Rupanya terlalu banyak perkara tentang kehidupan yang aku masih tidak tahu.
Ada masanya, aku perlu renung semula segala yang pernah aku lakukan. Ya, mungkin benar aku pernah melakukan kesilapan, tetapi manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan?
Ada masanya, aku cuba untuk belajar menerima kekurangan diri, dan menghargai kelebihan yang telah dianugerah Ilahi. Menghargai mereka disekeliling biarlah seadanya sehaja, kerana kita tak akan tahu sejauh mana diri kita dihargai oleh mereka.
Ada masanya, neraca yang aku kawal hilang keseimbangan. Terpulang pada ku untuk memilih bagaimana mengembalikan imbangan itu; sama ada membuang bahagian yang terlebih beratnya atau menambah bahagian yang terkurang beratnya..
p/s: Ku akui aku menggilainya, ku akui aku menyayanginya, kisah ku, kisah dia, cerita yang sama, segala terserah kepada dia.
No comments:
Post a Comment