Perjalanan bermula seawal 10am dari Rawang, Selangor. Disebabkan semua yang ikut tak pernah ke Rompin, jadi kami memang berharap pada GPS yang ada sahaja. GPS suruh lalu jalan lama ikut Langat, tembus ke Negeri Sembilan dan terus ke Rompin. Tujuan asal ke sana memang hendak memancing ikan, tapi setelah sampai di sana baru tahu Sungai Rompin lebih popular utk memancing udang dari memancing ikan. Alhamdulillah cuaca sangat baik.
Sesampai ke sana, kami menuju ke Rumah Rakit al-Habsyi. Suasana rumah rakit itu sendiri dah menyenangkan hati. Beratapkan rumbia, dekorasi yang simple dan kreatif, memang menggamit2 pengunjung untuk berehat di dalamnya. Kemudahan asas turut disediakan, di tebing sungai terdapat tandas dan bilik mandi dengan punca air dari telaga. Memang sejuk gile.
Sehingga ke petang, seekor udang pun tak dapat. Rasanya Pakcik Syed dapat melihat kekecewaan kami, yelah datang dari KL jauh-jauh, tapi seekor pun tak lekat. Jadi Pakcik Syed berjanji akan bawak kami mudik hingga ke muara sungai esok hari untuk cuba nasib di sana pula.
Oh, kami langgan pakej memancing siap dengan sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan sekali. Jadi pada sebelah malamnya, Pakcik Syed datang kembali ke Rumah Rakit dengan membawa juadah makan malam kami. Dapat makan Udang wooo.. Udang besar2 plak tu. Pakcik Syed kata ini rezeki kami, sebab abangnya tak jadi datang Rompin pada hari tersebut.
Dah alang-alang duduk rumah rakit, kami terus sambung memancing di rumah rakit pada sebelah malam. Sekali lagi hampa sebab seekor ikan dan udang pun tak sangkut. Jadi kami terus tertidur dengan lenanya hingga ke pagi.
Keesokkannya Pakcik Syed datang ke rumah rakit sambil membawa sarapan dan bekal makan tengahari untuk dijamah di atas bot rakit. Pakcik Syed dah pesan yang kita akan berada atas rumah rakit sepanjang hari. Ada beberapa port yang Pakcik Syed singgah untuk cubaan mencari lubuk Udang. Dekat 5-6 kali lah jugak kami berenti untuk mencuba nasib. Pakcik Syed pesan kalau ada udang, letak tak sampai 10 minit dah kena sambar dah. Akhirnya port udang berjaya dijumpai setelah hampir2 pukul 2pm. Itu pun bukanlah port sangat sebab ada dapat beberapa ekor jek. Maklumlah bukan musim. Bersungguh-sungguh Pakcik Syed bawa kami mudik hampir ke muara, hampir sejam setengah perjalanan jugak lah dengan menaiki bot rakit tu. Rezeki dapat udang lebih kurang 200G jek, tapi takpelah yang penting pengalaman.
Kami berhenti memancing pada pukul 5pm sebab nak berpatah balik ke rumah rakit dah ambil masa sejam setengah. Takut sampai dah lewat senja pulak. Dalam perjalanan pulang tu, hujan pulak tengah jalan. Memang kesejukan atas bot rakit tu. Tapi memang adventure.. huhuhu. Bila lagi nak mandi hujan atas sungai kan.. Ehehe.
Malam itu kami pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan puas. Yang pastinya kami akan ke sana lagi, pada waktu yang lebih sesuai.
8 comments:
tempat best! teringin nak gi.
tempat best! teringin nak gi.
mmg best.. better pegi. huhu
Nice pictures :)
Boleh sesape tolong share x address tempat ni..please ;)
boleh try contact no yg ada dalam gambar di atas. dulu saya pergi dia tepi sungai so saya tak tahu exact alamat dia. landmark dia, Food Court Rompin dan Tangki Air Rompin.
blh x share alamat tempat ni.please.
jum try rumah rakit sy pulak. dekat rompin jugak :) boleh search dkt facebook/google. cemara riverview chalet. :) thanks!
Post a Comment