Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Pertandingan Nyanyian Online Malaysia : CARI IDOL

Salam kepada semua pengunjung,

Disini saya ingin mengumumkan satu pertandingan nyanyian secara online yang dianjurkan oleh Forum Cari Malay. Pertandingan nyanyian yang dinamakan Cari Idol ini telah pun memasuki musim ke-3. Pertandingan untuk musim baru dijangka akan mula menjalankan ujibakat bermula 1 Mac 2012.

Publisiti adalah amat diperlukan. Maka diminta agar rakan2 blogger dapat membantu saya dalam mempromosikan pertandingan ini sebagai AJK Publisiti.

Syarat-syarat AJK Publisiti
1) Merupakan ahli Forum Cari Malay (untuk tujuan pemberian kredit).
2) Diminta membuat entri di blog masing-masing berkenaan pertandingan Cari Idol Musim ke-3

Kelebihan untuk AJK Publisiti
1) Pemberian kredit untuk Forum Cari Malay sebanyak 20 mata kredit untuk setiap entri yang anda buat di dalam blog anda. Terdapat 10 spectacular untuk dipertandingkan maka anda akan mendapat purata kredit sebanyak 20 X 10 = 200 kredit jika membuat entri untuk setiap spectacular.
2) Peningkatan jumlah trafik di blog anda kerana blog anda akan menjadi pusat capaian link2 kepada lagu2 para peserta yang bertanding.


Apa yang anda perlu lakukan sebagai AJK Publisiti
1) Buat satu entri ringkas di blog anda dan letakkan logo pertandingan Cari Idol ini.



2) Letakkan link ke Board Bakat Muzik seperti ini. http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=131
3) Tinggalkan link blog anda di dalam bahagian komen entri saya ini.
4) Tinggalkan email anda di dalam Formspring saya untuk dihubungi.
----------------------------------------------------

Buat permulaan, anda boleh letakkan entri permulaan berdasarkan maklumat di bawah ini:

Untuk perhatian semua pengunjung Board Bakat Musik, board ini akan menganjurkan semula pertandingan Cari Idol untuk musim yg ketiga. Disini saya ingin mencari AJK untuk membantu saya dan momod Pingu sepanjang penganjuran Cari Idol ini. Di sini saya paparkan antara plan untuk Cari Idol musim ke 3.

AUDITION : TEMA TERBUKA (pilih 12 finalist) (1/3/2012 - 14/3/2012)
SPECTACULAR 1 : IDOLA (12 finalist) (eliminate 2) (15/3/2012 - 28/3/2012)
SPECTACULAR 2 : CINTA (10 finalist) (eliminate 2) (29/3/2012 - 11/4/2012)
SPECTACULAR 3 : MELINTAS ARUS (8 finalist) (eliminate 1) (12/4/2012 - 25/4/2012)
SPECTACULAR 4 : SEMANGAT DAN INSPIRASI (7 finalist) (eliminate 1) (26/4/2012 - 9/5/2012)
SPECTACULAR 5 : PILIHAN PENONTON (6 finalist) (eliminate 1) (10/5/2012 - 23/5/2012)
SPECTACULAR 6 : POP ROCK (5 finalist) (eliminate 1) (24/5/2012 - 6/6/2012)
SPECTACULAR 7 : OST FILEM / DRAMA (4 finalist) (eliminate 1) (7/6/2012 - 20/6/2012)
SPECTACULAR 8 : AJL (3 finalist) (eliminate 1) (21/6/2012 - 4/7/2012)
GRAND FINALE : LAGU DARI KOMPOSER LUAR & BATTLE SONG (2 finalist) (5/7/2012 - 18/7/2012)


Cadangan hadiah untuk pemenang.

1. 1500 KREDIT
2. 900 KREDIT
3. 700 KREDIT
4. 600 KREDIT
5. 500 KREDIT
6. 400 KREDIT
7. 300 KREDIT
8. 250 KREDIT
9. 200 KREDIT
10. 150 KREDIT

Syarat Pertandingan
- Terbuka hanya untuk ahli Forum Cari.
- Semua penyertaan perlu dihantar sebelum atau pada 8/3/2012.
- Bekas peserta Cari Idol 1 dan Cari Idol 2 tidak dibenarkan untuk menyertai.
- Peserta perlu mendapatkan minus one/instrumental sendiri.
- Peserta perlu mempunyai kemahiran untuk membuat rakaman suara sendiri menggunakan komputer. Peserta juga dikehendaki mempunyai kemahiran untuk membuat mixing suara dan minus one masing-masing.


Info Tambahan
- Jarak antara setiap Spectacular adalah 2 minggu (1 minggu untuk persediaan rakaman oleh peserta, 1 minggu untuk undian)
- Hadiah daripada sponsor amat digalakkan.
- Publisiti melalui group FB dan blogger2 ternama tanah air.
- Cadangan tarikh audition. (1 Mac 2012 - 7 Mac 2012 utk submission rakaman, 8 Mac 2012 - 14 Mac 2012 utk undian).
- Melobi adalah dibenarkan.
- Fan Club adalah dibenarkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser