Tarikh Training : 5/1/2013
Tempat Training : Batu Caves, KL
Ini merupakan training pertama kami selepas pre-training di FRIM. Kami tiba seawal 7am di Batu Caves. Selepas sampai, kami bersarapan di sebuah restoran India di dalam kawasan Batu Caves, yang kami yakin makanannya halal (walaupun takda tanda Halal Jakim). Selepas semua dah berkumpul di kaki tangga Batu Caves, kami memulakan training naik turun tangga Batu Caves. Ini lah first time aku masuk ke Batu Caves sepanjang 30 tahun duduk kat KL ni. Naik tangga Batu Caves ni sebenarnya tak berapa penat bila naik. Tapi bila dah naik turun naik turun 3-4 kali memang semput! Tambah lagi dengan anak tangga dia yang sempit. Ada yang terpaksa turun tangga dengan kaki menyenget2 sebab takut tergelincir.
Di dalam gua Batu Caves ada satu kedai mini yang menjual minuman dan makanan ringan untuk pengunjung. Bayangkan betapa seksanya tokei kedai terpaksa mengendong barang-barang jualan dari kaki tangga sampai ke atas. Tapi, disebabkan ramai pengunjung yang hadir ke Batu Caves ni sebenarnya untuk training, jadi ada yang sukarela membantu membawa barang-barang ke atas. Sebagai upah, tokei kedai memberi satu dari barang-barang yang dibawa tersebut.
Tips untuk berkunjung ke Batu Caves, jika datang awal sebelum 7:30am, lazimnya tak perlu bayar bayaran masuk parking sebab orang yang jaga pondok kawalan belum sampai. Tapi kalau sampai lambat, kena la bayar RM2 sekali masuk.
Training 1 boleh dikatakan sukses sebab tiada yang injured. Hehe.
No comments:
Post a Comment