Tapi aku cool jek.. (poyo x.. :P). So dah siap2 semua, pakai jaket, pakai stokin, masa nak keluar, kasut plak tak jumpa! Adoyai, macam2 hal plak hari ni.. Puas aku memikir, mana la aku letak kasut aku.. Pikir punya pikir punya pikir, baru la teringat, aku tertinggal kasut ngan tali pinggang kat kampung! Pergh, adakah ini bermakna seminggu aku pergi keja kena pakai selipar Crocs?
Oh tidak!
Mata melilau mencari alternatif, akhirnya mataku ternampak sepasang kasut berwarna hitam yang baru aku beli semalam! Kebetulan kasut tu warna hitam, tujuan asal nak pakai utk aktiviti riadah, tapi, memandangkan sekarang dh darurat, aku balun jek.
Elok jek aku sarungkan ke kaki, "peh, sedap gile kasut nie, lembut jek..". Berbekalkan kasut alternatif ni, aku merempit ke office, dan akhirnya sampai juga ke office dgn selamat.
Nak tau kasut ape aku pakai..
Tadaaaa!!

Kasut getah beb! Wakakaka. Kasut yg nak pakai utk panjat Gunung Nuang hujung minggu ni! Selesa beb! Produk buatan Malaysia memang terbaekkk!!
p/s: Buat sape2 yg tak tahu ape benda kasut getah ni, ini la kasut yg juga glemer dgn panggilan Adidas Kampung! Kasut ni dibuat 100% daripada getah asli, dan kerap digunakan oleh penoreh2 getah kat Malaysia ni. Kasut ni juga alternatif utk pendaki gunung, sebab sifatnya yang lembut, mencengkam dan tidak telus air.
p/s: Sedapnya Spaghetti tu.. Thanks Mal! :)
No comments:
Post a Comment