Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Ekspedisi Gunung Nuang : Hari Pertama

Salam Maal Hijrah semua,

Hari ni aku nak bercerita tentang pengalaman mendaki Gunung Nuang. Semuanya bermula dari sebuah post dari forum Gunung Online.


Memandangkan dah dekat setahun aku tak panjat gunung (last panjat Gunung Dato'), aku buat keputusan utk join ekspedisi ni, tambah2 dia tulis utk beginner, so aku bajet takde la seksa sgt. huhu.

3 Disember 2010

1000pm

Berkumpul kat Tesco Ampang. Alhamdulillah, cuaca sgt baik malam tu (Asalnya aku bajet hujan turun mencurah2). Bro Sham Castello sampai lebih kurang dlm pkl 1030pm camtu. Sebaik semua dah berkumpul, kitorg start bergerak ke Pangsun. Dalam perjalanan, tetiba jer turun embun, dalam hati aku, "Abesla malam ni hujan turun gak". Oh, rupanya tak hujan, embun turun kejap jek.

Sesampai kat Pangsun, kitorg beramas beramah mesra ngan semua peserta yang join, total peserta 10 org.


1145pm

Start bergerak ke Kem Lolo Bawah.. First time merasa pengalaman berjalan dalam hutan malam2.. Utk ke Kem Lolo Bawah, kena lalu jalan balak. Nak berjalan ke Kem Lolo Bawah ni amik masa lebih kurang 2 jam gitu.. Sepanjang laluan ke Kem Lolo Bawah, kita akan lepas 4 pondok rehat.. Memandangkan dh malam, takde la nak amik gambar byk2 dalam hutan, buatnya tertangkap gambar entiti.....

0245am

Sampai ke Kem Lolo Bawah. Sesampai sana, dah ada group bebudak dari IPT bercamping kat situ.. Selepas bertegur sapa lite2, kitorg terus naikkan khemah dan fly.

Semua dah siap pasang, kitorg tido jek malam tu, esok paginya nak menuju puncak.

7 comments:

zikeryhassan said...

seronok. da lama tak bercamping and outdoor activities.

Awang Hafiz said...

@zikery: dulu penah camping kat ne?

zaMir said...

pernah pegi sini..thun 2005...

Awang Hafiz said...

@zaMir: time belajar dulu ye? sampai puncak x?

zaMir said...

sampai puncak...pegi time form 2...

hans said...

cool la panjat gunung
ku xpenah lagi buat benda nih

P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

Awang Hafiz said...

@zaMir: ic. good! muda2 dah join aktiviti outdoor.

@hans: time muda2, tgh sehat mmg sesuai nak buat panjat memanjat ni. haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser