Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers

Kembali Menulis..

Lama betul rasanya tak update blog ni.. Aku sebenarnya busy 2 - 3 minggu lepas..

23-26/10 hari tu, aku join XPDC ke Taman Negara Endau Rompin. Banyak benda aku belajar kat sana, tapi yang paling penting... aku belajar dan perhati sikap dan tingkah laku manusia. Aku kenal 8 orang baru sepanjang XPDC ni, dan aku akan cuba uraikan satu persatu tentang apa yang aku dapat belajar dari mereka..

1) Pgee
Aku dah kenal mamat nih lama.. In fact, aku yang kenalkan pada dia tentang XPDC kali ni. 4 hari dalam hutan, sikap sebenar dia terserlah (atau memang aku yg tak nampak selama nih?). Dia ni jenis ikut kepala sendiri.. kalau dia nak, dia akan buat. Cuma, kekadang itu nampak macam berlebih-lebih... org kelantan kata 'Koya'. Hahahaha. Tapi apa yang aku belajar dari dia, 'Kejar apa yang kita inginkan dengan segera. '

2) Kerol
Aku kenal Kerol dari satu laman web dalam Internet. Dia ni la ketua XPDC endau rompin. Dia ni, hmmm.. aku boleh katakan seorang yang mampu berpikir jauh ke hadapan. Sebagai seorang ketua, dia dah plan baik2 apa yang akan dibuat sepanjang XPDC, dia dah plan apa yang akan dimakan oleh peserta program XPDC, dan dia akan pastikan plan itu berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Buktinya, aku tak kebulur sepanjang XPDC. Hahahaha. Apa yang aku belajar dari Kerol, 'Belajar mempunyai prinsip sendiri dan belajar berpegang teguh pada prinsip itu' (macam tak kena kan dgn apa aku tulis tadi.. Ada aku kesah =D )

3) Harun
Oh harun. Budak ni aku kategorikan antara bijak pandai yang join XPDC. Suka tgk cara dia melontarkan buah pendapat, ibarat 'menarik rambut dalam tepung'. Dia cuba untuk menjaga perasaan org lain yang berdebat dgn dia.. (Pgee patut belajar dari Harun tentang nih). Dari Harun, aku belajar untuk 'Tidak berhenti berharap'. Penyataan yang boleh diaplikasikan dalam konteks yang pelbagai.

4) Hafiz
Oh abe Hafiz.. Aku paling teruja nak jumpa Hafiz sebab nama kitorang serupa. =) Orangnye baik hati, percakapannye lembut, tutur bahasanya sopan. Aku rasa aku tak pernah dengar dia mencarut/tercarut dalam hutan tu. Dicarut pernah kot (sape la carut tu agaknye =D ).

5) Ijam
Ijam ni aku boleh katakan macam PR si Harun. Sebab? Setiap kali Harun nak cakap sumtin, mesti dia tgk muka si Ijam nih.. Aku rasa derang ni ada kuasa telepati kot.. sebab lepas dia tgk muka Ijam terus dia boleh debat dengan hebatnya.. Ijam ni tangkas bila di dapur.. bila tengok Ijam potong2 bawang, aku teringat makcik2 aku masa kenduri kawen kat kampung. Boleh? Hahaha. Tapi Ijam ni aku nampak, baik hati orgnye.

6) Farid
Farid si mamat jambu! Hahahahaha, semua orang suka Farid. Sapa tak suka sila tinggalkan komen ek. Farid ni jenis slumber... Pendek kata tak hipokrit la. Cuma dia ni cam blur sket. (Aku pun blur gak kekadang sebenarnya.) Tapi masa XPDC aku jarang dapat borak ngan dia sebab dia asyik berkepit ngan Pgee. Masa nak balik tu baru la borak2 lebih sikit. Apa yang aku belajar dari Farid, 'hidup kena slumber'. Hahahaha. (Kenapakah aku tergelak sendiri?)

7) Jacky
Jacky O Jacky.. First time aku ingat dia ni melayu.. Ada janggut sejemput cam ustaz. hahaha.. jangan marah aaa Jacky. Aku suka jacky sebab dia ni Pak Lawak dalam XPDC.. Best giler lawak dia.. dan lawak dia jenis lawak slumberland. Hahahaha.. Kalau dia masuk Raja Lawak astro pun aku gerenti leh menang laaaa... Jacky ni pun antara peminat tegar penyanyi2 tahun 80-an dan 90-an.. Antara lagu peberet dia yang aku ingat.. 'Menaruh Harapan', 'Wajah Siapakah Yang Dikau Cari' dan 'Suci Dalam Debu'.. Dari jacky aku belajar utk 'teruskan mengejar impian'

8) Paji
Paji... I likeeeee... Paji ni sangat-sangat laaa Happy go Lucky.. Susah nak nampak dia marah masa XPDC.. Dia ni juga merupakan Chef XPDC cum Cameraman XPDC. Apa yang dia masak.. semuaaaaaa sedap. Bak kata Jacky, 'makanan yang dimasak dengan penuh perasaan' Apa yang aku belajar dari Paji, aku belajar masak 'mihun goreng rasa telor'.. Siot jek kan ko Paji.. muahahahaha.

9) Zack
Dalam XPDC kali.. Zack maybe orang yang paling aku tak boleh lupa. Zack antara watak penting yang buat aku rasa tak bosan dalam XPDC kali ni.. Maybe sebab Zack ni macam kawan2 aku yang lain kot. Atau maybe sebab jiwa kami serupa.. Gitu statement kan. Hohoho.

Itu la mereka yang telah singgah dalam hidup aku bermula 23/10 hari tu.. Harapan aku, kita semua mantain relationship yang dah terjalin ni selama mungkin.. Oke guys! Luv u all!!!! Muah!


5 comments:

Anonymous said...

test

ayid said...

bole pong komeng..saja nak komen..apsal buruk sgt pic aku..sedih!!letak laa pic aku pose cantek ke..hehe..

ayid said...

yg penting!!tetap letak dia no.1..dia tetap no.1 ke..ehehe..jgn mare..

Paji said...

pehal gambar aku ko tak edit cam the rest of the gambar la... as told... i'm happy no lucky no laki... ala member tu ayid la pulak

zack said...

man pic aku ni haaaaaaaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser