7 Januari 2012
0700pm
Tiba di tepi jalan pintu masuk ke Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling. Berkumpul di pintu masuk sebelum ke tapak perkhemahan untuk mendirikan khemah.
0800pm
Siap mendirikan khemah dan bersedia untuk persediaan makan malam oleh host Kak Syida. Antara lauk makan malam adalah nasi beriani, daging masak kurma, ayam goreng, papadom dan sayur acar kot.
1000pm
Masing-masing dah terbongkang tidur.
8 Januari 2012
0800am
Bangun dan bersedia untuk menyediakan sarapan pagi. Antara menu sarapan pagi adalah Kuew Teow Goreng, Air Kopi dan lebih2 lauk malam semalam.
0900am
Bergerak ke Air Terjun Sungai Chiling. Perjalanan agak mudah, cuma kena meredah sungai beberapa kali sebelum sampai ke Air Terjun. Jangan risau air sungai tidak dalam dan tidak terlalu deras. Cuma adalah lebih baik bungkus barang2 yang nak dibawa didalam plastik kalis air supaya tak risau kalau2 terjatuh ke dalam sungai. Perjalanan melalui sungai akan lebih mudah jika anda memakai kasut getah kerana ianya tidak berat dan lebih mencengkam batu2 dan pasir sungai.
1000am
Tiba di Air Terjun Sungai Chiling, benda pertama dibuat of course sesi tangkap gambar. Pastu sapa2 yang ada bawak makanan ikan bolehlah bagi ikan makan time nie. Ikan2 dia saiz2 tapak kaki je. Ikan kelah mana ada besar2 sangat. Air terjunnya sangat best sebab sejuk dan ada kawasan2 airnya agak dalam so memang best kalau nak test skill berenang.
1130pm
Bergerak pulang ke tapak perkhemahan untuk bersiap2 pulang dan packing barang. Yang best kat sini ada kemudahan tandas dan bilik mandi kalau takmo mandi sungai. Sangat mudah.
1230pm
Bergerak pulang ke KL.
So far memang ekspedisi yang santai untuk dilakukan pada hujung minggu. Siapa kata tempat2 dekat dengan Kuala Lumpur tak ada yang menarik? Masa pergi Chiling tu berderet mat salah n pak arab datang. Siap 2 pieces lagi. Erk.
5 comments:
hurm..seronok dapat join aktiviti mcm ni
mmg sonok..tp syg sbb xpernah pg lg tmpat yg dkt mcm ni .sok daypack ke bukit apek/putih jom..ehehe
delarocha, mmg seronok..
enjoy ur hiking ok harith!
bro,tumpang tanye,kitorang nak camping bermalam bole ke?ad dgr pukul 6 pg sampai 8 mlm je.kalo bole ad no pegawai sape2 ke bole tanya
halimhadi: boleh nak camping bermalam, tapak camping dekat dgn sungai berdekatan ofis. kalau datang lepas office hour, camping je dulu, esok ofis buka baru bayar dekat ofis dia.
Post a Comment