Ada tikanya di hening malam
Aku berbaring disisi, melihatnya tidur
Lena diulit mimpi indah
Lalu ku padamkan lampu dan berbaring dalam kegelapan
Dan sesuatu terlintas di minda
Andai aku tidak bangun esok hari
Adakah dia sedar akan perasaanku
terhadapnya di dalam hatiku?
Andai esok tidak muncul untukku
Akankah dia sedar betapa aku mencintainya?
Sudahkah aku cuba sedaya upaya untuk menunjukkan
Bahwa hanya dia yang aku cinta?
Andai masaku telah tiba
Dan dia perlu mengharungi dunia tanpaku
Adakah cinta yang ku berikan sebelum ini
Akan mampu bertahan
Andai esok tidak muncul untukku
Kerna ku pernah kehilangan seseorang dalam hidupku
Yang tidak pernah tahu betapa ku mencintainya
Kini aku hidup dalam penyesalan
Menyedari perasaan sebenarku terhadapnya tidak pernah ku luahkan
Lalu aku berjanji
Untuk mengatakan setiap hari betapa bermaknanya dia dalam hidupku
Demi mengelak sebarang kemungkinan
Tiada lagi peluang kedua untuk menyatakan perasaan ini terhadapnya
Jika kamu punya seseorang yg kamu cinta
Apa yang terlintas di minda
Andai esok tidak muncul untukmu?
(If Tomorrow Never Comes)
2 comments:
Khailash Paji Ammet 11 November at 06:12
dan andai esok itu muncul
aku akan bahagia
kerana ku pasti kau bahagia
dan kerana ku pasti aku ada
dalam memori setiap detik dan masa kita bersama
tersematlah aku dalam hati
andai esok itu muncul
mataku akan tertutup rapat
walaupun belum puas menatap wajahmu
tapi telah ku melihat kau lena
dan andai esok itu muncul
aku akan bahagia
dan andai esok itu jauh
akan aku terus setia
mencari mu bahagia
supaya kau akan terus lena
dan akan tetap kupadamkan lampu itu
untuk aku berbaring dalam kegelapan
pasti akan ada sinar
dalam setiap andai
thing is, i got to see you close up
there is not a single regret.
i know siapa dia... hu hu hu...
anyway... conty lagi
dan andai dia memilih aku
dan andai aku juga sudi menerimanya
adakah engkau akan tetap bahagia
melihat paji[iaitu aku] dan DIA melayar cinta
dan andai esok itu hari ini
aku akan terus melihat dia tidur lena.
ello..
adahkah si dai tahu akan isi hati mu?
usah d biar diri mu kecewa, d tertawa oleh org yg d kau sayangi....jiwa jiwa jiwa...berikan lah waktu utk diri mu mengerti......wahai SAYANG KU...
X DAk pernah ku pinta diri menjadi pengoda d noda....
Post a Comment