Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Ketogenic Diet vs Atkin Diet


Secara rumusan, Atkin Diet dicipta berdasarkan teori Ketogenic Diet. Berikut merupakan jenis-jenis Ketogenic Diet.

Contoh makanan yang boleh dimakan untuk Ketogenic Diet

Terdapat tiga (3) jenis ketogenic diet

i) SKD (Standard Ketogenic Diet) - Bagi yang mengikuti Atkin Diet pasti mengetahui yang Atkin Diet mempunyai empat (4) fasa. SKD adalah sama dengan fasa pertama dalam Atkin Diet, di mana produk yang mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah sahaja yang boleh dimakan.

ii) CKD (Cyclical Ketogenic Diet) - Ketogenic Diet jenis ini akan menambah dan mengurangkan jumlah karbohidrat yang diambil dalam corak kitaran. Terdapat dua cara untuk melakukan diet ini. Cara yang paling kerap diikuti adalah dengan melakukan kitaran 'rendah karbohidrat' (mengurangkan karbohidrat dan glycogen) untuk 2 -3 hari pada satu masa, kemudian melakukan kitaran 'tinggi karbohidrat' untuk 1 - 2 hari. Cara yang kedua adalah melakukan kitaran dalam satu hari. Contohnya, pengambilan karbohidrat ditingkatkan dari pukul 7am sehingga pukul 2pm kemudian dikurangkan dari 2pm hingga 7am keesokan harinya.

iii) TKD (Targeted Ketogenic Diet) - Ketogenic Diet jenis ini mensasarkan waktu yang spesifik dalam satu hari bila karbohidrat boleh diambil. Maksudnya, karbohidrat biasanya akan diambil dan dihadam ketika waktu melakukan senaman sahaja supaya ianya digunakan dengan cepat oleh badan dan tidak menyebabkan peningkatan insulin secara mendadak atau berlegar di dalam badan yang menyebabkan penyimpanan lemak.

Ketogenic Diet pada asalnya dicipta untuk merawat epilepsy. Disebabkan diet yang tinggi lemak dan tinggi protein amat sesuai digunakan dalam bidang bina badan, peserta bina badan mengoptimumkan kelebihan yang ada untuk menurunkan peratus lemak dalam badan tanpa menjejaskan peratus otot. Disebabkan itu, TKD dan CKD amat sesuai untuk mereka yang ingin membina otot.

SKD pula merupakan diet yang hampir dipraktikkan oleh semua yang mengamalkan low carb diet seperti Atkin. Ianya merupakan diet yang paling sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah 'insulin resistance', obesiti dan mempunyai tahap lemak yang tinggi, atau untuk mereka yang realistik dengan tabiat pemakanan mereka dan tahu corak pemakanan rendah lemak bukan untuk mereka.

Secara peribadi, saya mendapati Ketogenic Diet adalah diet yang ketat dan hampir boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia, asalkan boleh menolak segala karbohidrat seperti nasi, mee, makanan berasaskan tepung di sepanjang diet.

p/s: Tips utk berdiet, jangan campurkan makanan lemak dengan makanan karbohidrat. Makanya, nasi lemak dan roti canai adalah big NO NO.

2 comments:

Unknown said...

fiz... cube bg cth menu mknn dlm sehari... breakfast mkn ape... lunch... n dinner.... ade ape2 lg syarat x... cm dinner b4 8pm ker.... x leh minum air bergula lgsg ker...

Awang Hafiz said...

ok, aku jenis pegi gym so menu aku mungkin berbeza dgn org lain. apa yg penting, brp byk karbohidrat yg ko makan sebelum ni, gantikan dengan jumlah yg hampir sama dgn makanan berasaskan lemak dan protein plak. so kalau sebelum ko makan roti canai utk breakfast (karbo+fat), ganti dgn makanan protein+fat, macam ayam goreng atau telur goreng.

mcm aku, sebab aku nak make sure aku masuk fasa ketosis dgn cepat, aku makan breakfast yg sama mcm dlm gambar ni, cuma 3 sosej + 2 cheese slice, tghari 3 sosej + 1 cheese slice, petang, 2 sosej + 1 cheese slice, malam b4 9, 2 sosej + 1 cheese slice. tghari aku buat kardio kat gym (threadmill/lightweight training). dlm tempoh 2 hari dh masuk ketosis, test guna ketostix. makan benda yg sama sampai ko badan target berat yg ko nak sahaja, lepas tu baru tambah slow2 karbo balik. apa2 pun target kena realistik. seelok2nya hilang 1 pound 1 minggu. 3 minggu 1kg shj.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser