Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

[Review] Hikayat Merong Mahawangsa

Selepas Puteri Gunung Ledang, Hikayat Merong Mahawangsa merupakan satu lagi filem Melayu yang berkos tinggi. Hikayat Merong Mahawangsa dijanjikan dengan penggunaan CGI terbaik pernah dihasilkan dalam filem Melayu, disamping para pelakon berprofil tinggi serta pelakon dari luar negara.

Ok, disebabkan itu, aku tengok gak filem nie.. Boleh dikatakan aku ni bukanlah peminat tegar filem Melayu, tapi disebabkan filem ni bukan jenis filem tipikal Melayu yang asyik nak buat genre seram (hantu, pontianak, toyol, puaka dan spesies2 hantu yang sewaktu dengannya).

Erm, selepas menonton filem ni dari mula sampai habis, aku rasa macam ada yang tak cukup.. Tapi aku tak tau ape yang tak cukup tu.. Maybe:

(i) Aku tak suka suara Sultan Muzalfal Shah (eh yeke nama dia ni?) yang bercerita dari mula sampai habis pasal Hikayat Merong Mahawangsa. Ntah la, suara dia cam tak sesuai jek. Aku lebih suka suara yang ala2 garau, tapi lembut didengar.. Macam siapa eh? Macam suara Jalaluddin Hassan tu ke, ok la sket kot. *ok, personal opinion jek*

(ii) Tak suka gaya Merong Mahawangsa cakap Bahasa Melayu. Tidak real sama sekali. Rasanya lebih baik masa dia bercakap dalam Bahasa Melayu, gantikan dengan suara pengganti, sama macam yang dibuat utk suara Puteri China masa dia cakap Bahasa Melayu. *ok, personal opinion sekali lagik*

Tapi, ada beberapa elemen yang aku suka sgt dengan filem ni. Yang paling aku suka:

(i) CGI yang amat bagus (utk level Malaysia yang baru nak jinak2 CGI). Kapal yg banyak2 atas laut tu, pergh mmg ngancam, nampak cam real jek. (Ker itu memang kapal real)

(ii) Jalan cerita yang bagus. Bagi aku jalan cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni dah bagus dah, cuma pelaksaan/pembawaan watak jek cam kureng.. Bukan semua tak bagus, cuma sebilangan kecil jek.. (takmo cakap watak yg mane)


Ok, itu je la kot review utk movie.. Dan disebabkan aku tgh free skrang, aku cam rajin nak bagi rankig plak utk watak2 terbaik dalam filem ni.

Tempat ke tiga jatuh kepada:

Putera Rome. Lakonan bersahaja. Tak nampak sgt macam berlakon. Suka masa dia buat aksi lawan ala2 pusingan 360 darjah. (Atau patut aku puji camera trick yg bagus?). Mamat ni ada blog sendiri rupanya.. Meh tgk kat sini http://blog.gavinstenhouse.com

Tempat ke dua jatuh kepada:

Embok. Bila aku tgk muka dia, aku tau mmg dia muka sedih? (Apekah yg cuba aku sampaikan nie?). Lagi satu, suka cara dia bercakap, ada emosi bila dia cakap ala2 hangin ngan Merong masa kat kampung.

Tempat pertama jatuh kepada:

Dayang Puteri China. Memang terbaek la lakonan ko. Aku gelak2 jek. Paling suka aksi berlakon kena panah. *gelak guling2*

Ok, itu sahaja review utk Merong Mahawangsa. Aku still rekomen korang utk tgk filem nie, tak rugi duit pun. Supportlah Filem Malaysia!

p/s: KRU, sila jangan saman saya... T_T.

5 comments:

erleena said...

waaaaaaaaaa da tengok ek ..x aci wooo

Awang Hafiz said...

@erleena: aci kat india.. wuhuhuhu.

Unknown said...

ok,leh lah tgk nanti ni

Awang Hafiz said...

@Ila: bole ila, still boleh layan citer nie.. anggap lah sebagai satu hiburan sajer. :)

Unknown said...

mm betul2..boleh layan la w.laupun byk fakta yg lari drpd hikayat yg betul..tp aku bg 5/10 je hehe
nnti aku update plak yg aku punyer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser