Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Mia.. si buah hati ku

Hampir sebulan tak update blog. Macam2 benda yang terjadi sebenarnya. Tapi tak mahu cerita semuanya. Biarlah rahsia. :)

Yang nak cerita ni, tentang Mia, anak kucing terbiar yang aku kutip kat area rumah aku. Kucing jenis Domestic Long Hair kot (tapi ada orang kata spesies Parsi). Tak kisahlah asalkan kucing.

Kucing aku ni biasanya aku hidangkan dengan makanan kibble Blackwood for Kitten. Tapi, dia memang tak berapa nak makan kibble. Tak tahu la kenapa. Kalau makan pun sikit2 je. Atas nasihat member aku, Rina, aku cuba bagi dada ayam yang direbus. Memang dia makan licin.

Problem muncul dalam 2 minggu lepas. Hari tu saja-saja angkat Mia nak ajak tidur sekali kat katil, pastu terperasan yang mulut dia ada macam air liur kering warna merah. Ingatkan dia makan benda-benda merepek. Takde la risau sangat sebenarnya sebab Mia cuma duduk kat dalam rumah je, memang tak lepas ke luar.

Keesokan harinya, tengok mulut dia macam lagi teruk. Kibble memang langsung tak jamah. Pastu perasan mulut dia bau busuk. Badan pula macam makin lemah. Aku dah naik risau time tu. Kelam kabut cari kat internet pasal info penyakit kucing, tanya kawan-kawan dalam Tagged dan Facebook kalau ada siapa-siapa yang ada pengalaman macam ni dgn kucing dia. Masa dalam Tagged lah ada seorang gegurl ni bagitau aku yang kucing dia pernah dapat penyakit yang sama, tapi mati juga akhirnya. Doktor dia kata kemungkinan keracunan sebab makan benda2 pelik, macam lipas yang dah kena Ridsect tu. Lepas dia inform camtu, aku cuba ikhtiar something. Aku belikan air kelapa muda, pastu paksa Mia minum dengan picagari. Banyak la juga aku bagi dia minum, sebab kononnya nk neutralizekan toksin dalam badan tu.

Tapi, aku tengok mulut dia still sama, keluar air liur dan bau yang makin membusuk. Ada try bagi ayam rebus, tapi elok je dia gigit, dia lepaskan balik. Aku google lagi kat internet. Akhirnya aku suspek yang kucing aku ni kena penyakit mulut. Esoknya juga aku minta tolong kawan aku hantarkan ke Klinik Kerajaan Haiwan Cheras. Doktor sahkan memang dia kena penyakit mulut. Disebabkan lambat rawatan, lidah dengan lelangit dia dah bernanah. Doktor siap sound cakap aku tak pandai jaga kucing T_T. ***Well doktor, ni first time saya bela kucing, stray cat pulak tu. Mana la saya tahu, pengalaman pun kurang.***

Kucing aku diberi 3 das suntikan untuk rawat mulut dia. Doktor beri sekali ubat antibiotik dan ubat utk radang mulut. Dan doktor nasihatkan beri Mia makan wet food yang lembut, sebab dia takkan mampu nak makan kibble time tengah sakit mulut. Kat situ ada jual Avoderm, setin RM5. Lagi mahal dari harga nasi lemak ayam rendang kegemaran aku. T_T. Takpelah demi Mia, belikan saja. :)

Hari ini, Mia dah makin sihat. Aku still beri wet food kat dia, tapi terpaksa bagi brand Whiskies sebab tak sempat nak beli Avoderm kat Klinik. Bukan main berselera lagi dia makan wet food.

Setiap kali aku suap ubat kat Mia, aku check sekali lidah dengan lelangit dia. So far dah takde nanah, tapi kesan merah-merah tu masih ada. Nak kena tunggu dia dah mampu makan wet food tanpa terteleng2, baru hidangkan balik dengan kibble.

Eh, aku asyik cerita pasal Mia, tapi rasanya tak pernah tunjuk lagi gambar dia kat blog ni. Ok lah, presenting my Mia. :)

My Mia

17 comments:

HARITH ISKANDAR said...

alahai comeinyerrr..try la masuk jd ahli per.pencinta haiwan..per.kucing pon ade jgak tp aku xingat ape website dia..kot2 la bleh kongsi2 citer dgn dorang

delarocha said...

jaga mia elok elok k :-)

Awang Hafiz said...

harith: biasanya aku join tanya2 kat derang dalam forum jek.. kalau sampai join persatuan tu tak kot.. huhu. jd pencinta gunung pun dh cukup ler.

Awang Hafiz said...

delarocha: iye, akan jaga cam jaga anak sendiri.. hehehe.

ShazlanShazabi said...

semoga tuhan membalas jasa baik u melindungi dan merwat haiwan....

Awang Hafiz said...

thanks shazlan :)

Hafeesz Amran said...

teringat plak kat dua ekor arnab yg dh mati..aishhhh

Awang Hafiz said...

hafessz: arnab tu mati sebab ape?

Hafeesz Amran said...

sakit....
xtau sakit ape,,

Awang Hafiz said...

ouh... takpe la yg dh pergi takkan kembali.. bela la kucing plak. huhu.

Hafeesz Amran said...

huhu..kucing??
atoiiiiii...leceh lah letak kat hostel tu nnt,, part berak dia yg x berapa nk tahan..huhu

Awang Hafiz said...

hahaha... kalau dok hostel tak leh la nk bela.

Hafeesz Amran said...

tau xper :)

Hafeesz Amran said...

tau xper :)

sharz said...

Thanks sharing...tiger ade ulser jugak..mulut die busuk...so kene bagi wt food n bwk g jmpe vet la nie...patotla die monyok je...harap2 tiger okay...

sharz said...

Thanks sharing...tiger ade ulser jugak..mulut die busuk...so kene bagi wt food n bwk g jmpe vet la nie...patotla die monyok je...harap2 tiger okay...

Anonymous said...

Kcing sye pernah skit mulut juga..Kat lidah n lelangit ok..cuma gusi semua merah n bernanah. Pergi klinik Cheras juga.nasib baik dia berselera makan wet food time tu...kesian tengok mulut dia mcm tu..klu kena kat kita mesti sakit nak makan...alhamdulillah now dah sihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser