Kelong Sangkar Kuning Atas |
Ini merupakan kali kedua aku memancing di Kelong ini. Niat asal hendak memancing di Kelong Purple Inn, tapi sayang sebab last minute booking, semua full house. Kelong2 sekitar Klang yang murah2 pun penuh. Akhirnya called Kelong Sangkar Kuning, ini sahaja yang masih available. Memandangkan memang niat nak memancing tgh membara, dan selepas discussion dgn geng2 pancing, semua setuju dengan Kelong Sangkar Kuning.
Kelong Sangkar Kuning ada 2 jenis kelong
1. Kelong Atas
- Max 8 Org
- Harga RM600
2. Kelong Bawah
- Max 10 Org
- Harga RM700
Binaan seperti Kelong di Teluk Gong. Di seberang sana adalah Kelong Bawah |
Trip memancing kali ini agak menyeronokkan disebabkan cuaca bagus. Ketika kami sampai, laut sedang surut. Arus laju tapi masih boleh diterima.
Kami sampai ke kelong dalam pukul 130PM. Dalam tempoh 2 jam, member dah naikkan seekor Kerapu, dalam 500G kot. Guna umpan anak ikan Belanak.
Aku cuba untuk mencari tamban, tapi seekor pun tak nampak. Mungkin tamban tak masuk sini langsung.
Aktiviti memancing diteruskan lagi. Menjelang petang, seekor siakap berjaya dinaikkan. Guna umpan udang hidup.
Aktiviti berlangsung sampai ke malam. Time malam banyak layan belukang dan gelama. Belukang kat sini agak bagak2 saiznya. Ada sangkut seekor kerapu gak.
Esoknya, sambung lagi memancing. Time ni lah baru sampai kemuncak di mana Senangin berjaya dinaikkan. Nampak gaya macam lebih 1kg beratnya. Umpannya Udang Mati saiz Jumbo.
Senangin, besar sket dari botol mineral 1.5L |
Secara peribadi, ini adalah rumah kelong paling best pernah aku pergi kat Klang; sebab species ikan agak pelbagai berbanding tempat lain (tak tahu lah kalau ada Rumah Kelong lain yang sebest ini, sila2lah rekomen boleh buat next entry)
Untuk memudahkan kaki pancing cari port ikan kat Kelong ni, sila refer map yg Aku buat ni. Ini based on pengalaman aku mancing 2 kali kat sini. Kalau ada jumpa port lain share2 jugak lah ye.
Port Ikan mengikut pengalaman memancing di sini |
Kak Siti: 0173180588
Abg Zamri: 0133378753
3 comments:
salam bro,
apa tips umpan ye? kami bercadang nak ke sini esok?
ada apa2 tips atau komen mengenai kelong sangkar kuning yg boleh share tak.
thanks
ooo kawasan ikan dia ada masing-masing yer.sy ingatkan dorang bercampur2 hehe
ader bukak lagi ker
Post a Comment