Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers
Showing posts with label traveling. Show all posts
Showing posts with label traveling. Show all posts

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 4 Bike Tour



Hari ke empat di Ho Chi Minh sememangnya penuh dengan pengalaman baru. Aku dan rakan menyewa sebuah skuter untuk berjalan-jalan di sekitar Ho Chi Minh dari District 1 sampai melencong-lencong ke District lain.

Perjalanan dimulakan dengan sarapan di Halal@Saigon. Kat sinilah akhirnya dapat gak aku merasa makan Pho. Pho tu ala-ala bihun sup la kat Malaysia ni. Cuma bezanya Pho ni signature dish orang Vietnam, cam kita ada Nasi Lemak. Pastu kat sini kami order Popia Udang dan Ketam, pastu sebab ada yang mengidam Roti Canai, order la Roti Canai sekali. Sayangnya, Roti Canai dia cuma roti canai segera je, tak umph la bila makan.

Siap makan, kami teruskan perjalanan ronda-ronda Ho Chi Minh. Naik motor sampai ke kawasan luar dari kawasan pelancong, masuk area rumah-rumah kedai ada banyak workshop motorsikal, terus lagi sampai ke Pasar Basah. Aiyo, ramai betul orang kat pasar ni, jalan pun jammed dengan motor. Kebetulan masa dekat pasar, motor depan aku hilang kawalan lalu jatuh menghempap motor disebelahnya dan dua-dua jatuh hempap peniaga tepi jalan kat situ. Kesian pulak nengoknya. Tapi yang bagusnya orang Vietnam ni, bila jadi camni, semua pakat2 serbu nak tolong, yang naik motor berentikan motor pastu tolong angkat. Yang tengah sibuk2 pilih sayur pun terus berlari-lari anak ke kawasan kejadian nak tolong. Kalau kat Malaysia, orang kita lazimnya tolong tengok je la. Aku pun tolong tengok je, sebab tak berani nak bersesak dengan ramai-ramai orang Vietnam kat situ, nak cakap Vietnam pun tak reti ye dok?


\

Lepas keluar dari kawasan pasar, dah satu masalah nak cari jalan balik. Tak jumpa2. GPS plak tak berfungsi sebab tak subscribe line untuk luar negara. Aduyai berpusing-pusing, akhirnya kebetulan terjumpa gak jalan yang ada lalu masa keluar dari District 1. Lega bukan kepalang. Dah sampai ke District 1 aku pi singgah pasar Ben Thanh jap tengok kalau ada benda nak shopping last minute. Dah habis, aku bersiap-siap pack barang untuk pulang ke Malaysia, bersama-sama barang yang dibeli di Ho Chi Minh, antaranya termasuklah beg galas warna turqoise, t-shirt bintang Vietnam, baju kemeja lengan panjang tempah custom made 2 helai, fridge magnet. (Orang lelaki mmg tak reti nak shopping sgt, kalau orang pompuan ni mau berbundle kain dibelinya kat Ben Thanh tu).

Begitulah pengalaman di Ho Chi Minh. Aku amat recommend pada mereka yang suka shopping kain untuk turun ke Ho Chi Minh sebab harganya memang murah even compare kalau beli kat Bandung. Tambah-tambah kalau pandai tawar mmg boleh dapat harga yang amat berbaloi.

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 3 Part 1


Hari ke tiga di Ho Chi Minh dimulakan dengan sarapan di Basiroh. Tokei kedai bernama Ajis dan boleh berbahasa Melayu dengan fasih. Setelah menjamah nasi lemak, aku dan kawan menuju ke Agensi Pelancongan untuk menaiki bas ke Terowong Cu Chi. Di dalam perjalanan ke Terowong Cu Chi, kami dibawa singgah ke pusat kraftangan untuk mangsa-mangsa perang ketika Vietnam War. Di sini mereka dilatih untuk menghasilkan produk kraftangan seperti ukiran dan lukisan untuk dijual kepada pelancong. Usai di pusat kraftangan, kami kembali meneruskan perjalanan ke Terowong Cu Chi.


Tiba di pintu masuk, pemandu pelancongan meminta kami membayar duit tiket masuk ke dalam.

Terowong Cu Chi merupakan salah satu sejarah paling penting dalam kemerdekaan Vietnam. Orang Vietnam amat bangga dengan cara mereka mendapatkan kemerdekaan. Tentera US pada dasarnya cuba menghalang Komunis dari mengambil alih Vietnam dari Asia Tenggara, tetapi orang Vietnam ketika itu beranggapan US cuba untuk menyerang dan mengambil alih Vietnam. Dengan bantuan dari Komunis, orang-orang Vietnam berperang dengan US untuk mendapatkan kemerdekaan.



Agak lucu melihat reaksi wajah beberapa warga US yang turut hadir dalam tour ke Cu Chi ini apabila mendengar penerangan dari Pemandu Pelancong berkenaan.

Ketika di dalam Cu Chi, kami diterangkan dengan beberapa perangkap dan jerangkap yang dicipta oleh orang Vietnam untuk melindungi diri dari serangan tentera US. Kebanyakan jerat yang dicipta kelihatan agak ngeri untuk dibayangkan kalau terkena pada badan ini.



Kami juga dibawa untuk merasai pengalaman mengembara di terowong bawah tanah yang dibina untuk warga Vietnam berlindung ketika zaman perang. Terowong adalah sempit, cuma seorang yang boleh lalu dalam satu masa, itupun terpaksa lalu secara membongkok. Terowong ini tidak sesuai untuk dilalui untuk mereka yang takut gelap dan takut sempit. Aku hampir-hampir tekan butang panik sebab melalui terowong ini seorang diri.



Habis merasai pengalaman mengembara di Terowong Cu Chi, kami menuju ke Padang Sasar Cu Chi untuk mencuba menembak menggunakan pelbagai peralatan menembak yang ditawarkan disitu. Ada M16, ada pistol, ada senapang (sorry detailnya saya tak pasti sebab tak minat main Counterstrike.. hahahaha).



Kami menuju pulang ke Bandar Ho Chi Minh sekitar waktu tengahari. Pengalaman di Terowong Cu Chi merupakan atara pengalaman yang paling menarik ketika melawat Ho Chi Minh. Banyak sejarah berkenaan Perang Vietnam boleh dipelajari ketika melawat Terowong ini.



p/s: Nantikan pengalaman kami bersiar-siar di hari terakhir Ho Chi Minh dengan menaiki Skuter. :)

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 2 Part 2


Setelah sampai ke Jeti di Delta Mekong, kami meneruskan perjalanan pulang ke Ho Chi Minh yang mengambil masa kira-kira 2 jam setengah dengan menaiki bas pelancongan. Sesampai ke Ibu Pejabat Agensi Pelancongan yang sama, kami mengambil keputusan untuk mengambil trip ke Cu Chi Tunnel keesokan harinya. Setelah siap tempahan dan bayaran, ketika berjalan pulang menuju ke Hotel, kami singgah minum petang di Trung Nguyen, salah satu cawangan kedai kopi yang paling dikenali di Vietnam. Trung Nguyen ni boleh dikatakan sama level dengan Starbuck dan Coffea Bean. Pilihan menu yang disediakan juga menarik.

Minum Petang di Cafe Trung Nguyen
 Setelah minum petang, kami kembali menuju pulang ke Hotel. Disebabkan waktu hampir malam dan kami belum makan malam, kami ambil keputusan singgah makan di VN Halal@Saigon. Harga makanan di VN Halal@Saigon adalah agak berpatutan untuk pelancong (namun Basiroh memang paling murah lah). Setelah selesai menjamu selera, kami pulang ke hotel, berehat dan bersiap-siap untuk ke Pasar Malam Ben Thanh pula.

Makan malam di VN Halal
Ada Logo Jalan-Jalan Cari Makan uols


Suasana Pasar Malam Ben Thanh tidak ubah seperti Uptown atau Downtown di KL. Rata-rata peniaga adalah mereka yang sama berniaga di Pasar Ben Thanh di waktu pagi. Kelebihan untuk Pelancong Malaysia adalah, ada beberapa peniaga di sini boleh berbahasa Melayu dengan fasih. Jadi janganlah terkejut kalau ada orang panggil "Kakak-kakak mari singgah", atau "Makcik tengoklah barang dulu". Tips untuk membeli belah di Ben Thanh, jangan takut untuk tawar menawar hingga hari yang paling rendah kerana memang harga yg dipaparkan di Ben Thanh memang tinggi berbanding harga sebenar, walaupun bila diconvert ke duit Malaysia harganya masih munasabah. Ini berdasarkan pengakuan seorang rakan sekerja yang berasal dari Vietnam, katanya orang Vietnam sendiri tidak beli di Ben Thanh kerana harganya mahal. Melainkan anda fasih berbahasa Vietnam, anda boleh pergi ke District lain untuk membeli belah. :)

Pasar Malam Ben Thanh

Selesai membeli belah di Pasar Malam Ben Thanh, kami pulang ke hotel, simpan barang dan berehat-rehat sekejap sehingga tengah malam. Mencecah tengah malam, kami keluar semula merayau-rayau di sekitar District 1 melihat kehidupan malam rakyat Vietnam. Rupa-rupanya, 2 September adalah hari Kemerdekaan Vietnam, makanya ramai orang yang jadi kutu embun melepak-lepak hingga pagi buta. Kami tertarik apabila melihat sekumpulan anak muda berkumpul di tanah lapang berdekatan Dataran yang bermain satu permainan yang kelihatan seperti Sepak Takraw. Setelah dilihat lebih dekat, rupanya mereka bermain Sepak Bulu Tangkis. Memang unik sbb mereka hanya menyambut bola menggunakan kaki dari belakang badan mereka. Setelah mnghabiskan masa menonton perlawanan Sepak Bulu Tangkis, kami mengambil keputusan berehat dan pulang ke Hotel.

p/s: Memandangkan pergi melancong pun tak bawa kamera, gambar-gambar semua ehsan kawan. Malangnya gambar lepak2 tgh malam takde plak. Kalau ada nanti akan diupdate ya. :)

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 2 Part 1

Hari kedua di Ho Chi Minh bermula dengan sarapan pagi di kedai Basiroh, terletak di hadapan Hotel Pink Saigon 2. Kedai ini sebenarnya kedai menjual pakaian yang diusahakan oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di Ho Chi Minh (aku rasa la org Malaysia, haha). Aku suka breakfast (kekadang dinner sekali) kat kedai ni kerana harga makanan yang agak murah berbanding restoran halal lain yang berada di sekitar Hotel. (Nak compare dgn harga kat Malaysia memang berbeza la ye adik abang kakak makcik)

Nasi Lemak + Kopi Ais = VND50,000 = Lebih kurang RM7.50
Karipap Giant = VND15000 = Lebih kurang RM2.20

Selepas bersarapan dan bungkus sedikit bekalan untuk makan tengahari, aku dan rakan-rakan meneruskan perjalanan ke Agensi Pelancongan di Vietnam untuk trip sepanjang hari ke Delta Mekong, kawasan perniagaan atas air yang menggunakan sampan. Trip kami dijaga oleh seorang juru pelancong bernama Jacky. Jacky merupakan bekas askar ketika Perang Vietnam. Orangnya agak stylo. Haha.

Jacky yang stylo

Perjalanan ke Delta Mekong mengambil masa hampir 2 setengah jam. Sepanjang perjalanan, bas berhenti sekali untuk pelancong minum-minum dan ke tandas. Aku mengambil kesempatan untuk mencuba kopi jalanan vietnam. Memang betul lah apa orang kata Kopi Vietnam adalah kopi kedua terbaik di dunia, kopi dia ada rasa macam roasted coffee sket. Punyalah sedap.

Kopi Jalanan Vietnam

Sesampai di Delta Mekong, kami dibawa menaiki bot pelancong menyusuri Sungai Mekong. Kami dibawa ke Bee Farm untuk melihat lebah. Tapikan, aku sangatlah hampa, ingatkan boleh masuk ladang lebah tu, rupanya sekadar duduk di anjung sambil melihat seorang pekerja menayang sarang lebah. Kemudian dapatlah makan sedikit gula-gula madu dan teh madu.

Aksi orang lebah

Kemudiannya kami di bawa melihat nenek tua membuat Rice Paper.. Memula aku ingatkan Rice Paper tu macam kulit popiah, rupanya bukan. Rice Paper ni ala-ala kuih sepit versi besar gila. Aku dah rasa trip ni agak membosankan. Ok takpe, aku gigihkan diri menghayati kehidupan di Delta Mekong ni.

Aksi nenek membuat Rice Paper

Selepas melihat Rice Paper, kami dibawa melihat Rice Cracker pulak. Haiyoh, semuanya beras ke.. Rice Cracker pula adalah Popcorn versi beras. Aku cuma tgk orang buat popcorn tu dok goreng popcorn dalam kuali besar. Hadush confirm bosan.

Aksi pembuat Rice Cracker

Habis melihat proses penyediaan popcorn beras, kami dibawa menyusuri jauh ke hilir Sungai Mekong untuk melihat.. aku pun tak tahu melihat apa... sekadar melihat tebing-tebing Sungai Mekong yang banyak rumah.





Rasanya setelah hampir 1km ke hilir, bot pelancong berhenti untuk kami makan tengahari. Aku dihidangkan makanan vegeterian, so bedal je la. Nasi, telur dengan sayur kacang panjang jek pun. Dan selepas makan tengahari, kami dibenarkan bersiar-siar sekitar kampung dengan menaiki basikal. Ok, confirm bosan! Disebabkan terlalu bosan, aku cuma buang masa jalan kaki disekitar kampung untuk tangkap gambar jek.

Menu lunch, vegeterian style

Basikal separa uzur untuk beriadah sekitar kampung

Perjalanan pulang dari trip tiada apa-apa yang menarik untuk diceritakan. Cuma yang aku tahu, motorsikalnya ya ampun banyak sungguh! Mungkin kerana harga petrol yang mahal di sini menyebabkan penduduknya hanya mampu untuk bermotorsikal.

Sekian untuk hari ini, kita bersambung di Part 2 di lain masa ya..

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Day 1 Part 1


 Pengembaraan aku ke Ho Chi Minh bermula setibanya di Lapangan Terbang Saigon. Disebabkan flight aku adalah petang, bila sampai di Saigon dah waktu malam, makanya bas Saigon dah tidak beroperasi. Disebabkan tiada pilihan, aku terpaksa ambil teksi ke hotel. Tambang yang dikenakan adalah RM35. Kaunter teksi tu paksa aku bayar dalam RM. Kalau bayar dalam Dong cuma dalam 180000 Dong sahaja. Selepas teksi sampai di Hotel, pemandu teksi minta aku bayar ekstra USD5 pulak. Lepas bertekak hampir 15 minit dengan pemandu teksi yang langsung tak fasih berbahasa English tu, aku beralah je la bayar USD5 tu. Dah la pintu teksi dia lock dari dalam, nak lari pun tak boleh.

Tips: Kalau nak melancong ke Saigon, dinasihatkan ambil flight pagi, jadi boleh kejar bus dari Airport ke Bandar Saigon. Tambang cuma dalam 4000dong atau RM0.70 je seorang. Kalau terpaksa flight malam, baik berkongsi2 teksi.


Hotel Pink Saigon 2

Sesampai di hotel, kawan-kawan aku yang dah flight awal sejak malam semalam dan pagi hari itu, dah siap tolong book kan trip ke Delta Mekong, caj dalam USD14 seorang. Disebabkan kelaparan, aku makan malam di sebuah restoran makanan halal yang terletak di hadapan Hotel Pink Saigon 2 tempat aku menginap, nama restoran tu Kampung Melayu Halal Restoran. Harga agak mahal berbanding restoran-restoran halal yg pernah aku pergi di Saigon.

Bercakap tentang Hotel Pink Saigon 2 ni, kedudukan dia amat strategik untuk pelancong Muslim terutamanya dari Malaysia. Di hadapan hotel sahaja sudah ada 2 restoran makanan Halal. Pasar Ben Thanh terletak hampir 300m dari Hotel. Pada waktu malam pula ada Pasar Malam Ben Thanh. Kalau hendak datang ke Hotel dengan menaiki bas dari Lapangan Terbang Saigon, kedudukannya hanya dalam 800m dari Stesen Bas Saigon. Tambahan untuk rakyat Malaysia, kebanyakan peniaga dan pemaju restoran makanan halal di sini boleh berbahasa Melayu.

Menu yang diorder, rasanya Nasi Goreng Ayam + Teh Tarik. Layan gak minum Teh Tarik kat luar negara.

Bercuti ke Ho Chi Minh (Saigon): Preparation


Cadangan bercuti ke luar negara terdetik selepas Air Asia buat promotion besar-besaran untuk penerbangan murah dalam dan luar negara pada 8 Disember 2011. Plan pun plan mengejut je untuk ke Saigon sebab member di ofis tanya kalau nak follow mereka travel ke Saigon pada tarikh selepas Hari Kemerdekaan. Kebetulan pula Pasport Malaysia aku belum tamat tempoh, so semuanya memang menarik-narik diri ini untuk kembali bercuti ke luar negara.



Selepas selesai sesi membeli tiket kapal terbang, aku ditugaskan mencari hotel murah untuk penginapan di Ho Chi Minh. Lepas menggoogle dan membaca blog-blog orang lain yang pernah berkunjung ke sana, aku berminat dengan hasil penulisan blogger di Gijale. Makanya aku menggunakan kemudahan penempahan hotel di laman web Agoda.com. Aku lagi suka prepare awal-awal dari datang ke tempat orang dan tercari-cari tempat penginapan di tempat yang kita tak familiar; agak membuang masa.



Aku tempah hotel yang sama di dalam blog berkenaan; Pink Saigon 2. Alhamdulillah, memang pilihan yang tepat kerana sangat dekat dengan kedai makanan Halal (jalan kaki kurang seminit dah sampai, betul-betul depan hotel). Harga tempahan online untuk 4 hari 3 malam adalah dalam USD 75.00; lebih kurang RM 225. Bilik untuk dua orang.

Nantikan sambungan percutian aku...

Bercuti ke Bandung: Day 1 Part 2

Bertemu kita kembali dalam rancangan 'Bercuti Ke Bandung'. Kali ni aku nak cerita apa yg aku buat masa hari pertama kat sana.

Memandangkan masa yang agak singkat di sana, serta tidak familiar dgn tempat di sini, aku dan kawan2 decide utk upah pemandu pelancong. Namanya Indi.

Tugas Indi adalah membawa kami berjalan2 ke tempat yang best di Bandung. Memang main redah je la nie. Kitorg percaya jek apa dia cakap, ntah2 dia kelentong ke tak, tidaklah kami peduli. Yg penting happy. Huhu.

First sekali Indi bawa kami ke tempat shopping baju2 branded yang murah. Kenapa murah? Sebab baju2 nya yg stok2 kena reject, ala2 Reject Shop la nie. Kedai tu takleh tangkap gambar, so takde la gambar utk dishow-off.

Walau bagaimanapun, luar kedai leh tangkap gambar. Member aku beli pen sebagai sourvenier utk kawan2 di Malaysia. Aku? Duit tak cukup. Huhu.

Member membelek2 pen.
Pen yang berharga ribu-riban


Penat shopping, berenti kejap makan. Aku tak tau ape nama makanan ni, janji halal dah la.

Tak tau apa nama makanan nie. Yang penting ianya Halalan Toyyiban.

Kemudian, kami pegi shopping seluar jeans pulak. Nama kedai ni Toko Tiga. Antara kedai jual jeans yg popular kat Bandung. Dapatla sambar sehelai. Separuh daripada harga jeans kat Malaysia.

Kedai Jeans glemer kat Bandung
Walaupun Kedai Jeans, masih ada jual baju2.

 Habis shopping sakan, kitorg decide utk berenti makan malam pulak. Itu kita sambung di Part 3 ye. :)

Bercuti ke Bandung: Day 1 Part 1

Kali ni, rasanya nak kurangkan merapu meraban dalam blog, lebihkan gambar2. Bak kata omputih, A picture is worth a thousand words. :)

Dipendekkan citer, aku dan kawan2 ke Bandung naik Air Asia. Tiket pegi balik total RM100.

Awan Nano

Sarapan dalam Air Asia

Sampai di Lapangan Terbang Bandung
Check in di Hotel Unik

Bilik Standard Double


Bilik Superior Double


Harga Bilik di Hotel Unik. Semuanya harga ribu2!

Buang masa snap gambar sendiri di bilik berharga ribu2...

Ok, nanti kita sambung di Part 2 ye.. Enjoy!

Bercuti ke Bandung, Indonesia

Sekadar entri pendek, aku sekarang berada di Lapangan Terbang Bandung, sedang menunggu flight pulang ke KL. Sepanjang kat Bandung, takde line Internet utk update blog ni.

Jumpa di KL ya.

p/s: Entri yg sgt tak best rasanya kali nie.. Gambar pun takleh nak post dalam blog. Pinjam gambar org len. hehe. Ihsan fauzanismee.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser