaya dapat stay lama sikit kat puncak.

Daki punya daki punya daki, akhirnya aku nampak puncak. Yeah, menuju puncak!

Puncak Nuang

0230pm

Pergh, kepenatan melampau. Sampai jek kat puncak, aku terus melantak bekal nasi campur. Tak tengok org keliling dah. Bukan tu jek, siap belasah bekal org lain gak (sebenarnya bukan aku belasah, dia yg offer.. thanks eja.. huhu)

Dan memandangkan kitorg dh push diri kitorg utk Gunung Nuang ni, so kitorg buat sumthin utk bagi ekspedisi ni lebih bermakna. Masing2 diarahkan membawa baju melayu/baju kurung utk sesi fotografi kat atas puncak. Mana yang takde, pakai baju plastik bungkus.. Hohohoho. :P
Tu dia, aku dah berjaya conquer puncak tertinggi di Selangor! :)

Ok nnt sambung cerita perjalanan turun pulak. Enjoy reading k!

5 comments:

zaMir said...

dlu pegi 3H 2M...sampai puncak hari ke-2..dgr azan zuhur dari atas puncak...mmg best!!!

Ayuni said...

bestnyer....

Awang Hafiz said...

@zaMir: ouh, ada ek? kitorg sampai dh dekat pkl 230pm camtu.. tu x dgr ape2. Cuma mmbr yg dh sampai awal sket, dgr bunyi kapal terbang. :)

Awang Hafiz said...

@ayuni: nnt kalau nak join hiking2, leh pg gunungonline.com.

Ayuni said...

o, ye ke? thanx...hikhik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser