Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers
Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Malaysia Domestic HHP Cat Show March 2013




Pada hari Ahad lepas telah berlangsungnya cat show di Space U8, Shah Alam. Pertandingan yang mempertandingkan pelbagai jenis kucing-kucing kampung (kucing yang tiada sijil dari badan-badan yang diiktiraf dunia) ini berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran hampir lebih 160 ekor kucing. Cat Show kali ini dihakimi oleh 2 orang juri dari Australia dan seorang juri tempatan.

Aku juga sibuk nak join cat show ni. Haha. Kali ini aku agak ready dengan Luna. Luna telah aku siap sediakan sebaik mungkin mengikut tip-tip yang dikongsi oleh juri dan peserta pertandingan cat show yang lepas. Untuk pengetahuan, ini merupakan pertandingan Luna yang kedua. Untuk pertandingan yang pertama disertai Luna, boleh refer post ini.

Untuk pertandingan ini, antara persiapan yang dilakukan untuk Luna adalah

i) Feed Luna dengan daging lembu setiap hari, dalam 2 sudu besar jer sehari pun. Banyak2 pun nnt dia buang je balik. Membazir plak.
ii) Daging lembu tu dicampur dengan fish oil utk mencantikkan bulu dia.
iii) Tukar kibble. Dulu guna RC Kitten 36, tapi Luna macam tak berapa nak built muscle. Bila dah ditukar kepada Orijen, haa, amekaw, makan aja kerjanya. Memang naik lah muscle dia. Puas hati tengok. Aku rekomen Orijen ni pada sesiapa yang nak menggemukkan kucing dia dengan sihat lagi berkhasiat. Chewah.
iv) Luna dimandikan 5 hari sebelum pertandingan. Tujuannya supaya minyak dr kilang bulu dia menyelaputi bulu2 dia by hari pertandingan nanti.
v) Luna mula digrooming setiap hari 2 minggu sebelum pertandingan bermula. Aku juga dah mula belajar teknik betul untuk grooming bulu kucing. Bukan main belasah sikat je.

Hasilnya, Luna berjaya masuk top 10 untuk ketiga-tiga ring yang dipertaruhkan.

i) Ring 1 = 10th place (sebab mogok takmo keluar sangkar)
ii) Ring 2 = 7th place (ni pun mogok takmo keluar sangkar, tapi judge ni paksa gak dia keluar. Muahaha)
iii) Ring 3 = 4th place (ini pun mogok takmo keluar sangkar, dia cakarnya sangkar tu sampai nak terjatuh. Nasib baik juri suruh aku tolong keluarkan dia, kalau tak corot gak la lagi.)

Luna bersama dengan Judge Australia untuk Ring 3
Rosette kemenangan


So, overall memang puas hati sebab better dari last cat show yang Luna join.

Bercerita tentang peserta lain, jiran sangkar Luna adalah 3 beradik kucing American Curl, yang jenis telinga bergulung ke luar tu. Tiga-tiga pun ada menang rosette. Ingat satu hari nak jodohkan lah Luna dengan bapa kepada 3 beradik tu. Huhuhu. Confirm menang memanjang. :P

Jiran-jiran yang comel-comel belaka

Selena the Stray Cat


Kali ini kita cerita pasal kucing balik pulak. Memperkenalkan Selena, si kucing kurap yang aku jumpa di kampung keluarga ku di Rawang. Masa mula-mula jumpa si Selena ni, nampak dia main-main dekat tengah jalan. Datang dekat, terus nampak kurap penuh di muka dan telinga. Tapi bila nampak mata dia yang warna biru, terdetik hati "Ni kalau jaga balk elok-elok ni memang cantik jadinya". Maka, bermulalah sesi kehidupan baru untuknya.

Sebelum di cuci dengan mesin basuh..

Aku bawa balik Selena ke rumah bujang ku di Ampang. Hari pertama aku cuma mandikan dia dan beri makan Orijen. Nampak gaya budak ni walaupun penuh kurap tapi dalaman dia memang sihat walafiat. Kuat makan dan kuat main.

Keesokan harinya aku bawak Selena ke Klinik Haiwan Teoh di Pandan Indah. Masa nak mula-mula nak timbang berat Selena kat klinik, aku jadi segan nak keluarkan dia dari cage sebab orang ramai kat situ, takut ada yang jadi geli. Maklumlah kucing kurap. Dr Teoh beri sejenis ubat cecair yang kena beri setiap hari selama 2 minggu, tujuannya untuk membunuh hama kurap secara dalaman. Dr juga beri syampu anti-kurap jenama Malasep kalau tak silap.

Baru seminggu menjaga Selena, fizikal dia semakin baik. Memang semakin cantik hari demi hari. Lepas dah seminggu baru aku perasan yang Selena ni rupanya kucing mix DLH, bulu dia padat dan lembut sesangat. Bila tengok dari jauh nampak macam arnab plak.

Selepas dicuci dengan mesin basuh.. 

Sekarang, dah lebih sebulan Selena aku jaga, sudah hampir 100% sihat. Makin gemuk dan makin manja. InsyaAllah aku akan jaga seekor ni sebagai kucing sendiri buat masa ini.

 Inilah Selena yang terkini...

Gebu tak sayer


Gemuk gilos

Malaysian Domestic Pets Feline Show

Luna penuh sopan di dalam sangkar


Hari ini Luna menyertai Cat Shownya yang pertama! Malaysian Domestic Pets Feline Show anjuran Wonderpet Planet yang berlangsung di South City Plaza, Seri Kembangan mempertaruhkan beberapa kategori kucing yang diadili di dalam 3 Ring oleh 3 Juri berbeza.

Disebabkan ini first time Luna menyertai Cat Show (dan first time utk aku juga), makanya niat datang ke sini sekadar untuk menambah pengalaman sahaja.

Seronok rasanya bila berkumpul bersama Cat Lovers yang lain sambil melihat berbagai kucing-kucing yang unik dan berlainan jenis. Luna disenaraikan di dalam kategori Adult Shorthair Female. Disebabkan penyertaan kurang dari 10, maka semua yang disenaraikan secara automatik dapat Rosette. Hehe.

Rosette yang menjadi rebutan


Kesimpulannya, Luna dapat no 9 untuk 2 Ring, dan no 8 untuk 1 Ring. Semuanya corot2. T_T.

Alang-alang dah diadili oleh Juri yang pakar, aku beranikan diri bertanya tips pertandingan dari salah seorang Juri. Antara tips yang diberikan pada aku, jika hendak bawa Shorthair ke Cat Show, pastikan kucing dimandikan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum Show. Kenapa 5 hari? SUpaya kita memberi tempoh yang cukup untuk minyak yang terhapus pada bulu kucing ketika kita menyabunnya itu, sempat kembali dan menyaluti bulu-bulu kucing kita sebaiknya. Ketika mandi pastikan dibilas sebersih-bersihnya. Walaupun kita rasa sudah dibilas bersih, tapi lebih elok diulang bilas beberapa kali sehingga boleh buat bunyi 'crekkkk' macam kita cuci pinggan tu. Paham ke tak? Hohoho. Jika hendak bawa Longhair pula, selok-eloknya dimandikan selepas Subuh pada hari pertandingan. :) Of courselah mandikan dengan air suam kan, kalau mandikan dengan air sejuk mau terus demam kucing tu.


Juri untuk Ring 2

Juri juga nasihatkan untuk cuba tambahkan lagi muscle mass Luna. Kata juri, walaupun kita tahu kucing betina lebih kecil dari kucing jantan, tetapi jika dapat tambahkan lagi muscle mass, pasti boleh menambah poin ketika dinilai oleh Juri.

Walaupun Luna sedikit meragam sesama sesi vetting di awal pertandingan, tetapi Alhamdulillah semasa pertandingan mood dia agak stabil.

Tahniah Luna, tahniah pada semua pemenang dan tahniah pada Wonderpet Planet!

p/s: Maaf kualiti gambar agak rendah kerana guna camera handphone sajok.

Kitten For Adoption




Female Tortoishell untuk adoption. Umur kurang dari sebulan, pandai menggunakan pasir tandas dan tak banyak ragam. Sangat mesra dengan manusia dan kucing lain. Ditemui di parking lot flat rumah saya. Ketika ditemui penuh kutu, tetapi sekarang dah tiada sebab disembur FrontLine. Mencari adopter yang berminat.

Ngantuknyeeer
Luna jadi Mak Angkat saya.

Jika berminat boleh hubungi saya di leybra@gmail.com. Terima kasih.

Wordless Wednesday: Luna Blues


Wordless Wednesday


Collar Baru Luna


Seperti dijanjikan, aku telah berjaya membeli collar baru untuk Luna. Aku rasa collar warna kuning amat sesuai dengan warna bulu Luna yang gelap gelita nie.. Well solid kuning tak jumpa so ini jelah yang terdekat, cmapur2 kuning hijau sket.

Collar dibeli di Tesco Rawang, harga 13.90 sahaja.
Jenama Cat It


Gambar si Luna ni sekarang, asyik bergerak jek. Kena bawak naik katil baru senyap sket.


Luna lepas pakai collar. Malu-malu kucing pulak!

Suspek Sporo


Sejak 3 minggu lalu, aku menjadi forester untuk kucing-kucing gelandangan kepunyaan kawan karib aku yg mana rumahnya kini sedang dinaiktaraf. So untuk mengelakkan kucing-kucingnya ditimpa musibah sepanjang proses naik taraf, dia minta tumpangkan kucing-kucingnya yang sebanyak 3 ekor; 1 mak kucing dan 2 anak kucing; di rumahku.

Dipendekkan cerita, salah seekor anak kucing tu aku nampak luka-luka di bahagian kepala dia dan bahu dia. Dalam hati terus terdetik "SPORO"!. Bagi mengelakkan perkara tak baik terjadi pada kucing-kucing lain dan kucing aku sendiri dalam rumah tu, aku buat decision untuk terus hantar Eva (nama kucing suspek Sporo itu) ke vet Teoh di Pandan Indah.

Ketika diperiksa oleh dr Teoh, beliau beritahu yang Eva sebenarnya bukan terkena Sporo, tetapi itu adalah luka kesan digaru oleh Eva sendiri. Hasil pemeriksaan didapati Eva ada menghidap penyakit kulit dan menjadi sarang kutu bertelur (Eva adalah kucing jenis Medium Short Hair (MSH)). Kata doktor lagi, cara mudah untuk tahu sama ada kucing itu terkena Sporo atau tidak adalah, kesan luka2 banyak terdapat pada bahagian muka berbanding bahagian lain.

Disebabkan itu, lega hati aku. Maka buat appointment dengan doktor utk dapatkan suntikan seminggu sekali selama 4 minggu. Alhamdulillah sekarang Eva dah semakin sembuh dan semakin membulat. Insyaallah aku akan jadi fosterer untuk kucing-kucing kawan ni sehingga lewat bulan Jun.

Minggu yang malang

Malang 1
Safi Balqis yang bunting sulung telah kembali menghadap Ilahi disebabkan komplikasi selepas bersalin. Pelbagai usaha aku telah lakukan untuk menghindari benda ini dari terjadi, tetapi kalau sudah kehendak Ilahi, hamba yang lemah ini tak mampu nak buat apa2.

Malang 2
Anak-anak Safi Balqis yang berjaya dilahirkan semuanya telah menghadap Ilahi juga. Terkilan di hati tak terkata kerana merasakan Safi mati dengan sia-sia tanpa punya zuriat untuk meneruskan legasi nya.

Malang 3
Handphone kesayangan aku Galaxy s2 tercicir di dalam bas pejalanan pulang ke Kuala Lumpur. Segala no contact hilang dan tidak dapat diselamatkan. Nasib baik ada backup handphone yang lama.

Malang 4
Abu Garcia hilang dari rumah. Tidak tahu apa puncanya hilang, sedangkan Abu Garcia adalah fully indoor cat. Ada yang mengatakan dia sedang on heat dan keluar mencari kucing betina. Bagaimana dia keluar dari rumah juga masih misteri kerana semua tingkap dan pintu tertutup. Hilang sejak 14 April 2012 hingga ke hari ni dan masih belum dijumpai. Poster telah ditampal bersama ganjaran untuk yang menjumpainya.

Malang 5
Berselisih pendapat dengan sahabat kucing lain yang mana kucing betinanya aku matekan dengan Abu Garcia. Disebabkan Malang 1, 2 dan 4, aku dikatakan tidak pandai menjaga kucing dan tidak beretika terhadap kucing-kucing aku. Sayang sekali kerana aku amat menghormati dia sebagai pencinta kucing, tetapi tuduhan yang dilempar amat keras seolah-olah hanya dia seorang yang tahu menjaga kucing dengan baik di dunia ini. Disebabkan itu juga, dia tidak mahu memberikan anak zuriat Abu Garcia kepada aku, sekaligus menyebabkan aku tiada apa-apa lagi untuk mengingatkan diri pada Abu Garcia.

p/s: Disebabkan malang-malang di atas, aku merehatkan diri dari membela kucing sehingga tempoh tertentu.

Safi bunting sulung

Masuk hari ni dah hampir 8 minggu Safi bunting. Buntingkan anak si Abu Garcia.. Tak tahu la berapa ekor tapi perut dia macam besar jek. Disebabkan Safi ni warna dia putih dan Abu warna dia kelabu, ada kemungkinan anak yang dapat nnt warna kelabu penuh, putih penuh atau putih tompok2 kelabu. Dan selepas Safi selamat melahirkan anak-anak dia, dia akan dineuter bersama-sama dengan Abu. Cukuplah sekali zuriat sahaja.

Soon to be mom

Abu Garcia dah jadi ayah!

Mulai hari ini Abu Garcia secara rasminya telah menjadi ayah kepada 4 ekor kitty yang comel. Hasil perkongsian dengan seekor kucing Russian Blue bernama Blue Blink (BB), disebabkan dua2 warna kelabu asap so hasilnya anak2 semua kelabu asap macam parent mereka. Diharap supaya anak2 mereka dapat survive dalam dunia yang serba mencabar ini, cewah.

Btw aku still confuse Abu nie Russian Blue ke Korat.. Tapi aku suspect Korat sebab mata dia tak sehijau russian blue, tapi ada la color2 hijau sket2 kalau perhati betul.

BB dan anak-anak mereka. Sekor terperosok kena pijak ngan anak-anak lain.

Abu Garcia dan Pokok Kucing Galak nya

Wordless Wednesday 

Amino

Amino

Jumpa budak ni kat bawah rumah masa lepas balik dari kerja. Terngiau-ngiau depan pintu rumah orang. Kecik lagi ni, rasanya lebih kurang sebulan jek umur dia, sebab mata pun masih biru. Aku panggil budak ni Amino.

Kesian tengok dia, badan dia macam penuh dengan kurap. Tak tau lah betul ke kurap atau lumpur2 kering yang melekat kat kulit dia, tapi bila diusap mmg terasa menggerutu. Sekarang sedang berusaha untuk pulihkan balik kulit dia. Lepas amik budak ni bawak naik rumah, terus mandikan dia pastu letak dalam cage. Lepas dah seminggu, aku tengok keadaan dia cam tak semakin baik pun. So aku cuba lumurkan minyak gamat kat badan dia.. Lepas beberapa hari baru perasan bulu dengan kulit2 dia pulak tertanggal. Aku pun tak sure ini sebab efek minyak gamat ke atau mmg sebab penyakit dia. Sekarang ni boleh nampak tempat yg dah takde bulu tu merah2 jek.

Atau adakah disebabkan makanan yang tak sesuai menyebabkan bulu dia tanggal? Untuk pengetahuan aku beri budak ni makan RC Babycat 34, memang tip top punya kibble.

Ada tak sesiapa yang ada pengalaman merawat kucing yang seperti ini? Bolehlah tinggalkan tips di ruangan komen ye. Thanks. :)

p/s: Amino telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 31/12/2011.

Keistimewaan Kucing Kelabu

Masa memula aku nampak gambar Abu Garcia dalam Pet Finder, aku dah terkagum seketika. Wah cantiknya warna anak kucing ni.. Tak pernah nampak kucing warna kelabu penuh sebelum nie.

Memang hati dah berkenan, aku terus adopt Abu dgn adiknya yg bernama Blackberry (dah arwah). Masa memula adopt tu, rasanya umur dia baru sebulan. Memang kecik comel lote jek lagi. Ekor pon kontot jek time tu.

Masa abu mula nak mencecah masuk umur 2 bulan, dia terkena penyakit cirit birit. Memang menduga betul kesabaran aku time tu, sebab dia cirit birit tak henti2.. Dah la time tu aku tak penah bagi suntikan vaksin lagi kat dia, mmg takut sangat kalau2 dia terkena penyakit FIV. Berulang-alik aku ke Vet untuk mengubat penyakit dia. Memula ke Vet Kerajaan, tapi disebabkan kurang berpuas hati dengan cara rawatan mereka, aku merujuk pulak ke Vet Swasta. Aku ada gak cuba2 cara tradisional, bagi makan yogurt la, bagi makan labu rebus la, bagi makan ayam rebus la. Alhamdulillah, dalam tempoh dua minggu Abu semakin sembuh.

Sekarang Abu dah masuk 6 bulan lebih. Badan pun dah semakin besar dan sihat. Dah nampak macam kucing bujang dah.. Huhu.

Bercakap pasal warna Abu, disebabkan aku sangat confuse dengan warna dia, so aku jalankan sedikit carian di Google. Hasilnya aku dapati ada dua species kucing yg warna kelabu; satu dipanggil Russian Blue, satu lagi dipanggil Korat. Memula aku ingat si Abu ni kucing Korat, sebab badan dia cam langsing2 sikit. Kalau kucing Russian Blue tu badan dia cam berisi sket. Tapi bila dah lama2 aku rasa dia ni memang cuma species kucing kampung jek. Sebab warna mata dia tak sehijau kucing2 species special nie. Tapi aku tetap sayang abu.

Rupa-rupanya, kucing yang berwana kelabu yang bukan dalam species kucing2 pedigree di panggil sebagai Maltese. Kenapa Maltese? Sebab kucing berwarna kelabu amat mudah didapati di negara Malta. Adakah Abu turut berasal dari Malta? Abu berasal dari Pandan Jaya jek kot.

Abu merenung jauh nasibnya...

Sekarang aku dapati Abu semakin gatal nak berbini. Hurm, patutkan aku membiarkan Abu menghilangkan terunanya ketika masih muda? Huhu. Yang penting Abu sayang aku, sebab dia suka tidur sebelah aku. Bangun jek pagi2 mesti nampak dia kat hujung katil. Kekadang sampai tertendang Abu jatuh katil. Ahahaha.

Abu.. abu.. Abu Garcia si Kucing Kelabu

Safi Balqis On Heat


Sebenarnya si Safi dah on heat masa 1 Disember hari tu, dan dah sempat beromen dengan si Abu, tapi tak sangka semalam dia on heat sekali lagi.. Selepas hasil pembacaan di Internet, barulah dapat sedikit info apa yang terjadi dengan Safi ni. Rasanya masa aktiviti mengawan yang pertama tu, memang si Abu dah berjaya menumbuk lesung, cuma time tu ovulation tak terjadi lagi.. Mengikut pembacaan, ada kucing betina yang perlu mengawan beberapa kali dahulu untuk menggalakkan ovulation berlaku. Mungkin ini yang terjadi dekat Safi.. Semalam nampak Safi guling2 dalam bekas pasir dia, tapi bila si Abu nak panjat, dia tak bagi pulak. So menurut pembacaan gak, Safi nie masih dalam fasa proestrus, so nak tunggu sampai dia dah masuk fasa estrus baru pantau sekali lagi aktiviti mengawan mereka. Proestrus akan berlaku antara sehari hingga 3 hari. So ada kemungkinan baru esok atau lusa baru dia masuk fasa estrus. Yang peliknya si Safi nie, dia takde plak mengiau2 bising mencari jantan.. Senyap jek dia dok dalam cage tu. Tapi bila dah keluarkan dari cage, time takde orang yang dok perhati, bukan main berguling2 lagi dia.

Ntah bila la ada rezeki jadi datuk nie..

Wordless Wednesday

Cara Mengatasi Masalah Kutu pada Kucing

Kutu merupakan antara masalah utama pada pemilik haiwan comel berkenaan. Ini kerana masalah kutu pada kucing amat sukar untuk diselesaikan kerana ianya sering berulang2. Aku turut menanggung masalah kutu pada kucing yang boleh dikatakan agak kritikal kerana kucing aku si Safi Balqis sampai dah ke tahap keguguran bulu yg agak banyak disebabkan kutu. Walaupun dah sembur dengan Frontline (ubat pembasmi kutu haiwan peliharaan),  kutu tersebut macam dah immune, tetap tak hilang2. Berus guna sikat kutu pun tak menjadi, kutu-kutu tu macam menggengam erat bulu kucing enggan dilepaskannya. Disebabkan geram dengan kutu yang nampak gaya dah mula merebak ke Abu Garcia dan Kochi Chan, aku mengambil keputusan nekad untuk mengisytiharkan perang terhadap kutu2 tersebut. Mungkin tips ni anda boleh cuba gunakan andai cara-cara yang biasa digunakan tak menjadi.

Kutu yang jahat


1) Mandikan kucing dengan sabun mandi kucing, lumurkan sabun dengan banyak di badan kucing. Kemudian gosokkan ke seluruh badan kucing hingga berbuih2 (jangan sampai mulut kucing berbuih sudah la yer). Kemudian, biarkan dalam 5 min untuk memastikan kutu-kutu tersebut mati lemas disebabkan sabun. Selepas 5 minit baru dibilas dengan air suam-suam kuku hingga bersih dan tiada lagi sisa sabun.

2) Sediakan satu gayung air garam yg suam. Pepandaila cari sendiri garam masakan kat rumah ke, garam bukit ke. Asalkan masin. Kemudian, jiruskan ke badan kucing anda dengan rata, terutama di bahagian yg banyak kutu berkumpul (leher, celah kaki, bawah badan). Kemudian, toss kan kucing anda supaya air mandian yg berlebih tu mengalir keluar. Taukan toss tu camne? Goyang2kan jek kucing anda, atau lurutkan badan dia dgn tangan bagi air mengalir keluar. Kemudian, biarkan kucing itu kering dengan sendirinya. Jangan pergi lap ngan tuala plak, kang sesia jek jirus air garam tu.

3) Selepas kucing anda hampir kering, sediakan dalam segenggam garam halus bak tepung gandum. Macamana nak dapatkan garam halus bak tepung gandum? Caranya ialah dengan memblender garam tersebut sehingga halus bak tepung. Kenapa perlukan garam ini? Tujuannya adalah untuk ditabur di atas badan kucing anda. Kenapa perlu tabur? Supaya kutu-kutu yang liat nak mampus tu mati kekeringan air. Garam merupakan unsur yang mampu mengdehidrat benda. Selepas dah ditabur pada kucing, kalau ada lebih2 tu boleh la tabur sekali dekat tempat lepak kucing anda (Cat Tree, Sofa, Carpet dsb). Biarkan semalaman.

4) Keesokan harinya, belek sekali lagi bulu kucing anda. Anda akan nampak banyak kutu yang dah mati, dan mungkin juga yang belum mati. Tugas terakhir anda ialah mencari setiap kutu yg tak mati lagi dan matikannya. So gunalah cara tradisional itu, cari dan letup. Yang bestnya, kutu anda tidak akan melekat lagi pada bulu kucing anda, maka kerja mencari dan meletup menjadi mudah. Awas, anda mungkin akan menjadi gian untuk mencari kutu dan mengerjakan bulu kucing anda ibarat makhluk spesies Planet of The Apes.

5) Untuk benar2 memastikan kucing anda bebas kutu, ulang proses di atas 3 hari berturut-turut.

Amaran: Tips di atas tidak sesuai utk kucing yang mengalami masalah buah pinggang / batu karang disebabkan penggunaan garam yang banyak.

Selamat Mencuba!

Sangkar kucing 3 tingkat

Cuba teka ada berapa ekor kucing dalam gambar ni?

Salam semua pembaca,

Hari ni nak update sikit tentang barangan terbaru untuk kekucing Awang. Isnin lepas aku dengan jayanya membeli sangkar kucing 3 tingkat untuk kucing2 aku. Sebab ape aku beli sangkar kucing, kan kucing2 patutnya dibiarkan lepas dalam rumah je, kata kucingi indoor kan?

Antara sebab2 aku beli sangkar ini adalah:

1) Bulu kucing aku kerap sangat gugur, untuk mengelakkan bulu2 gugur tu melekat kat perabot2, terbang2 di sana sini dan untuk menjaga kebersihan rumah dan bersedia dalam menerima tetamu, better aku belikan satu sangkar khusus untuk kucing2 aku.

2) Kenapa beli besar2? beli kecik2 suda. Sebab aku beli besar supaya kucing aku tak bosan dok dalam sangkar ni, at least selesa gak untuk derang bergerak bebas, boleh panjat2. Kemudian sangkar ni plak ada carpet sekali.. so derang boleh tidur dan mencakar2 dengan selesa.

3) Untuk jangka masa panjang.. Mana la tahu kucing2 aku ni menambahkan ahli keluarganya, kalau semua nak lepas mmg caca marba la rumah aku. Pastu org2 tua kata kalau kucing yg jenis tak friendly ni, kalau kita biar dia dok dalam sangkar lama2 nnt dia jadi friendly ye? Wallahualam.

Ok, harga sangkar ni aku beli RM268, campur delivery rm10 total jadi rm278. Beli kat mudah.my jek. Mmg puas hati sebab besar.

Birthday anak-anak bulu

Hari ni genap Abu 5 bulan, Kochi 3 bulan dan Safi 6 bulan lebih. Tak sangka cepat gak bebudak ni membesar. Paling tak sangka si Abu, lagi berat dari Safi walaupun Safi lagi tua dari dia. Maybe sebab lately ni dia banyak tido jek. Perut pun dah boroi sket.

Port tido Abu yang hangat dan selesa


Sekarang ni macam menunggu masa si Safi on heat jek. Sbb katanya kucing betina start on heat bila dah masuk 6 bulan. So kena prepare je la. Prepare ape? Prepare dgr nyanyian sumbang Safi dan ngiauan kucing2 jantan gersang kat luar rumah nie. Huhuhu

Abu, Safi dan Kochi kena mandi

Sejak dua menjak ni, kerusi baldu aku selalu penuh dengan bulu kucing. Disebabkan itu, aku mengambil langkah untuk memandikan anak2 bulu, maklumla rasanya dah sebulan tak mandikan mereka ni.

Yang paling mula2 dimandikan adalah Safi. Sebab apa dia kena mandi dulu? Sebab bulu dia la yang paling banyak melekat kat kerusi. Dah la bulu dia putih, amat obvious bila dipandang dari jarak penglihatan sederhana.

Masa mandikan dia tu, berus2 sekali dengan sikat kutu. Amatlah terkejut aku dengan hasil pemandian Safi. Kutu bersepah! Dah macam pusat ternakan kutu plak aku tengok. Besar-besar pulak tu. Aku berus-berus dengan sikat kutu tu takmo pulak tertanggal kutu2nya.. So, terpaksalah ambil langkah drastik dengan mengurung Safi dalam sangkar dalam masa seminggu ini utk menyahkutukan badannya. Lepas mandi ni kena biarkan dia dalam 2 hari. Pastu baru boleh sembur dengan Frontline. Ikut cakap vet ari tu la.

Lepas mandikan Safi, tiba masa mandikan Abu dengan Kochi. So far bebudak dua ekor ni takde masalah bulu tanggal dan kutu sangat. Maybe sebab bulu derang tak setebal bulu Safi. So lepas mandi2kan tu, lepaskan derang untuk keringkan bulu masing2.

Safi muka tension kena kuarantin

Lagi dua hari semua wajib sembur Frontline. Rumah ini perlu dibasmi dari serangan kutu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser