Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Ulasan AFF Suzuki Cup : Malaysia 2 - Vietnam 0

Fuh, semalam adalah hari yang tak boleh dilupakan. Mmg best tgk bolasepak live depan2. Happening! Hiruk pikuk.

Kitorg sampai awal so sempat la tangkap2 video sket.. Time ni stadium tak penuh lagi, tapi leh dgr dah bunyi menatang hon2 dlm stadium tu.

video

Separuh masa pertama, dua2 pasukan nampak cam tgh test pasukan lawan masing2.. Penonton pun cam senyap jek sket, kekadang pakcik sebelah aku tu keluarkan kata2 nista sebab cubaan gol asyik tak menjadi.. (Ces pakcik tak baik, anak dok dgr jek kat sebelah tu..). Pastu bila passing bola kat player Malaysia, ada sorg player yg rambut karat tu, ape daa, passing senang pun takleh amik ka? Semakin menjadi2 pakcik kat sebelah aku ni mencarut2.. Hahahaha.

Kalau carut jek takpe, ni siap isap rokok berbatang2.. Asap lepas kat aku jek.. ces pakcik..

Ok, so pendek kata, first half tu, aku terlebih fokus kat pakcik sebelah aku.. :nanges:


Second half, haaa time ni la saat2 kemenangan muncul.. Bila Malaysia dapat jek first goal, suasana terus berubah.. Player makin menjadi2 merebut bola.. Haa ini baru la bola sepak yg best.. Ada tackle2, ada tolak2, ada gaduh2 sket2.. haha. Bila Malaysia dh dapat first goal, team Vietnam nampak sedikit gundah gulana di situ.. so permainan derang jadi sikit kucar kacir. Malaysia tak melepaskan peluang, lantas menyumbat satu lagi gol kemenangan utk Malaysia. Minit2 terakhir menyaksikan Malaysia lebih menguasai permainan, mungkin disebabkan confident level yang memuncak secara drastik, serta sokongan padu peminat2 Malaysia yang menyanyi2 sakan utk menyokong. Paling tak tahan nyanyi lagu World Cup! Hahahaha.
Malam tu pulang dgn penuh gumbira. Mimpi lena. Harapan aku, semoga team Malaysia dapat mengekalkan corak permainan (especially macam masa second half) dalam games yang seterusnya. Majulah bola sepak Malaysia!



5 comments:

Haa Fakihah said...

keeper dia bola x lekat cam keeper kite. huhu.

Awang Hafiz said...

hahahaha, perasan gak ek? :P

Haa Fakihah said...

aah laa. hehe. tecongok depan tv je tau. gol bola muntah.

tp ssh la jnis passing bola lambung2 je, sian lak kwn kene kejar bola. passing x kena.

Cik Su said...

ho yeah.. dah menang.. best nye.. hehe.. walaupun dah terlambat untuk suka..

Awang Hafiz said...

@fakihah: itu la, maybe masing2 gabra time tu, passing pun ke laut.. vietnam pn sama gak time tu, goalkeeper dia passing bola terus keluar padang.. haha.

@cik su: takpe2.. leh bergumbira sampai next match. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser