Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Adab Penyewa Rumah

Aduh, pening kepala memikirkan masalah dengan penyewa rumah aku di Subang tu. Terlalu kerap bayar lewat. Masa mula-mula nak menyewa dulu, mulut bukan main manis lagi. Siap sanggup tuliskan kontrak perjanjian sewa rumah. In the end, dia sendiri yang langgar kontrak. Ini boleh mendatangkan amarah!

Aku sendiri pun duduk menyewa, walaupun duduk rumah keluarga sendiri, tapi sewa tetap perlu dibayar. Ini benda asas kehidupan masa kini; makanan, kenderaan dan tempat tinggal. Jika ada masalah dengan pembayaran sewa, sila lah bawa berbincang dengan tuan rumah. Bukan dengan cara diam seribu bahasa sampai tuan rumah sendiri kena terhegeh-hegeh contact minta duit. Dah macam Ah Long plak rasanya menuntut wang sendiri.

Secara peribadi, antara adab yg perlu dipraktikkan oleh penyewa rumah adalah:

i) Sentiasa membayar sewa rumah mengikut waktunya. Tolonglah faham, kami pun beli rumah tu bukan guna duit sekelepuk camtu, kami pun pinjam dari bank. Kalau bayar lambat bank akan tambah bunga.

ii) Jika ada masalah untuk bayar sewa rumah on-time, sila maklumkan kepada tuan rumah. Jika miskin wang sekalipun, tolonglah kaya dengan budi bahasa. Maklumkan kepada tuan rumah awal-awal. Jangan bila tuan rumah dah telefon, mulalah dengan seribu satu alasan, anak sakit lah, naik mahkamah lah, guna untuk raya lah. Aku pun nak raya gak tau.

iii) Maklumkan kepada tuan rumah bila dah masukkan sewa. Dah lah kau bayar lambat, pastu ko senyap jek bila dah masukkan duit. Ingat aku ni ada kuasa telepati ke? Apa yang susahnya SMS sebulan sekali bagitau duit dah dimasukkan.

Ada terfikir nak disuruh pindah keluar jer, tapi mengenangkan dah bekeluarga, anak pun dah 2 orang, takkan nak disuruh keluar camtu jek. Tambahan pula, isteri pun bekerja, tak tahu la apa yang tak cukup. Ntah2 lari dari Ah Long kot? Kalau aku dah tak dapat bersabar, mau jek suruh pindah tahun depan.

2 comments:

Alongxp said...

ragam manusia bang... ssh la nak cakap,cam adik ipar saya, gaji dia, 2 kali gaji saya... tapi sewa umah selalu kantoi,duit belanja memanjang xcukup...

tuan umah sewa lama saya lak lain,lmbt byr seminggu dah byk bunyik,memanjang la nk kena ingatkan, sebelum 28hb sy masukkan,tp sll call sy pertengahan bulan mintak duit,saya ckpla yg bulan lepas sy dah masukkan, die kata anak die check xde,pastu call blk,die ckp anak die dh amek aritu,pastu nk cover,die tanya saya balik,bulan ni bila nk byr,sy kena ulang lg, sblm 28 sy masukkan,28 tu le boleh amek la duit tu... tiap2 bulan jd gitu... stress wei...

delarocha said...

cari je penyewa lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser