Malaysian citizen that loves cat, food, fishing, outdoor activites and fitness. Full time IT Programmer, Part time blogger.

Kekucing Awang

Kekucing Awang

Perjalanan Hidup Milo

PitaPata Cat tickers

Perjalanan Hidup Luna

PitaPata Cat tickers
Showing posts with label fishing. Show all posts
Showing posts with label fishing. Show all posts

Memancing di Kelong Sangkar Kuning, Pulau Ketam

Kelong Sangkar Kuning Atas

Ini merupakan kali kedua aku memancing di Kelong ini. Niat asal hendak memancing di Kelong Purple Inn, tapi sayang sebab last minute booking, semua full house. Kelong2 sekitar Klang yang murah2 pun penuh. Akhirnya called Kelong Sangkar Kuning, ini sahaja yang masih available. Memandangkan memang niat nak memancing tgh membara, dan selepas discussion dgn geng2 pancing, semua setuju dengan Kelong Sangkar Kuning.

Kelong Sangkar Kuning ada 2 jenis kelong

1. Kelong Atas
- Max 8 Org
- Harga RM600

2. Kelong Bawah
- Max 10 Org
- Harga RM700

Binaan seperti Kelong di Teluk Gong. Di seberang sana adalah Kelong Bawah

Trip memancing kali ini agak menyeronokkan disebabkan cuaca bagus. Ketika kami sampai, laut sedang surut. Arus laju tapi masih boleh diterima.

Kami sampai ke kelong dalam pukul 130PM. Dalam tempoh 2 jam, member dah naikkan seekor Kerapu, dalam 500G kot. Guna umpan anak ikan Belanak.

Aku cuba untuk mencari tamban, tapi seekor pun tak nampak. Mungkin tamban tak masuk sini langsung.

Aktiviti memancing diteruskan lagi. Menjelang petang, seekor siakap berjaya dinaikkan. Guna umpan udang hidup.

Aktiviti berlangsung sampai ke malam. Time malam banyak layan belukang dan gelama. Belukang kat sini agak bagak2 saiznya. Ada sangkut seekor kerapu gak.

Esoknya, sambung lagi memancing. Time ni lah baru sampai kemuncak di mana Senangin berjaya dinaikkan. Nampak gaya macam lebih 1kg beratnya. Umpannya Udang Mati saiz Jumbo.

Senangin, besar sket dari botol mineral 1.5L

Secara peribadi, ini adalah rumah kelong paling best pernah aku pergi kat Klang; sebab species ikan agak pelbagai berbanding tempat lain (tak tahu lah kalau ada Rumah Kelong lain yang sebest ini, sila2lah rekomen boleh buat next entry)

Untuk memudahkan kaki pancing cari port ikan kat Kelong ni, sila refer map yg Aku buat ni. Ini based on pengalaman aku mancing 2 kali kat sini. Kalau ada jumpa port lain share2 jugak lah ye.

Port Ikan mengikut pengalaman memancing di sini

No contact Kelong:
Kak Siti: 0173180588
Abg Zamri: 0133378753




Kapal Karam Telok Gong


Saya dah 2 kali memancing di Kampung Nelayan Telok Gong. Baru-baru ni baru dapat tahu selama ni memang ada kapal karam di Telok Gong dan menjadi tukun untuk ikan-ikan berteduh.

Kalau boleh nak tanya pada pengunjung blog, tahu tak Kelong mana yg berdekatan dengan kedudukan kapal karam ni? So far saya dah 2 kali memancing di Telok Gong di Kelong Suhaimi.. Ikan yang dapat pun not bad, dapat Gelama Pisang dan pernah sekali dapat ikan Tanda.

Memancing di Kelong Sri Pantai, Pontian Besar, Johor

Kelong yg mengunjur ke tengah laut

Pemandangan Waktu Petang

Pemandangan Waktu Petang


Trip memancing kali ni dikendalikan oleh Pakcik aku. Sib baik la ada sedara kaki pancing, boleh gak dok menempel bila ada trip. Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur, masuk PLUS kemudian exit di Simpang Renggam. Kemudian ikut jalan kampung dalam sejam gitu dah sampai Pontian Besar sebab jalan tak bersimpang2.

Kelong Sri Pantai amatlah besar! Area memancingnya sangat luas dan cara binaannya memudahkan pemancing untuk melempar joran dengan jauh. Aku suka sangat tempat ni sebab memang dia di laut lepas, bila memancing tu angin tiup sepoi2 bahasa rasa cam nak tidur jek.

Di Kelong Sri Pantai ada disediakan kemudahan chalet utk mereka yang nak bermalam dengan selesa di sini. Chalet nya kalau tak silap rm80 satu bilik. Ada katil queen size, bilik air, TV dan cermin mekap. Tapi kalau tak nak sewa chalet pun boleh, sebab ada disediakan satu dewan besar siap tilam andai pemancing cuma nak rehat jek dan berteduh andai hari hujan. Dalam dewan tu pun ada bahagian dapur dan bilik solat untuk kemudahan pengunjung.

Ketika memancing di Kelong Sri Pantai, antara ikan yang berjaya dinaikkan oleh pemancing sepanjang aku berada di situ adalah ikan buntal, ikan gelama, ikan sirat, ikan tuka, ikan sembilang karang, ikan todak, ikan senangin. Ikan-ikan lain tidak nampak batang hidung, tak tahu sama ada musim tak sesuai atau memang takde ikan. Tetapi menurut pemancing2 tegar di sana, di kelong ni boleh dapat ikan Siakap guna umpan udang hidup. Antara umpan yang aku gunakan masa memancing adalah sotong, udang hidup, udang kopek, umpun, isi ikan selayang.

Antara ikan yang tersangkut di mata kail masa memancing di Kelong Sri Pantai.

Sotong -> Buntal
Sotong ->  Gelama
Umpun -> Pari
Isi Ikan -> Nothin'
Udang Hidup -> Nothin'
Udang Kopek -> Tuka

Pemandangan Waktu Pagi

Pemandangan Waktu Pagi
Dan menurut salah seorang pemancing kat sana, kat area Kelong Sri Pantai ni banyak ikan buntal, dan ikan buntal amat suka mengerjakan tali tangsi. Jadi kalau nak memancing kat sini better pakai tali benang.

Memancing Udang di Sungai Rompin


Perjalanan bermula seawal 10am dari Rawang, Selangor. Disebabkan semua yang ikut tak pernah ke Rompin, jadi kami memang berharap pada GPS yang ada sahaja. GPS suruh lalu jalan lama ikut Langat, tembus ke Negeri Sembilan dan terus ke Rompin. Tujuan asal ke sana memang hendak memancing ikan, tapi setelah sampai di sana baru tahu Sungai Rompin lebih popular utk memancing udang dari memancing ikan. Alhamdulillah cuaca sangat baik.

Sesampai ke sana, kami menuju ke Rumah Rakit al-Habsyi. Suasana rumah rakit itu sendiri dah menyenangkan hati. Beratapkan rumbia, dekorasi yang simple dan kreatif, memang menggamit2 pengunjung untuk berehat di dalamnya. Kemudahan asas turut disediakan, di tebing sungai terdapat tandas dan bilik mandi dengan punca air dari telaga. Memang sejuk gile.








Tuan punya rumah rakit aku panggil Pakcik Syed. Orangnya memang ramah tamah dan baik hati. Sesampai ke rumah rakit Pakcik Syed terus ajak memancing naik bot rakit. Sebelum tu Pakcik Syed keluar sebentar untuk mengambil umpan cacing. Kami di bawa ke salah satu port Udang. Tapi malangnya seekor pun tak sangkut, mungkin disebabkan kami datang salah waktu. Bulan Jan masih lagi bulan tengkujuh, jadi Udang tak banyak duduk di lubuk biasa mereka sebab air sungai dah sejuk. Seelok-eloknya kalau nak memancing udang dalam bulan 3 ke atas.

Sehingga ke petang, seekor udang pun tak dapat. Rasanya Pakcik Syed dapat melihat kekecewaan kami, yelah datang dari KL jauh-jauh, tapi seekor pun tak lekat. Jadi Pakcik Syed berjanji akan bawak kami mudik hingga ke muara sungai esok hari untuk cuba nasib di sana pula.

Oh, kami langgan pakej memancing siap dengan sarapan, makan tengahari dan makan malam disediakan sekali. Jadi pada sebelah malamnya, Pakcik Syed datang kembali ke Rumah Rakit dengan membawa juadah makan malam kami. Dapat makan Udang wooo.. Udang besar2 plak tu. Pakcik Syed kata ini rezeki kami, sebab abangnya tak jadi datang Rompin pada hari tersebut.


Dah alang-alang duduk rumah rakit, kami terus sambung memancing di rumah rakit pada sebelah malam. Sekali lagi hampa sebab seekor ikan dan udang pun tak sangkut. Jadi kami terus tertidur dengan lenanya hingga ke pagi.

Keesokkannya Pakcik Syed datang ke rumah rakit sambil membawa sarapan dan bekal makan tengahari untuk dijamah di atas bot rakit. Pakcik Syed dah pesan yang kita akan berada atas rumah rakit sepanjang hari. Ada beberapa port yang Pakcik Syed singgah untuk cubaan mencari lubuk Udang. Dekat 5-6 kali lah jugak kami berenti untuk mencuba nasib. Pakcik Syed pesan kalau ada udang, letak tak sampai 10 minit dah kena sambar dah. Akhirnya port udang berjaya dijumpai setelah hampir2 pukul 2pm. Itu pun bukanlah port sangat sebab ada dapat beberapa ekor jek. Maklumlah bukan musim. Bersungguh-sungguh Pakcik Syed bawa kami mudik hampir ke muara, hampir sejam setengah perjalanan jugak lah dengan menaiki bot rakit tu. Rezeki dapat udang lebih kurang 200G jek, tapi takpelah yang penting pengalaman.






Kami berhenti memancing pada pukul 5pm sebab nak berpatah balik ke rumah rakit dah ambil masa sejam setengah. Takut sampai dah lewat senja pulak. Dalam perjalanan pulang tu, hujan pulak tengah jalan. Memang kesejukan atas bot rakit tu. Tapi memang adventure.. huhuhu. Bila lagi nak mandi hujan atas sungai kan.. Ehehe.

Malam itu kami pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan puas. Yang pastinya kami akan ke sana lagi, pada waktu yang lebih sesuai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My G7

1. Gunung Tahan (7,186') - Banjaran Tahan, Pahang (Finished)
2. Gunung Korbu (7,162') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
3. Gunung Yong Belar (7,156') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
4. Gunung Gayong (7,129') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
5. Gunung Chamah (7,119') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
6. Gunung Yong Yap (7,110') - Banjaran Titiwangsa (Finished)
7. Gunung Ulu Sepat (7,089) - Banjaran Titiwangsa (Finished)

My Graduated G

- Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu
- Gunung Datuk, Rembau
- Bukit Tabur, Melawati
- Gunung Nuang, Hulu Langat
- Pine Tree Hill, Bukit Fraser
- Gunung Yellow & Pass, Cameron Highlands
- Gunung Brinchang, Cameron Highlands
- Gunung Stong, Gua Musang
- Twin Peak, Bukit Fraser
- Gunung Arong, Mersing
- Gunung Berembun, Terengganu
- Gunung Duri, Ringlet
- Gunung Gerah, Grik
- Gunung Bilah, Grik
- Gunung Semangkok, Bukit Fraser