2 Mac 2013
|
Journey begin... |
Akhirnya hari yang dinanti-nanti tiba jua. Kami berkumpul di LCCT untuk penerbangan Air Asia AK5125 ke Kinabalu. Dijangka berlepas jam 10:40pm dan tiba jam 1:00am. Disebabkan waktu tiba yang agak lewat di Sabah, kami mengambil keputusan untuk berehat di rumah backpackers sahaja. Tempat pilihan, di Borneo Beach House Backpackers Tanjung Aru. Tempahan dibuat melalui Agoda.com sahaja.
|
At LCCT tunggu flight |
|
Sampai sudah! |
|
Tempat ni sgt best walaupun sempoi. Ramai mat saleh dok sini. |
Borneo Beach House Backpacker merupakan pilihan paling murah dan mudah untuk mereka yang ingin penginapan yang hampir dengan Terminal 2 Kota Kinabalu. Boleh berjalan kaki, tak sampai 10 minit. Pecah peluh sikit aja. Kalau berjalan waktu malam apalah sangat, bukan panas pun kan? Tempahan di Borneo Beach House Backpacker adalah mengikut katil. Satu katil RM20. Murah kan!
Disebabkan sampai lewat malam, masing-masing kelaparan. Nak cari kedai yang berdekatan semua dah tutup. Jadi kami berjalan kaki ke Pekan Tanjung Aru cari kedai mamak. Mamak ni mana-mana pun boleh hidup. Berjalan kaki ke Pekan, ambil masa dalam 15 minit.
|
Kebuluran. Byk gila makanan dihabiskan. |
Habis supper, kami kembali ke Beach House Backpacker untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti esoknya.
|
Tido.. zzzz. |
3 comments:
wow ade aweks...ehehe
tahniah Hafiz sbb dh sampai jejak gng.Kinabalu
selamat dtg ke kota kinabalu
~sabahan blogger~
bestnya dapat pergi sana
insyaallah ada rezeki nak jejak juga kaki dekat Gunung Kinabalu :-)
Post a Comment