Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 3 Part 1


Hari ke tiga di Ho Chi Minh dimulakan dengan sarapan di Basiroh. Tokei kedai bernama Ajis dan boleh berbahasa Melayu dengan fasih. Setelah menjamah nasi lemak, aku dan kawan menuju ke Agensi Pelancongan untuk menaiki bas ke Terowong Cu Chi. Di dalam perjalanan ke Terowong Cu Chi, kami dibawa singgah ke pusat kraftangan untuk mangsa-mangsa perang ketika Vietnam War. Di sini mereka dilatih untuk menghasilkan produk kraftangan seperti ukiran dan lukisan untuk dijual kepada pelancong. Usai di pusat kraftangan, kami kembali meneruskan perjalanan ke Terowong Cu Chi.


Tiba di pintu masuk, pemandu pelancongan meminta kami membayar duit tiket masuk ke dalam.

Terowong Cu Chi merupakan salah satu sejarah paling penting dalam kemerdekaan Vietnam. Orang Vietnam amat bangga dengan cara mereka mendapatkan kemerdekaan. Tentera US pada dasarnya cuba menghalang Komunis dari mengambil alih Vietnam dari Asia Tenggara, tetapi orang Vietnam ketika itu beranggapan US cuba untuk menyerang dan mengambil alih Vietnam. Dengan bantuan dari Komunis, orang-orang Vietnam berperang dengan US untuk mendapatkan kemerdekaan.



Agak lucu melihat reaksi wajah beberapa warga US yang turut hadir dalam tour ke Cu Chi ini apabila mendengar penerangan dari Pemandu Pelancong berkenaan.

Ketika di dalam Cu Chi, kami diterangkan dengan beberapa perangkap dan jerangkap yang dicipta oleh orang Vietnam untuk melindungi diri dari serangan tentera US. Kebanyakan jerat yang dicipta kelihatan agak ngeri untuk dibayangkan kalau terkena pada badan ini.



Kami juga dibawa untuk merasai pengalaman mengembara di terowong bawah tanah yang dibina untuk warga Vietnam berlindung ketika zaman perang. Terowong adalah sempit, cuma seorang yang boleh lalu dalam satu masa, itupun terpaksa lalu secara membongkok. Terowong ini tidak sesuai untuk dilalui untuk mereka yang takut gelap dan takut sempit. Aku hampir-hampir tekan butang panik sebab melalui terowong ini seorang diri.



Habis merasai pengalaman mengembara di Terowong Cu Chi, kami menuju ke Padang Sasar Cu Chi untuk mencuba menembak menggunakan pelbagai peralatan menembak yang ditawarkan disitu. Ada M16, ada pistol, ada senapang (sorry detailnya saya tak pasti sebab tak minat main Counterstrike.. hahahaha).



Kami menuju pulang ke Bandar Ho Chi Minh sekitar waktu tengahari. Pengalaman di Terowong Cu Chi merupakan atara pengalaman yang paling menarik ketika melawat Ho Chi Minh. Banyak sejarah berkenaan Perang Vietnam boleh dipelajari ketika melawat Terowong ini.



p/s: Nantikan pengalaman kami bersiar-siar di hari terakhir Ho Chi Minh dengan menaiki Skuter. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser