Salam semua,
Hari ni nak ke kedai buku beli Novel Ramlee Awang Murshid yang terkini. Eh, ingat org laki tak baca novel ke? Huhu.
Aku ni boleh dikira pembaca tegar novel2 Ramlee Awang Murshid, boleh dikatakan hampir 99% novel dia ada dalam koleksi aku.
Kenapa aku suka novel2 dia?
Sebab aku kagum dgn hasil tulisan dia. Penuh thriller dan sentiasa disokong dgn fakta2 saintifik, dan sering juga diselitkan dgn unsur2 Islam.
Ape2 pn, korang boleh baca sinopsis berkenaan novel terbaru beliau, Rayyan Fantasi.
Sinopsis
RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
(di ambil dari http://www.alaf21.com.my)
Apa lagi, dapatkan di pasaran sekarang! (tolong promote jap.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kisahku Yang Paling Kerap Dibaca
- Cara Mengatasi Masalah Paip Tersumbat
- Cara Mengatasi Masalah Kutu pada Kucing
- Memancing ikan di Kampung Nelayan Telok Gong, Port Klang
- Memancing di Kelong Sangkar Kuning, Pulau Ketam
- Memancing di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, Johor
- Mengkasi Kucing: Pendapat Peribadiku
- Memancing Udang di Sungai Rompin
- Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 1 Part 1
- Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Preparation
- Misi mencari khemah di Kuala Lumpur
My G7
1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)
My Graduated G
- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser
5 comments:
salam ziarah
kita pon peminat novel tulisan RAM ni, semua novel dia kita ada. yg paling hebat trilogi laksamana sunan (bg kita lah)...
@manje: yup, trilogi sunan mmg best.. tapi actually dh bukan trilogi, tapi kuadrilogi
bagaikan puteri
cinta sang ratu
hijab sang pencinta
cinta sufi
:)
wah..
da bace ae novel rayyan fantasi tu??
ramle awg mrsyid mmg best..!! ^^,
wah, novel RAM...
last novel yang baca Mikhail.. pastu xsempat nak beli novel dh...
boleh pinjam x?? hehehe...
waahhhh nak g beli larr.... huhu cepat plak kuar novel RAM kali ni... gila ngan novel dia...
Post a Comment