Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Perkhidmatan Lori Sewa Hamybon Enterprise : Jujur lagi Berpatutan.

Arakian pada suatu hari, aku diarahkan pindah rumah, kerana tuan rumah nak jual rumah dia. So bermula aktiviti nomad aku sekali lagi, setelah 5 tahun menomadkan diri dari satu daerah ke satu daerah di bandar Metropolitan Kuala Lumpur ni. Setelah gigih mencari kotak di lorong2 gelap, dan mengepack semua barang2, tinggal lah satu lagi cabaran iaitu mendapatkan Lori Sewa! Ya, kalaulah kereta aku ni setaraf Hilux 4WD memang aku gigihkan lagi mengangkut ulang alik barang-barang aku secara sendirian berhad. Tapi malangnya keretaku hanyalah Bumbleebee celup MyVi.

Disebabkan aku yang agak kedekut piang, aku mengaktifkan mode pencarian Lori Sewa termurah. Boleh dikatakan range Lori Sewa kat KL ni, di antara RM230 - RM350 kalau pindah within KL (Lori+2 orang pekerja).

Setelah berhempas pulas, akhirnya aku jumpa dengan satu Lori Sewa yang menepati piawaian dompetku. :Drum Roll: Memperkenalkan Perkhidmatan Lori Sewa Hamybon Enterprise! :Drum Roll:. Harga yang diquote pada aku asalnya RM270 (Lori 1 tan + 2 orang pekerja). Tapi disebabkan skill nego aku yg agak superb (superb lah sgt), berjaya diturunkan kepada RM250. Tapi ofcourse lah lepas aku diinterview dulu oleh Tokei Lori, barang banyak mana, rumah dari mana ke mana, flat ke, teres ke, banglo ke, pangsapuri ke, setinggan ke.

Camana aku leh terdetik nak ambil juga perkhidmatan Lori dari syarikat ini, semuanya selepas aku baca satu post dari blog derang. Ko tengok, tokei lori pun jadi part time blogger hokeh! Sedih aku membaca kisah derang kena tipu dengan customer. Biasanya aku dengar customer jek kena tipu dengan lori. So dari situ aku terus conclude, derang ni memang jujur dalam perniagaan. Tambahan pula orang kita, memang aku support lah.

Sampai hari nak berpindah, lori ni datang memang on time. Rupanya mmg tokei dialah yang jadi tukang driver, jadi tukang angkat, dengan sorang lagi pakcik. Muda lagi tokei dia ni, maybe tak sampai 25 tahun lagi. Bila siasat sikit, rupanya ini perniagaan keluarga. Cerita pasal derang ni, punya lah kuat kudrat, sampai boleh pikul barang2 aku sorang-sorang jek.

Masa berpindah rumah, derang memang dah prepare awal2, dengan troli angkut barang semua. So ini menunjukkan mereka memang berpengalaman dalam hal pindah memindah ni.

Di sini dibelanjakan sekeping gambar kenang-kenangan bersama pengusaha dan pekerja Perkhidmatan Lori Sewa Hamybon Enterprise. Abaikan mukaku yg serabai sebab tak kuasa nak mekap2 lepas pindah rumah.


Supportlah barangan buatan Malaysia. Tetiber.

3 comments:

ewanthology said...

Beli rumah sendiri... tak payah nak pindah2 :-)))

aman76 said...

saya nak pindah umah ni ...

justlorry said...

cuba, try www.justlorry.com in the future.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser