Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Ekspedisi Pine Tree Hill, Fraser Hill & Air Terjun Chiling : Hari Kedua (Part 1)

Kita sambung semula cerita kita...



7 Januari 2012


0800am 

Selepas subuh, kami bersiap-siap untuk breakfast di Kedai Makan Belakang Masjid Bukit Fraser (Sorry tak ingat nama kedai makan tersebut). Harga makanan yang disediakan amat berbaloi, nasi lemak dia pun not bad. Nikmat sekali dapat minum Kopi Tarik dalam cuaca sejuk2 camtu.

Lepas dah siap mengisi perut dan tapau bekalan untuk makan di puncak nanti, kami bergerak ke Rumah Rehat TM untuk memulakan trekking. Pintu masuk ke Pine Tree Trail adalah berdekatan dengan Rumah Rehat TM. Jadi kalau anda memang berminat untuk stay sehari dua di Bukit Fraser selepas trekking ke Pine Tree Hill, bolehlah menginap di sini.

Bergambar di pintu masuk Pine Tree Trail

0900am

Pendakian dimulakan. Disepanjang laluan Pine Tree Trail, anda akan menemui beberapa buah pondok rehat yang telah disediakan. So far sepanjang laluan hari tu kalau tak silap aku ada 3 buah pondok rehat, satu dah jahanam di makan anai2 kot.

Contoh pondok rehat Pine Tree Trail. Model anak ikan Wan.

Kalau nak diikutkan, trail Pine Tree Hill ni tak sesusah trail Gunung Nuang. Dan laluan dia pun tak berbelit2, pendek kata kalau anda tertinggal group anda pun, anda tak akan sesat kerana laluan yang mudah dah tidak semak.
Antara trail tersusah Pine Tree. Model Langsuir Zack

Disebabkan aku dah setahun meninggalkan bidang panjat memanjat ni, begitu cepat sekali aku pewai. Lalu melilau lah mata mencari ranting untuk dijadikan tongkat.

1215pm


Papan Tanda Puncak Pine Tree Hill

Tiba di puncak Pine Tree Hill. Walau bagaimanapun, sepohon pokok pine pun tak aku tak nampak. Camne leh dapat nama Pine Tree pun aku tak tau. Puncak Pine Tree Hill ni takde pondok penanda puncak cam kat Nuang tu. Tak sempat buat lagi kot. Di sini kami membaham tapau yang dibawa dari Kedai Makan Belakang Masjid Bukit Fraser.

Menjamah bekalan nasi lemak Kedai Belakang Masjid. Model Kak Shilah KTM.

View agak cantik disebabkan cuaca yang begitu cerah dan tidak terlalu berawan. Setelah berehat kira2 sejam, kami kembali meneruskan perjalanan turun ke Pintu Masuk.
View dari Pine Tree Hill

0115pm

Mula turun ke bawah. Perjalanan pulang ke Pintu Masuk lebih cepat kerana dah tahu bentuk laluan macam mana. Dan disebabkan kasut getah aku yang agak ketat, aku tertinggal dari group aku. Lalu berjalanlah aku sorang2 dalam hutan tu sambil menyanyi dengan amat riang sekali. Sekali sekala terdengar bunyi dahan patah belakang aku, terus suspen dan meneruskan perjalanan dengan sopan santun.

0345pm

Tiba di pintu masuk Pine Tree Trail. Aku antara org yg lewat sampai, tapi masih ada beberapa orang lain yang lebih lewat dari aku. Sementara menunggu yang lain tiba, kami melepaskan lelah di Bangsal kereta ntah sapa2 ntah.
Antara Flora dan Fauna Pine Tree Trail

0400pm

Kesemua peserta telah sampai ke pintu masuk Pine Tree Trail. Sesi seterusnya adalah sesi mentekedarah di Medan Selera Bukit Fraser. Setelah mengenyangkan perut, kami kembali ke Masjid Bukit Fraser untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Jamak Zuhur dan Asar.

0530pm

Memulakan perjalanan menghala ke Sungai Chiling. Tak sempat pun nak shopping sakan kat sana.. T_T.

Bersambung...

4 comments:

Unknown said...

xpernah smpai lg ke sini...mybe ade trip yg lain ikut kot?

farred said...

Apa yg best spanjang pendakian ke kemuncak? Esok aku nk naik ke sana.

Awang Hafiz said...

farred: yg paling best adalah view di Twin Peak. Kalau dah sampai Pine Tree awal, eloklah sambung terus hiking ke Twin Peak. Tak lama pun, 1/2 jam dah sampai.

Unknown said...

TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
Khidmat Guider Gunung (TG9624)
Menguruskan :
-permit pendakian
-laporan polis
-nature guider berlesen
-kit perubatan(asas)
-walkie talkie

ANDY
017-9997790
whataps/sms/cal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser