Rasanya macam sudah terlalu lama tak update blog ini. Entry Hiking KK pun tak bersambung2. Haish, penyakit malas sudah mula menjelma.
Sudah hampir 5 tahun usia blog saya. Bermula dengan entri semacam diari peribadi, beralih menjadi blog memancing, beralih lagi menjadi blog pendakian, kemudian bertukar ke blog pelancongan, beralih kepada topik kucing-kucing dan akhirnya kembali menjadi blog pendakian.
Antara yang saya dapat rumuskan tentang blog ini, dan secara peribadinya berkenaan diri saya:
i) Kurang rajin untuk menulis berjela-jela seperti kebanyakan blogger yang lain. Jika anda nampak entri saya yang panjang berjela-jela itu, sebenarnya kebanyakannya ayat-ayat merapu sahaja. Hahaha.
ii) Tiada topik khusus. Entri kebanyakkannya sangatlah generik, nampak macam spesifik tapi sebenarnya generik. Perlu mencari satu topik yang benar-benar fokus supaya saya dikenali sebagai Ahli untuk topik tersebut.
Tapi, sebenarnya ada satu benda yang memang saya pasti saya amat gemar, dan saya amat pasti mempunyai sangkut paut dgn segala entri yang saya tulis. Saya gemar fotografi pemandangan, dan saya suka mengolah gambar-gambar supaya nampak lebih lively.
Mungkin itulah yang ingin saya lakukan. Landscape photography. Sesuai untuk digunapakai untuk entri pendakian, pelancongan dan pemancingan saya. :)
Puncak Brinchang, Cameron Highlands |
1 comment:
lebih kurang blog dengan tema pelbagai la ni :-)
Post a Comment