Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 2 Part 1

Hari kedua di Ho Chi Minh bermula dengan sarapan pagi di kedai Basiroh, terletak di hadapan Hotel Pink Saigon 2. Kedai ini sebenarnya kedai menjual pakaian yang diusahakan oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di Ho Chi Minh (aku rasa la org Malaysia, haha). Aku suka breakfast (kekadang dinner sekali) kat kedai ni kerana harga makanan yang agak murah berbanding restoran halal lain yang berada di sekitar Hotel. (Nak compare dgn harga kat Malaysia memang berbeza la ye adik abang kakak makcik)

Nasi Lemak + Kopi Ais = VND50,000 = Lebih kurang RM7.50
Karipap Giant = VND15000 = Lebih kurang RM2.20

Selepas bersarapan dan bungkus sedikit bekalan untuk makan tengahari, aku dan rakan-rakan meneruskan perjalanan ke Agensi Pelancongan di Vietnam untuk trip sepanjang hari ke Delta Mekong, kawasan perniagaan atas air yang menggunakan sampan. Trip kami dijaga oleh seorang juru pelancong bernama Jacky. Jacky merupakan bekas askar ketika Perang Vietnam. Orangnya agak stylo. Haha.

Jacky yang stylo

Perjalanan ke Delta Mekong mengambil masa hampir 2 setengah jam. Sepanjang perjalanan, bas berhenti sekali untuk pelancong minum-minum dan ke tandas. Aku mengambil kesempatan untuk mencuba kopi jalanan vietnam. Memang betul lah apa orang kata Kopi Vietnam adalah kopi kedua terbaik di dunia, kopi dia ada rasa macam roasted coffee sket. Punyalah sedap.

Kopi Jalanan Vietnam

Sesampai di Delta Mekong, kami dibawa menaiki bot pelancong menyusuri Sungai Mekong. Kami dibawa ke Bee Farm untuk melihat lebah. Tapikan, aku sangatlah hampa, ingatkan boleh masuk ladang lebah tu, rupanya sekadar duduk di anjung sambil melihat seorang pekerja menayang sarang lebah. Kemudian dapatlah makan sedikit gula-gula madu dan teh madu.

Aksi orang lebah

Kemudiannya kami di bawa melihat nenek tua membuat Rice Paper.. Memula aku ingatkan Rice Paper tu macam kulit popiah, rupanya bukan. Rice Paper ni ala-ala kuih sepit versi besar gila. Aku dah rasa trip ni agak membosankan. Ok takpe, aku gigihkan diri menghayati kehidupan di Delta Mekong ni.

Aksi nenek membuat Rice Paper

Selepas melihat Rice Paper, kami dibawa melihat Rice Cracker pulak. Haiyoh, semuanya beras ke.. Rice Cracker pula adalah Popcorn versi beras. Aku cuma tgk orang buat popcorn tu dok goreng popcorn dalam kuali besar. Hadush confirm bosan.

Aksi pembuat Rice Cracker

Habis melihat proses penyediaan popcorn beras, kami dibawa menyusuri jauh ke hilir Sungai Mekong untuk melihat.. aku pun tak tahu melihat apa... sekadar melihat tebing-tebing Sungai Mekong yang banyak rumah.





Rasanya setelah hampir 1km ke hilir, bot pelancong berhenti untuk kami makan tengahari. Aku dihidangkan makanan vegeterian, so bedal je la. Nasi, telur dengan sayur kacang panjang jek pun. Dan selepas makan tengahari, kami dibenarkan bersiar-siar sekitar kampung dengan menaiki basikal. Ok, confirm bosan! Disebabkan terlalu bosan, aku cuma buang masa jalan kaki disekitar kampung untuk tangkap gambar jek.

Menu lunch, vegeterian style

Basikal separa uzur untuk beriadah sekitar kampung

Perjalanan pulang dari trip tiada apa-apa yang menarik untuk diceritakan. Cuma yang aku tahu, motorsikalnya ya ampun banyak sungguh! Mungkin kerana harga petrol yang mahal di sini menyebabkan penduduknya hanya mampu untuk bermotorsikal.

Sekian untuk hari ini, kita bersambung di Part 2 di lain masa ya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser