Twin Peak merupakan tempat training ketiga kami sebagai persiapan ke Kinabalu. Twin Peak terletak di Bukit Fraser. Dahulu aku pernah mendaki di bukit Fraser, tetapi cuma sampai ke Pine Tree Hill sahaja. Sila rujuk
post ini. Nama asal Twin Peak adalah Rhodo Hill, tetapi kerana ianya lebih rendah sedikit dari Pine Tree Hill, dan jaraknya yg tidak berapa jauh dari Pine Tree Hill, maka digelar orang sebagai Twin Peak.
|
Peta topografi Pine Tree dan Rhodo Hill (Twin Peak) |
Mendaki Twin Peak sememangnya agak mencabar tidak kira untuk pendaki beginner mahupun pendaki veteran. Ini kerana trailnya yang banyak mendaki dan menurun, tak kira sama ada ketika hendak ke puncak mahupun turun dari puncak.
|
Permulaan trail |
Untuk mendaki ke Twin Peak, pendaki harus menggunakan trail mendaki Pine Tree Hill. Pine Tree Hill beruntung kerana dijaga dengan agak baik oleh Majlis Daerah Raub. Majlis Daerah menyediakan beberapa kemudahan untuk pendakian Pine Tree Hill seperti pondok rehat di checkpoint2, papan tanda jarak perjalanan dari starting point ke puncak dan tangga-tangga sepanjang trail (walaupun ada yang dah punah disebabkan kuasa alam)
|
Antara pondok rehat yang dah usang |
Sebagai pendaki sederhana, Twin Peak boleh ditawan dalam tempoh 3.5 jam, termasuk berhenti rehat yang mencukupi. Jika dah berjaya sampai ke Pine Tree, alang-alang sambunglah sedikit trekking ke Twin Peak. View di Twin Peak lebih cantik berbanding Pine Tree, walaupun dia bukan puncak tertinggi. Jarak trekking dari Pine Tree ke Twin Peak cuma lebih kurang 30 minit sahaja.
|
View dari puncak Twin Peak. Cantik sesangat! |
|
Para pendaki yang berjaya! |
Antara tanda-tanda nak sampai puncak Pine Tree Hill, kita akan jumpa tali untuk memanjat tebing curam.
Memanjat tali ni tak gayat, nak turun dari tali yang gayat sesangat. Tinggi wooo..
|
Tali untuk cerun yang curam |
Disebabkan cuaca sejuk di Bukit Fraser, pendakian boleh dikatakan agak selesa. Ketika mendaki, suasana terasa agak damai dengan angin sejuk yang menampar lembut.
|
Trail agak cantik. |
Kami mula mendaki pada pukul 900am dah berjaya keluar dari pendakian dalam pukul 430pm. Dapatlah lepak2 makan2 kat puncak Twin Peak dalam sejam gitu.
Pendakian di Twin Peak juga boleh dikatakan berjaya kerana tiada yang cedera dan peserta paling beginner juga berjaya menamatkan pendakian walaupun ambil masa agak lama (keluar dalam 530pm).
No comments:
Post a Comment