Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Cara Mengatasi Masalah Kutu pada Kucing

Kutu merupakan antara masalah utama pada pemilik haiwan comel berkenaan. Ini kerana masalah kutu pada kucing amat sukar untuk diselesaikan kerana ianya sering berulang2. Aku turut menanggung masalah kutu pada kucing yang boleh dikatakan agak kritikal kerana kucing aku si Safi Balqis sampai dah ke tahap keguguran bulu yg agak banyak disebabkan kutu. Walaupun dah sembur dengan Frontline (ubat pembasmi kutu haiwan peliharaan),  kutu tersebut macam dah immune, tetap tak hilang2. Berus guna sikat kutu pun tak menjadi, kutu-kutu tu macam menggengam erat bulu kucing enggan dilepaskannya. Disebabkan geram dengan kutu yang nampak gaya dah mula merebak ke Abu Garcia dan Kochi Chan, aku mengambil keputusan nekad untuk mengisytiharkan perang terhadap kutu2 tersebut. Mungkin tips ni anda boleh cuba gunakan andai cara-cara yang biasa digunakan tak menjadi.

Kutu yang jahat


1) Mandikan kucing dengan sabun mandi kucing, lumurkan sabun dengan banyak di badan kucing. Kemudian gosokkan ke seluruh badan kucing hingga berbuih2 (jangan sampai mulut kucing berbuih sudah la yer). Kemudian, biarkan dalam 5 min untuk memastikan kutu-kutu tersebut mati lemas disebabkan sabun. Selepas 5 minit baru dibilas dengan air suam-suam kuku hingga bersih dan tiada lagi sisa sabun.

2) Sediakan satu gayung air garam yg suam. Pepandaila cari sendiri garam masakan kat rumah ke, garam bukit ke. Asalkan masin. Kemudian, jiruskan ke badan kucing anda dengan rata, terutama di bahagian yg banyak kutu berkumpul (leher, celah kaki, bawah badan). Kemudian, toss kan kucing anda supaya air mandian yg berlebih tu mengalir keluar. Taukan toss tu camne? Goyang2kan jek kucing anda, atau lurutkan badan dia dgn tangan bagi air mengalir keluar. Kemudian, biarkan kucing itu kering dengan sendirinya. Jangan pergi lap ngan tuala plak, kang sesia jek jirus air garam tu.

3) Selepas kucing anda hampir kering, sediakan dalam segenggam garam halus bak tepung gandum. Macamana nak dapatkan garam halus bak tepung gandum? Caranya ialah dengan memblender garam tersebut sehingga halus bak tepung. Kenapa perlukan garam ini? Tujuannya adalah untuk ditabur di atas badan kucing anda. Kenapa perlu tabur? Supaya kutu-kutu yang liat nak mampus tu mati kekeringan air. Garam merupakan unsur yang mampu mengdehidrat benda. Selepas dah ditabur pada kucing, kalau ada lebih2 tu boleh la tabur sekali dekat tempat lepak kucing anda (Cat Tree, Sofa, Carpet dsb). Biarkan semalaman.

4) Keesokan harinya, belek sekali lagi bulu kucing anda. Anda akan nampak banyak kutu yang dah mati, dan mungkin juga yang belum mati. Tugas terakhir anda ialah mencari setiap kutu yg tak mati lagi dan matikannya. So gunalah cara tradisional itu, cari dan letup. Yang bestnya, kutu anda tidak akan melekat lagi pada bulu kucing anda, maka kerja mencari dan meletup menjadi mudah. Awas, anda mungkin akan menjadi gian untuk mencari kutu dan mengerjakan bulu kucing anda ibarat makhluk spesies Planet of The Apes.

5) Untuk benar2 memastikan kucing anda bebas kutu, ulang proses di atas 3 hari berturut-turut.

Amaran: Tips di atas tidak sesuai utk kucing yang mengalami masalah buah pinggang / batu karang disebabkan penggunaan garam yang banyak.

Selamat Mencuba!

32 comments:

FiqaSaleh said...

hehehhehe.. info yg bgs..gelak2 baca.. hehehehh

kucing ali pun ada masalah kutu jugak. kucing yg bergaru, aku pun bergaru sama sbb binggung tak tahu nak buat mcm mana dh nak membasmi kutu tu..

mamawana said...

Gud info.

Kalu dah guna tips ubat kutu, mandi shampoo kucing bersih2, guna garam still masih ada kutu. Cuba petua orang tua. Titiskan minyak tanah sekitar pot kegemaran kutu itu. Jgn terlalu banyak minyak tanah tu nanti mati kucing tu kepanasan digigit kutu. Bubuhlah beberapa titis minyak tanah kat leher, telinga skit kat ekor skit.. cuba try hasil esoknya lihat ..ins'allah berkesan.

syahid said...

~macam mana nak elakkan dia dari menjilat badannya selepas disapu air garam?

Awang Hafiz said...

wah tips menarik mamawana!

Awang Hafiz said...

maybe boleh pakaikan kon kadbod kat leher dia sementara waktu...

Iela Lullaby said...

nk try plak cara ni..ank2 bulus kt uma bru kne kutu..tp masih di tahap telur..agk2 bole hilag tk?
sblm ni gne lemon utk matikan kutu.

http://ielahinagiku.blogspot.com/

SH said...

Nice Info - SaujanaPet.Com

aurora said...

Good tips thanks buddy :-)

Unknown said...

Thanks.. ^_^ boleh la buat kat anak kucing ni...

Sukahatiadam said...

hulur kucing pada monyet pun boleh berhasil !

Anonymous said...

hahah.. btw lawak la baca. mesti geram gile kan dengan kutu tu. sye pon hari hari berperang dengan kutu kucing nie.. :D

Unknown said...

Dah try, n berkesan ! :D
Trimas sgt for the tips..
Wlaupun first time buat xsume kutu hilang, tp memang banyak berkurang...
Bole ulang lg kot buat beberapa kali lg utk make sure meow bebas kutu.. ^^

Anonymous said...

Tq dear...bru selesai masalah ni...hehehe

Anonymous said...

tqtq.. kena cuba !

Anonymous said...

Mmg rasa geram sgt kat kutu kucing ni. Susah hati saya sbb kesian sgt kat anak kucing kat umah ni. Td sy basahkan garam ngan sedikit air, sy sapu kat perut budak ber3 tu. Timbul kutunyer..tp mak budak ber3 tu plak dtg duk bersihkan anak2nyer. Aper pun nak tgk resultnyer esok...


moses said...

pergghhh..nama kucing dia..bukan main lagi..anyway tips yg baik..boleh di cuba.

Lala said...

kalau untuk arnab boileh tak ? ^_^

hoelisheet said...

hello. hai.
serious info ni banyak membantu. sebab anak kucing saya ada masalah kutu yg serious. ada yg mati sebab gatal sangat. terima kasih banyak2!

ada tips untuk bagi anak kucing gemok tak? sbb anak kucing saya tiba2 jadi kurus lepas serangan kutu ni.

Unknown said...

Saya nak tanya boleh ke saya guna kan kaedah ini untuk ibu kucing yang masih menyusukan anak2 dia?

amitlan79@gmail.com said...

Good aah info nie..tq

mucihasanazhari said...

Tapi tapiiii dia suke jilat badan dia. Even sometimes time mandi pun. T_T

Awang Hafiz said...

Ada lagi orang baca post ni rupanya.. Hahaha. Sebenarnya ada cara lagi mudah nak hilangkan kutu kucing ni, belilah Frontline combo tu, titik kat leher dia. Cuma harganyalah lebih RM50 satu kotak, tapi ada 3 pipet. Takpun petua guna minyak tanah kat atas tu pun macam sama konsep dgn FrontLine, cuma saya tak pernah cuba jek.

Anonymous said...

Nak tyn kalau dalam proses kita mandikan garam tuh , dye jilat2 . Takpe ke ?

Anonymous said...

Sabun yang sesuai untuk kucing? Kalau guna sabun Johnson baby boleh ke? Kalau sabun kucing nak dapatkan di mana ye?

Anonymous said...

Thanks for tips. Beryungkus lumus sy mncari petua...

ezzah said...

Ade tips nk hilangkan kutu kat ank kucing yg berusia 2-4 minggu tak.. Guna kaedah ni kat mak dia, tpi nnti ade balik kutu sbb kat ank2 dia dah melekat kutu2 durjana ni..
Tlg bantu sy. Xnk ank2 kucing tu mati dek kutu. ;(

Anonymous said...

tip yg bagus.. ank kucing saya baru 1 minggu tp dh mati kena serangan kutu dr ibunya.. kesian.

NIK ZAKIMA said...

tip ini saya dah praktik..memang bagus.. tuan kucing kenalah rajin dan prihatin lebih drp biasa... cara ialah guna minyak masak.. sapu pada badan kucing.. senang tangkap kutu sbb kutu tak dpt bergerak pantas bila terkena minyak.. nak senang boleh guna sikat kutu tuk tangkap kutu yg banyAK TU.. CUCI dalam air sabun.. dah puas hati.. barulah mandikan kucing dengan syampu..

Anonymous said...

haha kelakar awk buat kkucing mcm makanan pulak . saya pun ada masalah kucing berkutu ni. sebelum ni takde kutu sebab dari kecik duduk dalam tapi bila terlepas keluar banyak pulak kutu. terima kasih. akan dicuba

zue said...

Kucing sya jenis main coon brun8 bulan tp bdn dh besar sgt n bulu pnjang...mslah kutu timbul bila ada ank kucing dtg dok 1.sangkar...then menggaru smp skg...slah satu idea y bgs...sya mesti cuba...slain bwk p.vet mandikn n rawat mslah kutu...kalo sekor 40 plus dh 7 ekor...adoiii...hope cra ni mmbntu...thnks

paten said...

gud info!thanks...

Anonymous said...

kucing sy pon baru je kene kutu ni aduii=(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser