26/01/2011
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir menuntut Presiden Hosni Mubarak supaya meletak jawatan di Kaherah.
27/01/2011
Polis dan kumpulan penunjuk perasaan bertempur di Kaherah dan beberapa kawasan lain dalam perhimpunan hari kedua yang mendesak pengunduran Presiden Hosni Mubarak. Antara protes terbesar sepanjang pemerintahan beliau yang menjangkau 30 tahun
28/01/2011
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) telah melakukan pendekatan siaran "advisory" untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia terpelihara.
Sementara itu, Presiden Hosni Mubarak mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara ekoran berlaku tunjuk perasaan besar-besaran di Mesir.
Sistem telekomunikasi Mesir mula dikawal oleh kerajaan.
29/01/2011
Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan kembali membanjiri jalan-jalan di tengah Kaherah, hanya beberapa jam selepas Presiden Hosni Mubarak memecat Kabinet beliau dan menjanjikan pembaharuan, namun masih enggan meletakkan jawatan.
Tunjuk perasaan yang berleluasa mula menunjukkan kesannya terhadap pelajar-pelajar Malaysia. Kesukaran untuk mendapatkan bahan makanan, bank yang tidak berfungsi sepenuhnya serta kecurian yang menjadi-jadi menjadi igauan ngeri pelajar-pelajar di sini.
30/01/2011
Setelah 30 tahun memerintah tanpa seorang Timbalan, akhirnya Presiden Hosni Mubarak melantik ketua perisikannya, Omar Suleiman sebagai Timbalan Presiden.
Presiden Hosni Mubarak turut melantik bekas Menteri Penerbangan Awam, Ahmed Shafiq sebagai Perdana Menteri Mesir.
Wisma Putra mengeluarkan kenyataan, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa belum ada keperluan untuk membawa pulang pelajar Malaysia berdasarkan situasi keselamatan semasa di Mesir. Walau bagaimanapun, kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Kaherah telah menyediakan perancangan kontigensi bagi menjaga keselamatan pelajar serta rakyat Malaysia sekiranya keadaan berlarutan dan menjadi kritikal.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail diarahkan ke Kaherah bagi memantau perkembangan negara berkenaan.
31/01/2011
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan akan berlepas ke Kaherah malam ini mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.
Sementara itu, semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir pada masa ini dinasihat agar berkumpul sesama mereka dan saling menjaga keselamatan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu
**********
Untuk makluman, abang saya masih berada di Mansurah, Mesir ketika entri ini ditulis, bersama-sama dengan isteri dan bayi yang baru berusia 6 bulan. Menurut beliau, balai polis telah habis terbakar, banduan terlepas lari, tentera mengambil alih menjaga keselamatan. Ketika malam hari, rumah-rumah banyak dipecah masuk pencuri. Matawang Mesir turut jatuh mendadak, sekaligus menyebabkan moneychanger menutup kedai.
Buat masa ini, pelajar-pelajar di Mansurah sedang menunggu ketibaan pegawai dari Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Semoga abang saya dan semua yang berada di Mesir dapat dikeluarkan dari negara tersebut dengan selamat. Amin.
Blog abang saya, Akhi Ahmad Kamil : http://akhi-ahmad-kamil.blogspot.com/
5 comments:
hm, risau btul, kwn sye kt ain syams pun terperangkap...
@Ayuni buat masa ini, bantuan sedang cuba diberikan kepada rakyat Malaysia yang ada di sana. Moga kawan Ayuni dan yg lain2 selamat. :)
hafiz, semoga abg ko n famili selamat hendaknya.. (:
insyaAllah, everything will be okay.
@akema yazid thanks kema.. harapannya begitu gak. amin.
mmg merisaukan..
sme2 doakan smoga smuany dilindungi
oleh Allah..
Post a Comment