Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Sahabat





Akhir-akhir ni, aku rasa aku semakin kehilangan kawan-kawan.. Aku juga mengenali ramai kawan-kawan baru.. Bak kata pepatah, berkawan biar beribu.

Aku tak pernah memilih kawan dalam perjumpaan pertama. Bagi aku, semuanya baik. Bukankah bagus menjalinkan silaturrahim? Dari perjumpaan pertama, aku cuba kukuhkan lagi tali persahabatan dengan perjumpaan-perjumpaan yang seterusnya. Seiring dengan masa, sikap sebenar seseorang itu akan terserlah dari hijab masing2. Dari situ baru aku membuat analisa, menilai baik buruk meneruskan persahabatan dengan mereka. Adakah mereka sekadar Fair-weather friend, Friend with benefit, Best friend atau True friend. Sering yang aku jumpa, mereka akan jatuh dalam kategori no 1 dan no 2.

Sahabat sejati itu ibarat matahari, membakar diri demi insan sejagat, juga ibarat bulan menerangi malam yang gelap gelita. Aku cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang sahabat sejati utk kawan-kawan ku. Berkorban harta dan masa, serta berkongsi rahsia. Tapi aku juga kerap tersilap percaturan, rahsia yang dikongsi, terbongkar kerana rupanya kawan yg dianggap sejati, rupanya musang berbulu ayam.

Mungkin juga silap aku kerana terlalu cepat menjalin persahabatan. Mungkin juga silap aku kerana terlalu cepat membawa mereka yang bergelar kawan ke dalam hidupku.

Satu yang aku pinta kepada mereka yang masih mahu dianggap kawan;
~Kalau niatmu kerana hartaku, lupakan.
~Kalau niatmu kerana rupa parasku, lupakan.
~Kalau niatmu kerana mereka yang berada disekelilingku, lupakan.
~Kalau niatmu kerana diriku, silakan. Akan aku bawa kalian bersama menikmati hartaku, parasku serta orang disekelilingku.

Pengajaran untuk aku agar lebih berhati-hati memilih kawan.

3 comments:

Ahmad Kamil bin Muallah said...

Assalamualaikum apit

Entri kalini amat menarik dan tersirat padanya warna-warna mulus seorang yang ikhlas dalam bersahabat. Semoga Allah merahmatimu adikku. amin

bila nak kawin ni? soalan cepu emas... :P

ayid said...

salam..terkadang kita terlupa belajar dr kesilapan..pernah ke kita terfikir,betul ke layanan yg diberi pada kawan2 kita..adakah kita sendiri yg mengajar kawan2 mengambil kesempatan atas diri..atau kita sendiri 'ter'buka kelemahan sendiri utk diambil kesempatan oleh kawan2.. pernahkah kita terfikir hal itu..fikir2kan dan renung2kan..

Unknown said...

salam bng.. sungguh bermakna sekali makna yang tersirat di setiap kata-kata tersebut dan mberi semangat untuk adik hari2 mendatang.. kadang-kadang kita tak boleh menduga perkara yang bkal berlaku.. n sahabat kadang2 ad yang datang dan pergi .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser