Salam semua,
Sekarang ni mmg musim org demam batuk selesema ke eh? Hari tu adik member aku batuk2, pastu jumaat ari tu aku pulak batuk2 smpi sekarang. Hari ni, mmbr aku yg baru balik dari kuching plak batuk2.. Dgn menggunakan khidmat nasihat pakcik google, aku dapat sikit info yg boleh kita kongsi berkenaan batuk ni.
Apa Itu Batuk?
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia
dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan
memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru
(pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab Batuk?
• Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
• Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
• Alahan
• Asma
• Merokok
• Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
• Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
• Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
• Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
• Tekanan
• Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
• Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
• Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
• Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
• Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
• Berhenti merokok
• Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
• Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
• Batuk yang mengeluarkan darah
• Baru pulang dari perjalanan luar negara
• Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
• Semput / sesak nafas, sakit dada
• Demam yang berpanjangan
• Mengandung
• Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
• Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
• Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
• Amalkan tabiat kebersihan yang baik
• Minum banyak air
• Tangani tekanan dengan baik
• Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
• Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
• Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
• Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
Soalan Lazim
Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada
gula-gula ubat batuk?
Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.
Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu
mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
Tidak.
Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan anda
mengantuk / lali.
Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk
dan selesema?
Tidak.
Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang
dengan sendirinya.
(Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kisahku Yang Paling Kerap Dibaca
- Cara Mengatasi Masalah Paip Tersumbat
- Cara Mengatasi Masalah Kutu pada Kucing
- Memancing ikan di Kampung Nelayan Telok Gong, Port Klang
- Memancing di Kelong Sangkar Kuning, Pulau Ketam
- Memancing di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, Johor
- Mengkasi Kucing: Pendapat Peribadiku
- Memancing Udang di Sungai Rompin
- Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 1 Part 1
- Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Preparation
- Misi mencari khemah di Kuala Lumpur
My G7
1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)
My Graduated G
- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser
12 comments:
camne klau batuk tu membawa ke TB?
tanda2 TB, biasanya demam dan batuk berterusan sehingga 2 minggu. kalau dh seminggu lebih still batuk2 gak, better jumpa doktor.
jgn lipe mam ubat k..
mnum air bnyak2 kgkn mknn brgoreng~
^^,
skang ni bukan musin batuk jee,demam pun.. faz salah satu mangsa deman =(
ahsfantasy: orite. mlm td dh mam ubat batuk.. dah kurang sikit. ni jap lg nak mam ubat batuk lg.. bagi surut batuk.
fazye: a ah, mmg pn. ada yg batuk sekali pakej ngan demam. Fazye dah baik ke demam tu?
faz kalu demam memang lama la nak sembuh ... ambek masa ... kekadang 2 minggu .. 3 bulan sekali mesti sakit .. kalu demam jeee faz tak kesah tp ni siap sakit pale,berputar putar dunia ... haiz
sila berenti merokok...eh, awak merokok x?
fazye: hmm ni antibodi tak kuat ni.. kena rajin makan bawang putih, bagi kuat antibodi
wahida: sy tak merokok.. isap shisha jek.. huhu. gurau jek.
salam...
saya sedang batuk dan selsema sekarang...
tapi x menghalang singgah sini untuk follow blog u..
**121**
terimakasih kongsi
ALL IN ONE
@sekamar rindu: wasalam.. bagus2, dats the spirit! get well soon ya.
@nur: sama2. :)
thanks ahs. nnt awang buat entry baru awang amek ek. tungguuu.. and thanks again :)
Post a Comment