Sebagai orang bujang, aku kerap terbeli lebih barang-barang dapur dan terbiar tak digunakan untuk tempoh masa yang agak lama. Antara yang kerap dibazirkan adalah telur. Biasanya aku akan beli terus sepapan telur (25biji) tetapi kadang kala tak sempat nak habiskan dalam tempoh 2 minggu. Makanya terbiarlah telur tersebut sampai sebulan.
Persoalannya sekarang, adakah telur yang terbiar sebulan itu masih elok untuk dimakan? Aku sebenarnya jenis yang tak suka membazir, rasa cam nak goreng balik je telur-telur itu. Tapi takut keracunan makanan pulak.
Jika korang macam aku yang blur-blur tentang status telur, ini cara mudah untuk mengenalpasti telur yang masih elok untuk dimakan dan telur yang telah tamat tempoh.
Telur Baru |
Suspek Telur Lama |
1) Sediakan satu mangkuk air paip/mineral/dr sukida/rx water/apa2 sahaja air jernih yang ada.
2) Ambil sebiji telur yang telah lama dibeli untuk diuji dan letakkan di dalam mangkuk air tersebut.
3) Jika telur timbul, makanya itu adalah telur tamat tempoh.
4) Jika telur tenggelam, makanya telur itu masih elok dan selamat untuk dimakan.
Telur yang masih elok untuk dimakan |
Telur expired |
p/s: Jika dipecahkan telur yang timbul itu, kita akan dapati selaput kuningnya akan cepat pecah
p/s2: Telur-telur yang telah direndam untuk ujian tadi akan terdedah kepada bakteria kerana telah basah. Seelok-eloknya hanya uji telur yang ingin dimasak atau dibuang sahaja.
5 comments:
tips yg bagus..saya pun tak tahu macam mana nak bezakan sebelum ini.
huhu, selamat mencuba ya!
erk malunya..
saya baru tahu ni. huhu~
thanks info nie...tak pernah tau pun cmne nak detect so lepas nie mudah la..x perlu risau tetiba telur buruk busuk
ahs dan adish tak perlu malu sbb mmg ramai tak tahu sebenarnya
Post a Comment