Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Tahun Baru di FRIM



Selamat Tahun Baru! Pada pagi tahun baru aku dan rakan-rakan menghabiskan masa beriadah di FRIM, Kepong. Berkumpul di Kafeteria FRIM dalam jam 730am kemudian bersarapan sebelum memulakan aktiviti trekking ke hutan FRIM.

Breakfast Nasi Lemak. Nasi lemak dia memang sedap sangat dan murah compare dgn harga dekat KL.
Trekking di hutan FRIM hanya dibuat dalam suasana santai. Disebabkan cuaca juga amat bagus pada pagi tersebut, kami ambil masa untuk menikmati suasana hutan di sana. Trekking bermula dengan berjalan kaki dari Kafeteria ke Masjid Jamek, kemudian dari Masjid Jamek ke Nature Education Resource Centre (FRIM-MNS-SHELL).

Hijau!
Perjalanan sebenar memasuki trail tanah merah selepas FRIM-MNS-SHELL. Mengikut bacaan, trail ini dinamakan Rover Track. Di sini juga merupkan trail favourite untuk mereka yang gemar berbasikal Mountain Bike. Kami berjalan kaki di trail ini sampai ke air terjun. Di kawasan air terjun ini, ada trail tambahan untuk ke Canopy Walk. Trail ke Canopy Walk adalah trail anak bukit yang sedikit mencanak sehingga 40 darjah. Walaupun trail ini singkat sahaja tapi memang pecah peluh la juga untuk pendaki intermediate.

Mangsa kemalangan Mountain Bike


Kami melalui check point Canopy Walk, tapi sayangnya kami tak ada beli tiket untuk masuk ke Canopy Walk masa kat bawah tadi, so tak dapatlah masuk. Dapat pose tangkap gambar je kat depan jambatan dia. Perjalanan diteruskan menuju ke bawah (time ni dah start menurun). Keluar dari trail anak bukit kami sampai semula ke trail Rover Track. Di sini kita boleh terus menuju keluar ke Masjid Jamek atau berpatah balik ke laluan mula tadi. Aku dan rakan decie nak patah balik sebab nak jalan kaki jauh sikit. Semasa berpatah balik aku hampir2 kena sondol dgn basikal sebab tak perasan ada kat belakang. T_T. Sepanjang perjalanan balik mulalah perangai nak tangkap gambar memanjang.

Group Picture di depan Canopy Walk
Cam Whoring on the way balik
Singgah tangkap gambar di Rumah Terengganu. Feeling2 balik kampung gitu.
Trail yang kami lalu di FRIM
Pendek kata, FRIM memang tempat alternatif yang sesuai untuk warga Kota beriadah sambil menikmati udara segar dari hutan. Walau bagaimanapun, caj dikenakan untuk setiap kenderaan dan pengunjung. Satu kereta RM5, tambah satu penumpang extra kereta RM1.

5 comments:

the malay male said...

aktiviti yang bagus utk meningkatkan stamina :-)

Awang Hafiz said...

huhu, btol tu. sambil2 isi masa lapang kan.

Harith Iskandar said...

alahai comeinyer hafiz kt frim.slamat tahun baru hafiz.harapnyer tahun ni dpt wit & jadik kaya raya lah yer..mmm jom jumpe sy next week boleh.jumpe kat tmpat biase sbb byk gak nk borak2 ni :)

Awang Hafiz said...

boleh harith, roger2 la ye.

ahsfantasy Ryu said...

best, cintai alam semulajadi :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser